Archive for April, 2009

NetKL Hosting atau Domain

Assalamualaikum,

Saya nak update skit ni mengenai blog saya. Sekarang dah masuk 2 minggu usia blog Gedungilmu.com ni. Inilah hasilnya. Server pun ok. Stabil lagi setakat ni. Memang saya puas hati betul dengan performance server saya ni. Saya syorkan kepada pembaca, sekiranya masih belum atau ingin mencari the best web hosting, jom la ke NetKL. Anda boleh terus klik <ke sini > dan akan dibawa ke laman NetKL untuk keterangan lanjut.

Pasal sewa hosting atau domain ni, kita kena pilih betul-betul. Jangan rasa sewa murah je, kita dah nak sewa. Kita kena tanya pakar-pakar blogger juga atau check review kat google. Untuk Malaysia ni,saya berpuas hati dengan NetKL la sebab respon pun laju. Email kat support terus dapat respond. Ok la kan? Bab murah atau mahal ni saya nak terangkan sedikit mengenainya.

Kita jangan mudah tertipu dengan segelintir company yang menyewakan Hosting ataupun Domain ini yang menawarkan harga-harga yan g murah. Yang mahal-mahal sangat pun kita kena tengok juga la. Kalo boleh, biarlah reasonable kan? Kadang-kadang, tawaran mereka juga tak munasabah seperti menawarkan ruang server (server space) yang banyak dengan harga yang murah tetapi bagaimana dengan performance server itu nanti? Begitu juga dengan support dari mereka sekiranya server down, atau mengalami masalah. Adakah support mereka cepat? Jadi saya nasihatkan pembaca supaya berhati-hati dalam memilih tawaran2 seperti ini. Cuba tanya dahulu mereka-mereka yang sudah menyewa server tersebut.

Saya ada beberapa company yang disarankan oleh sifu saya. So, cuba la anda bandingkan tawaran-tawaran yang diberi. Kelebihan yang saya syorkan di NetKL ni adalah pendapat peribadi saya. Anda sendiri boleh tetapkan kemahuan dan citarasa sendiri. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan membeli Kit Blogger ni sebab ia menawarkan juga panduan memilih Hosting/domain ni. Anda yang tidak biasa dengan istilah-istilah hosting/domain/FTP juga akan diterangkan dengan lebih terperinci lagi di dalam pakej Kit Blogger ni. Sebab kita kena faham apa yang kita nak guna,tul tk? Macam kita beli makanan la,nak juga tau apa resepi dia yang menjadikannya sedap dan kenyang. Hehe..

Sekian,

Nozi

Popularity: 16% [?]

Share/Save/Bookmark

Sekarang saya juga memakai Twitter. Orang pakai Twitter, saya pun nak cuba juga apa lebihnya ada Twitter ni. Sambil cuba-cuba, saya mencari juga maklumat mengenai Twitter. Bagi newbie macam saya, sudah tentu kena cari apa dan mengapa ia digunakan.

Apa itu Twitter? Saya baru sahaja membaca satu free eBook daripada seorang penulis bernama Paul. Apa yang saya perhatikan, semakin ramai yang menggunakan Twitter sebagai penghubung yang mana ianya diletakkan di ‘side bar’ blog. Twitter ni sebenarnya satu kaedah yang dapat menghubungkan penulis blog dengan pembacanya dengan hanya menggunakan ayat yang ringkas dan padat sebanyak 140 perkataan sahaja. Twitter ni wujud sejak tahun 2006 lagi. Di bawah ini saya sertakan maklumat mengenai Twitter:

Kelebihan yang ada pada Twitter ni kita dapat menjejaki blogger di mana dan apakah yang sedang dia lakukan kerana dia akan mengemaskini aktiviti yang dilakukannya di Twitter. Ini merupakan salah satu cara untuk kita ‘keep in-touch’ dengan penulis blog. Ada juga yang panggil mewujudkan ‘network’ atau rangkaian perhubungan sesama blogger. Contoh yang jelas adalah seperti di bawah:

Namun begitu, sekiranya kita menggunakan Twitter ini, kita hendaklah menjawab soalan penjejak kita dengan tepat. Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanya “Apa yang anda sedang buat sekarang?”, kita pun menjawab, “Saya sedang menulis satu blog berkenaan Twitter dan akan dimasukkan di http://www.gedungilmu.com tidak lama lagi.” Dengan cara ini,mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang kita tulis akan masuk ke blog kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Setelah mereka masuk ke blog kita dan suka hasil penulisan kita, mereka akan terus menjadi pembaca blog tetap kita.

Selain daripada itu, kita juga boleh menjejaki mereka yang mengikuti perlembangan kita dengan melakukan perkara yang sama.

Twitter juga mempunyai Twitter counter dimana kita boleh mengetahui berapa ramaikah yang sedang mengikuti perkembangan blog kita.

Sebenarnya ada banyak button twitter yang anda boleh dapatkan. Untuk nampak lain dari yang lain dan untuk menarik perhatian orang klik ke twitter kita. Saya jumpa button free kat sini, badges pun ada. Seronok!!hehe..(http://www.twitip.com/181-twitter-buttons-badges-widget-and-counters-to-help-you-find-followers/)

Saya juga meletakkan twitter follower counter kat sidebar saya untuk mengetahui sudah berapa ramai yang sedang mengikut saya di twitter. Anda boleh download widget ni dari mana-mana search dari google senang sahaja boleh dapat.

Sekian,

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Google Friends Connect

Salam kepada pembaca blog yang setia,

Sudahkah anda menggunakan ‘Google Friends Connect’ untuk dimasukkan ke dalam blog anda? Saya telah menyediakan satu step untuk anda sekiranya anda menggunakan Wordpress sebagai platform untuk menghasilkan blog anda. Sila klik pada Link berikut untuk memuat turun steps tersebut–> Google Friends Connect

Tentu anda tertanya-tanya, untuk apa kita letak google friends connect ni ya? Pasti bersebab kan? Sebenarnya, tools ni adalah salah satu cara untuk menyebarkan kewujudan blog anda kepada rakan-rakan anda. Anda boleh invite kawan-kawan yang mempunyai google ID. Kebanyakan blogger memang ada google ID.

Kepada pelawat baru yang terjumpa blog anda di Google search engine pun sebenarnya boleh untuk menjadi salah seorang rakan anda dengan hanya klik pada link yang disediakan dan anda telah menjadi rakan google. Anda boleh klik pada rakan-rakan baru lain sekiranya mereka join google friends anda dan sekaligus anda juga dpt mengetahui apakah blog2 yang mereka ada dan melawat blog mereka pula.

Menarik bukan? Anda boleh wujudkan ‘network’ di situ serta berkongsi ilmu dan menjadi rakan mereka. Di sinilah ‘network’ terbentuk dan ia amat penting dalam dunia perniagaan internet. Kita sememangnya perlu mencari ramai kenalan untuk berjaya. Berkongsi pengalaman,idea dan bermacam-macam lagi. Bukan hanya untuk mencari keuntungan semata-mata,tetapi ilmu itu penting. Mereka pasti mempunyai maklumat yang kita tidak tahu. Tentu ada sesuatu yang menarik di blog mereka. Cubalah! Pasti seronok.

Saya akan menjadikan blog ini lebih menarik lagi dengan tips2 yang bakal menyusul hasil pencarian saya di blog yang baru muda lagi ni.Semoga anda setia bersama blog saya dan kita sama-sama berkongsi ilmu,pendapat dan sebagainya.

Sekian.

Yang Ikhlas,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Duit Oh Duit

Bertemu Kembali ..

Terfikir pula mengenai kepentingan duit. Penting tak duit ye? Siapa kata duit tak pernting. Tanpa duit zaman sekarang ni susah la nak survive. Jadi, duit itu sememangnya satu keperluan dalam kehidupan kita.

Saya ingin bertanya kepada anda semua. Dari manakah punca pendapatan anda? Bekerja kerajaan,swasta atau sendiri? Ya, tidak kiralah anda bekerja kerajaan,swasta atau sendiri tapi yang penting, anda sudah mempunyai satu punca pendapatan.

Namun, jangan kita terlalu leka sekiranya kita mempunyai pendapatan yang tetap dan kehidupan kita dirasakan sudah terjamin. Kenapa saya berkata begitu? Tahukah anda bahawa, saving atau simpanan itu juga penting untuk menjamin kita dari sebarang kemungkinan.

Simpanan yang saya syorkan di sini adalah dengan menggunakan simpanan ASB dan Tabung Haji. Saya takkan menerangkan lebih lanjut kenapa saya syorkan dua jenis simpanan ini. Tetapi, tips ini saya dapat dari seorang pakar keawangan. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut selepas saya membuat analisis mengenainya. Tapi yang pasti, saya mengamalkannya.

Kenapa mempunyai simpanan ini penting? Kita kena fikir kehadapan. Jangan terlalu leka dengan hanya duit sentiasa penuh di poket sahaja. Bagaimana jika ada satu keperluan duit yang mendadak? Di manakah kita nak dapatkannya? Nak pinjam dengan sanak saudara? Mampukah mereka? Sekiranya mampu,tak apalah. Tetapi,jika kita tak ada sokongan dari mereka, bagaimana?

Itulah pentingnya mempunyai simpanan. Tak apa simpan sedikit demi sedikit. Asalkan anda membuat simpanan. Lama-lama akan jadi banyak juga. Jika tak simpan pun,pasti duit kita pergi ke saluran-saluran yang tidak bermanfaat seperti shopping sakan,berjoli ke sana ke mari dan macam-macam lagi yang kita sendiri tidak perasan.

Bagi saya, menyimpan di ASB dapatlah juga menambahkan sedikit pulangannya di akhir tahun. Itu simpanan kita sendiri. Hasil usaha kita. Bukan pelaburan cepat kaya atau mana-mana pelaburan yang menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Kepada yang sudah berkeluarga,simpanan amatlah penting. Pelbagai dugaan kewangan akan kita alami sekiranya kita sudah berkeluarga. Yelah, bukan senang nak serasi dan nak stabilkan ekonomi.Cara perbelanjaan juga sudah berbeza. Boleh jadi,satu bulan kita kekurangan duit dan masa itulah simpanan kita akan menjadi pembantu. Tapi awas! Jangan terlalu mudah menggunakan simpanan sebagai tempat untuk kita jadikan sasaran sekiranya kekurangan duit. Berwaspadalah dalam perbelanjaan harian. Janganlah terlalu leka dengan berbelanja.

Saya akan ceritakan kepada anda tips-tips berbelanja yang mungkin boleh anda gunakan. Nak tips bershopping? Nanti saya akan tulis mengenainya.

Wassalam.

Yang Ikhlas,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Nak Kenal Wordpress?

Assalamualaikum,

Memandangkan smua orang sudah ramai membuat bisnes di internet,kita jangan lupa pula mengenai ’security’ ataupun langkah-langkah keselamatan dari dicerobohi oleh ‘hackers’. Saya akan keluarkan Produk DPP tidak lama lagi. Ini adalah produk reseller dari SmartZul.com.

Sekarang saya baru siap melancarkan produk reseller saya iaitu ‘Kit Blogger’ atau dikenali sebagai Panduan Asas Wordpress v2.7 juga dari SmartZul.com. eBook ni memang sesuai sekali bagi mereka-mereka yang ingin belajar asas menggunakan Wordpress. Boleh dikatakan ia sesuai untuk semua golongan. Senang difahami dan mempunyai langkah-langkah yang mudah diikuti. Saya memang rasa tak menyesal membeli produk ini dan saya nak galakkan anda yang baru ingin mengenali Wordpress untuk membeli eBook ini terlebih dahulu.

Selain daripada mengetahui asas-asas menggunakan Wordpress, anda juga akan diberi beberapa tips yang menarik yang sebelum ni anda tak pernah terfikir pun. Memang menarik dan saya ni makin bersemangat untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut lagi daripada mereka-mereka yang berpengalaman.

Satu lagi, kelebihan eBook ini adalah dalam Bahasa Malaysia, jadi takdelah berbelit-belit sangat nak faham kan. Amat sesuai sangat bagi yang kurang pemahaman dalam Bahasa Inggeris. Cubalah baca dengan teliti menerusi link Kit Blogger ni.

Sekian,

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Ilmu & Hati

Ilmu adalah sesuatu yang amat berharga. Sesiapa sahaja pasti mempunyai ilmu. Jika takde ilmu, bagaimana kita nak harungi hidup ini bukan ? Seperti yang kita sedia ketahui, ilmu ni sebenarnya diajarkan kpd kita sejak kita kecil lagi. Bermacam-macam ilmu yg ibu bapa kita ajarkan. Sama ada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.

Kenapa saya tulis pada artikel ini mengenai ilmu ? Banyak sebenarnya faedah yang kita bakal perolehi sekiranya kita mempunyai ilmu. Semasa kita kecil-kecil dulu, kita tentu tak faham kenapalah aku ni kena pergi sekolah ? Untuk aper ? Ada sesetengah dari kita yang bersemangat untuk ke sekolah, dan tidak kurang juga ada yang tak sanggup pergi sekolah. Macam-macam alasan yang mereka berikan. Tapi,bila kita dah lihat kejayaan orang lain hasil dari ilmu yang mereka ada, barulah kita sedar yang pentingnya ilmu dalam kehidupan.

Saya ingin tegaskan kepada pembaca, tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup. Ilmu ni bermacam-macam. Apa yang sama maksudkan, tuntutlah ilmu yang bermanfaat kepada kita tidak kiralah sama ada untuk dunia dan juga akhirat. Semuanya kena seimbang. Jika tak seimbang susah juga.

Sesiapa sahaja yang ada ilmu pasti dikejar. Kenapa ? Cuba kita renungkan. Sebagai contoh, Dr Fadhilah Kamsah, dia adalah seorang penceramah yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dari segi motivasi. Banyak tips-tips bernas yang beliau sampaikan. Sekarang, beliau banyak dijemput untuk berceramah mengenai motivasi di saluran TV, radio dan tak kurang juga, beliau telah banyak menghasilkan buku-buku motivasi yang terunggul. Nah, sekarang betul atau tidak apa yang saya katakan. Sekiranya ada ilmu, pasti kita dikejar-kejar bukan ? Sebab kita ada jawapan bagi soalan yang mereka tertanya-tanya.

Sekarang kita sudah terdedah dengan dunia globalisasi atau kita kenali dengan dunia internet. Semakin hari semakin banyak ilmu-ilmu baru yang ada di internet. Yang begitu mengujakan sekarang adalah perniagaan internet yang sekarang makin tumbuh dan tumbuh macam cendawan. Saya juga tidak mahu ketinggalan, namun ilmu yang ada masih lagi sedikit dan saya perlu lagi belajar.

Satu prinsip hidup yang saya pegang. Bergaullah dengan mereka yang baik dan berilmu. Prinsip ini memang penting dalam membantu kita mengatur langkah ke hadapan dengan baik. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang tak ada ilmu, kita takkan ke mana-mana. Namun, sekiranya kita berkawan dengan orang yang berilmu, kita pasti akan bahagia kelak.

Tiba-tiba pula saya teringat mengenai “Hati”. Nak buat macammana, tetiba sahaja lagu ni terngiang-ngiang di telinga.Lagu masa saya masih sekolah lagi ni, tapi tak ingat pulak tajuknya.

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Pandangan hati itu yang hakiki,

Kalau hati itu bersih.

Kini, pastikah kita tentang apa kedudukan hati kita? Ingat lagi, masa sekolah dulu, Ustazah akan ajarkan doa penerang hati. Kenapa ye? Kenapa tidak doa penerang jantung, dan lain-lain anggota?

Kita ni kan tak boleh lari dari perasaan suka nak marah. Tak sempat nak fikir banyak, kita dah keluarkan perasaan marah kita. Semuanya berpunca dari hati. Hati yang tidak bersih akan menyebabkan kita kecundang dan tewas dengan perasaan marah. Bila hati sudah tak bersih, kita tak dapat menguasai minda. Sebab itu saya amatlah tekankan soal ilmu. Jika ilmu tak penuh di dada, macammana kita nak hadapi cabaran dan dugaan hidup ?

Sebagai contoh ringkas. Ini mengenai kisah suami isteri. Si suami akan rasakan yang dialah raja di dalam rumah. Segala macam benda dia boleh buat. Dialah ketua. Tetapi, si suami tidak boleh menggunakan pangkat yang diberikan itu sewenang-wenangnya. Sebagai contoh yang lebih dekat lagi, sekiranya dia mempunyai isteri yang tidak begitu memahami, tidaklah elok dia terus memaki isterinya. Sebagai seorang suami dan mengikut syariat-syariat yang diberikan, dia sepatutnya tegur isteri dia, dan apabila isteri tak dengar, dia perlu asingkan tempat tidurnya atau pulaukannya, dan sekiranya masih tidak berubah dan tidak mendengar nasihat, dibolehkan memukulnya selain muka dengan syarat tidak mencederakannya. Tapi, bagi yang cetek ilmu agama, mereka akan terus menggunakan kekerasan.

Kepentingan ilmu ini amat penting dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah kita dewasa. Dan dari rumah sehingga ke luar. Jika kita tidak ada ilmu, bagaimana kita nak bergaul dengan masyarakat ? Ilmu ini berbagai. Ilmu agama yang paling utama. Islam adalah agama yang lengkap. Menyentuh segala aspek, ilmu,kesihatan,kemajuan,kemasyarakatan, kesejahteraan hidup dan bermacam-macam lagi.

Semoga kita semua mencari lagi ilmu. Paling utama, ilmu agama kerana di dalam ilmu agamalah kita akan dapat ilmu-ilmu lain yang akan memberi manfaat kepada kita dunia dan akhirat.

Saya akan tulis lagi apa-apa yang saya perolehi daripada pembacaan saya. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi mengenai kepentingan ilmu di ruangan ini.


Kelebihan itu dari Allah dan segala kekurangan itu adalah datangnya dari saya sendiri.

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads