Archive for June, 2009

SEO, On page dan Off page

Assalamualaikum,

Banyak istilah-istilah yang baru saya tahu yang saya rasa amat penting untuk kita tahu sebenarnya.

Pasti bagi yang baru di didalam dunia bisnes internet yang masih belum tahu mengenai on page SEO dan off page SEO. Saya pun selalu tersasul menyebut ‘CEO’ bila tengok ‘SEO’. Nak jadi CEO kot.heheh..

Saya telah menerangkan sedikit mengenai SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimization di ruangan post sebelum ini. Teknik SEO ini adalah kaedah yang digunakan untuk mendapat kedudukan tertinggi di enjin pencarian internet. Jika kita ingin ramai pelawat di blog kita, pasti kita ingin mengetahui apa teknik terbaik yang dapat menempatkan kita di posisi tertinggi di dalam hasil pencarian google, yahoo dan sebagainya. Pasti kita inginkan blog kita dikenali dan diketahui ramai.

Teknik SEO yang saya pakai dan ada kesan setakat ini:

1. Tinggalkan komen di blog yang berkaitan dengan blog kita dengan meletakkan URL blog kita di ruangan URL; konsep backlink

2. Aktif di dalam berforum kerana URL kita ada di situ juga

3. Gunakan post title, title description, kata kunci (keywords) dengan berkesan

4. Link exchange – penukaran link

SEO ini pula ada dua bahagian iaitu on page dan off page. Sedikit penerangan mengenainya.

On Page SEO – merupakan teknik mendapatkan trafik yang kita lakukan di blog kita sendiri. Sebagai contoh, kita menggunakan kemudahan yang terdapat di bahagian title, description, keywords dan content untuk mendapatkan hasil di enjin pencarian seperti google, yahoo dan sebagainya. Itu dipanggil teknik On Page.

Off page SEO – ini adalah kaedah pembinaan link dari sumber luar seperti social bookmarking, meletakkan komen di blog lain, penukaran link dan banyak lagi.

Social bookmarking yang saya maksudkan adalah:

http://del.icio.us

http://www.digg.com

http://twitter.com

http://www.facebook.com

Banyak lagi sebenarnya social bookmarking yang biasa digunakan. Nak disenaraikan tu penuh nanti page post ni.

Ini adalah sebahagian info mengenai teknik SEO yang saya ingin kongsikan. Jika anda inginkan lebih info mengenainya, perlu dapatkan topik yang menyentuh lebih dalam lagi kerana saya masih belum pakar dalam hal ini. Sebenarnya, atas daya kreativiti juga. Bagi permulaan, gunakan 2 atau 3 teknik dahulu.

Sekian,

Nozi

4f6qcpdu2x

Popularity: 24% [?]

Share/Save/Bookmark

Teka-teki Imam Ghazali

Assalamualaikum,

Saya tertarik dengan ilmu ini dan harap ia juga memberi sedikit renungan buat kita semua..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI = Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Daripada teka-teki di atas sebenarnya banyak benda yang kita sendiri lakukan tetapi kita tidak sedari bahawa setiap sesuatu kejadian berlaku adalah kesan daripada perbuatan kita sendiri dan ada pada diri kita. Jadi, marilah sama-sama kita renungkan dan perbetulkan supaya dunia ini tidak dipenuhi dengan perbuatan tangan kita yang tidak diperlukan.

Begitu berat tanggungjawab yang kita perlu pikul. Selagi ada masa untuk kita perbetulkan, lebih baik kita lakukan sekarang dan elakkan dari menangguh perkara yang baik. Ajal dan maut kita tidak tahu. Jika Allah kata jadi, maka jadilah sesuatu pada kita. Peringatan ini adalah untuk diri saya juga. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian,

Nozi

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Bulan Rejab

Assalamualaikum semua,

Maaflah sebab lama saya tidak update blog ni rasanya. Maklumlah saya bukan sepenuh masa dengan blog ni. Tapi saya akan cuba jadikan blog ini hidup selalu.hehe.

Di sini saya ingin sampaikan kepada semua apa yang saya dapat dari email saya. Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah S.W.T

BULAN REJAB

Hari ini, 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari

puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

“Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?”

Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun.”

Semoga kita dapat menghayati bulan Rejab ini dan dapat mengamalkan apa yang disebut di atas. Apa yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Sekian,

Nozi

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Tarik Pembaca Blog

Assalamualaikum,

Saya ada tambah satu plugin di blog saya. Jika anda perasan, saya ada letak CommentLuv di bawah ruangan komen blog saya. Ini adalah salah satu teknik yang baik untuk menambah kehadiran pembaca blog.

Bagaimana tu?

Sekarang saya akan nampak apa post terbaru dari blog pemberi komen di blog saya. Saya akan lebih terpanggil untuk klik pada link tersebut dan masuk ke blog mereka serta membaca post terkini mereka. Secara tidak langsung, saya akan membaca post-post mereka yang lain juga.

Anda boleh cuba gunakan teknik simple ini dan lihat hasilnya. Saya sebenarnya terlihat plugin ni pada blog Zolkie aka abgzol kita. Saya tertarik untuk meletakkan juga pada blog saya. Selain memberi faedah kepada pemberi komen saya, ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada blog sendiri sebagai tarikan untuk menggalakkan lagi pembaca memberi komen. Tapi AWAS! Jangan pula letak SPAM ye. Nanti tidak pasal-pasal anda diblacklist.

Yang paling membuatkan saya tertarik, saya akan nampak post terkini pemberi komen di blog saya. Mudah sekali untuk ketahui post-post terkini mereka. Bagi saya, ia satu kelebihan. Apa salahnya kalau diaplikasikan juga.

Banyak lagi sebenarnya teknik-teknik untuk menarik pembaca blog ke blog kita. Selain daripada plugin ini, banyak lagi plugin yang boleh membantu.

Sekian perkongsian saya bagi yang masih belum tahu.

Untuk mereka yang ingin mencuba plugins ini, sila klik di sini:

<< commentLuv Plugin >>

Dari,

Nozi

Popularity: 18% [?]

Share/Save/Bookmark

Kayakah kita?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali kita di ruangan motivasi. Saya nak tanya anda semua, kayakah anda sekarang? Adakah kaya itu diukur apabila seseorang itu mempunyai gaji yang mahal sahaja?

Pada pendapat saya, dia dikatakan kaya sekiranya dia sudah bebas dari hutang; tiada ansuran kereta, rumah, kad kredit dan hutang dengan sanak saudara. Dia juga mempunyai simpanan. Simpanan yang banyak untuk masa hadapan.

Berhutang sebenarnya boleh, tetapi jangan berhutang jika tidak perlu. Saya pun nasihatkan diri saya sendiri. Jika boleh, tangguhkan keinginan untuk membeli sesuatu sekiranya tidak mempunyai wang yang cukup. Kumpul dahulu dan beli apabila duit sudah cukup.

Di dunia ni memang banyak sangat cubaan dan dugaan. Orang beli itu kita nak beli juga. Orang tukar handphone, kita rasa nak tukar juga. Orang tukar kereta baru, rasa nak merasa kereta baru juga. Padahal duit untuk makan pun cukup-cukup sahaja. Nafsu mengikut orang ni sememangnya tidak pernah hilang. Tetapi senjata yang utama, adalah sentiasa beringat. Tidak semua benda kita akan dapat.

Berkait dengan soalan saya tadi, kayakah kita? Jika bergaji besar pun, banyak juga hutang piutang yang perlu dilangsaikan. Kira-kira, gaji bersih hanya berapa kerat sahaja. Bila sudah bergaji besar, tanggungan juga besar. Rumah besar, kereta besar, anak-anak makin besar, isteri pun besar. Hehe. Bergurau je. Begitulah sebenarnya kita ni masih tak dikatakan orang kaya jika itu hakikatnya.

Biar lah kita kaya budi bahasa. Itu yang akan diingati orang yang mengenali kita kan? Saya pun kadang-kadang lupa semua ni. Sekadar renungan dan ingatan buat kita semua.

Salam ceria selalu.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 32% [?]

Share/Save/Bookmark

Jom Bertukar Link

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ada ruangan penukaran link di gedungilmu.com. Cara ini adalah salah satu cara untuk dapatkan trafik di blog kita. Salah satu cara untuk membantu sesama kita untuk mendapat pelawat blog yang ramai.

Saya tidak mengenakan apa-apa kos untuk bertukar link. Tukar suka sama suka. Jika anda ingin bertukar link dengan saya, carnya adalah:

Letak link saya -> http://www.gedungilmu.com di blog anda. Sila letak komen anda di bawah dan beritahu saya. Pastikan URL anda diletakkan di bahagian URL yang disediakan di kotak komen nanti. Saya akan letak URL anda di ruangan Blog Link saya nanti. Blog Link saya ada di menu atas ini.

Namun, jika saya dapati link saya tiada di blog anda, secara automatiknya link anda juga akan saya hilangkan dari Blog Link

Semoga kita sama-sama mendapat trafik di blog masing-masing.

Terima Kasih.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 86% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Kreatifkah anda? ‘Kreatif’ ini hasil dari pemikiran kreatif yang biasanya dianggap memiliki keaslian dan kepantasan. Sebagai alternatif, dari segi konsep adalah tindakan dalam membuat sesuatu yang baru. Perubahan yang baru pula adalah apa yang dimaksudkan dengan ‘Inovasi’.

Kenapa kita perlu menjadi kreatif?

Sudah pasti kita semua pernah mengalami masalah dan kita seharusnya lebih kreatif dalam menangani masalah tersebut.

Bagi usahawan-usahawan, tentunya anda mempunyai banyak persaingan dan anda haruslah lebih kreatif untuk mencari jalan bagaimana untuk bersaing dengan pesaing-pesaing anda dan menghasilkan idea yang baru dan menjadikan produk anda lebih mantap.

Orang yang kreatif tidak akan berputus asa. Mereka akan terus berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sikap-sikap yang perlu ada untuk menjadi Kreatif

Kreativiti ini terbit sekiranya kita mempunyai keinginan yang baru. Ianya berdasarkan sejauh mana kita inginkan kebaikan dalam hidup dan sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah kita.

Bagaimana untuk mendapat idea yang kreatif? Cuba anda duduk diam dan biarkan diri anda releks terlebih dahulu. Sebelum releks, fikirkan apakah yang anda ingin cari. Kemudian releks dan ulangi perkataan yang anda ingin cari itu berkali-kali sehingga meresap ke benak anda dan releks. Cubalah guna kaedah mudah ini dan lihatlah hasilnya.

Sekiranya anda ingin dapatkan hasil yang kreatif, anda perlu berani menghadapi risiko. Jika anda takut untuk menghadapi risiko, anda tidak akan ke mana-mana dan tidak akan berkembang.

Bagaimana untuk mengembangkan kreativiti?

Peluang -> Jadi Kebiasaan -> sudut pandangan

Jadikan masalah sebagai peluang untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Selain daripada masalah, anda boleh juga mengambil apa sahaja yang ada di hadapan anda yang boleh menghasilkan idea.

Contohnya anda lihat botol air mineral yang kosong. Apakah yang boleh dihasilkan daripanya? Tentu bagi yang tidak berfikir secara kreatif hanya membuangnya di dalam tong sampah.

Jika ingin menjadi kreatif, keluarlah dari kebiasaan. Jangan jadikan diri anda terkongkong. Cuba lakukan sesuatu yang baru yang menuju ke arah kebaikan iaitu ke arah yang lebih baik.

Cubalah fikirkan sesuatu dari beberapa sudut pandangan dan cuba kaitkan dengan apa-apa masalah yang kita hadapi. Adakah anda rasa botol air digunakan untuk meletakkan minuman sahaja? Ia boleh juga dibuat perhiasan, dipotong dan dijadikan pasu untuk pokok yang boleh hidup menggunakan baja berupa jeli atau dijadikan sebagai kincir angin. Itulah yang dikatakan kreatif. Menggunakan bahan-bahan terbuang untuk dijadikan sesuatu yang baru.

Pemikiran yang kreatif

Kesilapan -> perbaiki -> lakukan perubahan

Belajarlah dari kesilapan. Sekiranya anda tersilap melakukan sesuatu, cuba perbaiki kesilapan itu dan hasilkan sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru ini merupakan inovasi anda iaitu satu perubahan yang baru.

Jangan sesakali menganggap, kreativiti hanya dapat dihasilkan dari sesuatu yang baru sahaja. Ia juga boleh dihasilkan dari sesuatu yang lama. Seperti botol tadi. Anda cuba fikirkan apakah hasil yang baru atau perubahan yang baru yang boleh anda lakukan darinya. Lagi kreatif anda bukan?

Satu lagi, jangan sesekali menganggap kejayaan anda pada idea yang lama akan berkekalan. Contohnya jika anda mempunyai ebook atau produk yang sudah ada kini dan mendapat sambutan, cuba fikirkan apakah idea yang boleh anda kembangkan untuk memperbaiki lagi produk tersebut supaya menjadi satu produk yang lebih baik lagi.

“Thinking Outside The Box”. Pasti anda pernah dengar istilah ini. Apa maknanya? Ia bererti, anda perlu fikir di luar dari kotak fikiran anda. Cuba senaraikan segala idea untuk digunakan sebagai penyelesaikan masalah anda.

Contohnya, bagaimana untuk anda lariskan jualan produk kecantikan anda? Mungkin dengan menggunakan iklan, poster atau pamplet mengenainya? Ataupun menggunakan artis terkenal sebagai tarikan kepada orang ramai untuk membeli produk anda. Macam-macam cara yang anda boleh gunakan. Cuba dan lihat. Kemudian, jika tidak berjaya, cuba fikirkan cara yang seterusnya untuk menyelesaikan masalah anda. Lebih banyak alternative yang anda pilih, lebih kreatiflah anda.

Banyak pula isi post saya kali ini. Harap ia berguna untuk anda. Sekian sahaja dari cetusan blog saya buat masa ini. Semuanya adalah hasil dari pembacaan saya untuk dikongsikan bersama. Tak berkongsi, nanti saya sendiri pun boleh lupa.

Dari,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Anda ada masalah untuk membuat borang di internet? Contohnya, anda ingin mendapat maklum balas ataupun pesanan online daripada pengguna, gunakan ‘email me form’ di http://www.emailmeform.com.

Anda perlu daftar (sign up) terlebih dahulu. Kemudian anda boleh bina sebanyak mana borang yang anda inginkan. Di akhir konfigurasi borang tersebut, anda akan mendapat kod yang telah dihasilkan selepas anda klik pada ‘Get Code’. Sekiranya ada sesiapa yang mengisi borang ini dan klik pada butang ‘Submit’ contohnya, anda akan menerimanya melalui email yang anda setup semasa membuat borang tersebut.

Kelebihan lain yang ada pada borang ini adalah anda boleh klon borang tersebut untuk tujuan lain tanpa mengulangi langkah-langkah membuat borang tersebut.

Sekian ilmu dari saya.

Nozi

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Anda tahu apa itu SCAM?

Assalamualaikum,

Sambil cari-cari di google, saya terjumpa info mengenai apa itu SCAM. Apa yang saya tahu hanyalah SPAM. J SPAM adalah email-email sampah yang mana kita tidak kenal penghantar email tersebut.

SCAM adalah satu penipuan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga/usahawan internet yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Contoh yang paling ketara yang boleh digelar SCAM adalah Skim Cepat Kaya yang menawarkan pulangan wang yang banyak dalam masa yang singkat.

Itulah pentingnya mempunyai identiti sekiranya berniaga secara online. Jika pengguna tidak kenal penjual, pasti kes-kes mudah tertipu akan terjadi.

Jadi, sebagai pengguna, kita hendaklah kenal terlebih dahulu mereka yang menawarkan pakej-pakej lumayan supaya kita tidak tertipu.

Apa yang saya buat, saya hanya membeli produk dari orang yang saya kenali. Beliau juga dikenali di serata tempat. Jika tanya orang lain, pasti ramai yang kenal. Saya juga sedar bahawa, untuk mendapat kepercayaan pengguna kepada peniaga internet ini bukannya senang. Umpama ungkapan, “Tak kenal, maka tak cinta”.

Itu sahaja untuk dikongsikan kali ini.

Sekian,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Saya dapat ilmu lagi ni. Mengenai bagaimana untuk mengetahui apa keyword yang paling top dicari oleh penggemar internet. Anda boleh lihat di google trends. Sila masuk di sini. http://www.google.com/trends

Anda masukkan contohnya: ‘Affiliate’ sebagai keyword dan klik pada ‘Search Trends’. Anda akan melihat trending keyword ini. Anda akan tahu juga, negara mana yang paling banyak buat surfing mengenainya. Anda boleh bandingkan beberapa keyword juga seperti ‘Clickbank’ dan klik pada ‘Search Trends’.

Jika kita lihat, trend internet pada tahun 2004-2009 mengenai Affiliate naik pada hujung 2007 dan 2008. Ini bermakna, ramai yang mencari mengenai Affiliate pada waktu itu. Jika kita lihat di bahagian region, Malaysia adalah Negara yang teratas yang mempunyai trend yang paling tinggi.

Jika anda klik pada region, anda akan dapat melihat trend bagi subregion/negeri di Malaysia. Ini adalah untuk melihat dengan lebih lanjut lagi manakah negeri-negeri yang mempunyai jumlah carian yang paling banyak.

Dari sini, kita dapat mengkaji, keyword apakah yang paling tinggi cariannya di Google. Semoga anda dapat manfaat dari ilmu ini.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads