Archive for August, 2009

iPen dari Popular

Salam kepada pembaca,

Hari ni saya pegi Popular. Saya ada beli something untuk si manja saya yang sulung. Saya rasa dia memerlukannya. iPen, satu tools keluaran dari Popular bookstore yang saya begitu berkenan. iPen ini merupakan satu pen yang mempunyai sensor yang dapat mengenalpasti tulisan dan ia juga dicipta sebagai pencerita la kononnya. Memang menarik bagi saya kerana saya bukannya 24 jam bersama anak saya. Jadi memang berguna sangat. Saya ajar tak sampai 5 minit, anak saya sudah tahu menggunakannya. Buku yang digunakan adalah berjenama ‘Robin’. Jika buku tersebut ada symbol iPen, maka kita boleh gunakan iPen ini untuk membaca setiap perkataan di dalamnya. Saya beli buku ni dalam satu set ada lima buah buku (hard cover), ada disertakan CD untuk disetup kepada iPen melalui cabel yang disediakan.

Inilah rupa iPen serta buku yang dibeli. Bila anak saya tunjuk kepada perkataan di dalam buku ini, ia akan menyebut perkataan tersebut. Tetapi, sekiranya ingin diceritakan satu muka surat, arahkan iPen ke nombor muka surat dan iPen akan bacakan seluruh ayat di muka surat tersebut.

Apa yang menarik lagi? Jika ingin dengar dialog, contohnya ada gambar orang atau binatang pada muka surat tersebut dan tujukan iPen kepada gambar tersebut, keluarlah suara (dialog) watak itu. Seolah-olah ada orang sedang bercerita.

Apa reaksi anak saya? Saya tersangatlah lega kerana reaksi anak saya adalah positif. Selama ni, jika saya yang bacakan langsung dia tak endahkan. Tetapi, iPen ini mengubah minat dia. Saya harap, kaedah terbaru saya untuk menggalakkan anak saya rajin membaca tercapai. Alangkah bagusnya jika iPen ini boleh digunakan untuk buku-buku berbahasa Melayu.

Lupa nak cerita harga dia. Harga iPen ni adalah RM110, tetapi ada diskaun 30%. Buku ni satu set (5 buah buku) RM45. Disebabkan saya member Popular, saya dapat dalam RM115 untuk dapatkan 5 buah buku dan iPen ni. Apa lagi, saya beli lah. Zaman kecik-kecik dulu mana ada kemudahan macam ni kan. Bertuah budak-budak zaman sekarang.

Popularity: 39% [?]

Share/Save/Bookmark

Kongsi Ilmu

Assalamualaikum,

Lama betul saya tak menulis ye. Hari ni, ada sedikit soal jawab yang saya petik dari Rancangan “Tanyalah Ustaz” dari TV9 yang sempat saya dengar pagi tadi. Rancangan ni bermula dari pukul 0630 pagi-0730 pagi. Banyak sebenarnya kita boleh dapat dari rancangan ilmiah ini. Yela, kita yang telah dilahirkan beragama Islam ni bukannya tahu semua mengenai hukum hakam agama. Ada la kemusykilan dan ada yang kita tidak tahu. Jadi, untuk tidak melenyapkan ilmu yang saya dapat ni, eloklah sekiranya saya kongsikan di sini.

JIRAN

Buat baik dengan jiran terdekat. Jiran terdekat ni bermakna jiran di sebelah rumah, adik-beradik dan sanak saudara. Juga berbuat baik kepada jiran jauh iaitu orang bukan Islam. Buat baik ni bukannya bermakna kita perlu setiap masa memberi hadiah kepada mereka, tetapi dengan hanya bertegur sapa, berkata “Hi”, “Good Morning!” sudah memadai. Senyum pun juga sudah memadai.

MANDI WAJIB

Mandi wajib selepas waktu imsak dan selepas waktu subuh boleh atau tidak ketika berpuasa?

Jawapannya: Boleh tetapi amalan kita itu tidalah dikategorikan amalan orang soleh dan tidak mencapai tahap puasa yang terbaik (tahan orang soleh). Seeloknya mandi wajib sebelum subuh. Jika mandi selepas subuh, pastikan tidak ada air yang masuk ke dalam rongga-rongga yang terbuka.

HUTANG dan ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah wajib bayar di bulan puasa. Tetapi, jika kita ada hutang lain, wajibkah dibayar juga?

Jawapannya: Semua hutang wajib dibayar. Jika tidak membayar hutang orang, roh kita akan terapung-apung di awangan dan tidak akan bertemu dengan Allah di langit. Maka, roh-roh itu akan menjadi hantu. Timbullah hantu-hantu yang akan mengacau anak cucu kita.

TANGGUH PERKARA BAIK

Jika kita berniat untuk melakukan kebaikan hasil dari ilmu yang kita dapat dan kita menangguh perbuatan baik itu maka, ketika kita meninggal nanti, keluarga kita tidak akan menyegerakan urusan pengkebumian kita atau mana-mana urusan yang memberi pahala kepada kita.

Contohnya: Jika kita tahu melakukan solat secara berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda dari solat berseorangan tetapi kita tidak melakukannya, maka apabila kita meninggal nanti, saudara kita juga akan tangguhkan urusan kematian kita.

ZAKAT SIMPANAN

Boleh atau tidak kita memberikan zakat simpanan semuanya kepada ahli keluarga kita yang susah atau kepada anak saudara kita yang ingin melanjutkan pelajaran mereka?

Jawapannya: Boleh. Itu yang paling baik. Mendahulukan keluarga terdekat dan barulah diberikan kepada orang lain.

Semoga anda semua mendapat penerangan sekiranya pernah menjadi persoalan selama ini.

Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar dan harap ia memberi manfaat kepada pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan kali ini.

Salam manis dari saya dan Selamat menikmati juadah puasa.

Sekian,

Nozi

Popularity: 100% [?]

Share/Save/Bookmark

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini sempat lagi kita bersama-sama menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu Berpuasa di Bulan Ramadhan. Esok, Sabtu, 21 Ogos 2009, bersamaan 1 Ramadhan 1430H, kita akan menjalani ibadah puasa dan malam ini kita digalakkan menunaikan solat sunat Tarawih. Betapa kasihnya Allah pada kita kerana masih mempunyai waktu untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini. Pada bulan yang mulia ini, semua syaitan dibelenggu dan hanya nafsu kita sahaja yang bakal mengganggu ketika menjalani ibadah puasa ini.

Di bulan yang mulia ini juga, kita digalakkan mengamalkan perkara-perkara sunat seperti:

1.    Bertadarus al-Quran

2.    Menunaikan solat sunat Tarawih

3.    Bersedekah

4.    Berdoa

dan banyak lagi amalan kebaikan yang dianjurkan di dalam Islam. Jangan lupa berjimat cermat. Jangan terlalu mengikut nafsu makan semasa ingin berbuka nanti.

Apakah pengetian puasa?

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

 

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

” Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Kelebihan menunaikan ibadah puasa yang saya ingin kongsikan:

1.    Menyucikan diri dari segala dosa

2.    Melatih diri dari tidak melakukan perbuatan mungkar seperti bersabar, jujur dan bertolak ansur sesama sendiri

3.    Berpuasa juga dapat menyihatkan tubuh badan kita – tips, makan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan lain

4.    Menjadikan kita seorang yang lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah

Saya harap, dapatlah sedikit sebanyak ilmu berkenaan puasa. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya melalui blog ini sekiranya ada salah dan silap yang telah dilakukan tanpa sengaja sepanjang perkenalan kita melalui gedungilmu.com.

Semoga kita semua dapat menjalani Ibadah Puasa yang hanya sekali setahun.

Sekian,

Nozi

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Lamanku Episod 2

Assalamualaikum,

Disebabkan ada permintaan untuk upload gambar laman rumah saya dan juga ada yang ingin tahu bagaimana rupanya si pokok mangkuk, saya postkan gambar-gambarnya.

Ini lah pokok mangkuk yang saya maksudkan. Nama sciencenya saya belum cari lagi. Yang penting, saya panggil pokok mangkuk aje.Pandai-pandai pula reka nama ye.Hehe.

Gambar 1: Pokok Mangkuk

Dan ini pula ’stepping stone’ yang sekerat jalan. Nak menghala ke mana entah.

Gambar 2: Lamanku

Satu lagi,yang paling saya sayang ni. Ini pula pokok orkid saya. Tiap-tiap masa ia berbunga. Nanti saya share macammana cara nak jaga pokok orkid.

Dan akhir sekali, kolam buatan sendiri. Kolam cap plastik aje. hehe. Ada bela ikan ‘Kap Jepun’. Ada la beberapa ekor.

Gambar 3: Kolam Ikan

Gambar 4: Kolam Ikan - Ikan ‘Kap Jepun’

Semoga anda tenang tengok ikan ni.Hehe.

Popularity: 18% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum pembaca yang dihormati dan kawan-kawan yang dikasihi. Saya ada dapat email dari rakan sekerja mengenai tips berguna untuk mengatasi atau memulihkan penyakit Influenza H1N1 yang semakin teruk menular di seluruh Negara termasuk Negara kita.

Di Kerteh juga, sudah semakin ramai orang yang demam, batuk, selsema dan sakit seluruh badan,sehinggakan ‘mask’ atau topeng menutup hidung dan mulut pun sudah kehabisan stok di kawasan Kerteh.

Jadi, untuk tidak melupakan pembaca saya yang setia, saya kongsikan di sini email tersebut. Semoga kita menjadikan amalan dengan berusaha menggunakan tips ini. Segala apa yang berlaku semuanya kehendak Ilahi dan kita sebagai manusia akan cuba sedaya mungkin untuk mengatasi sebarang musibah yang Allah berikan. Wallahualam.

——————————

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS…MY PERSONAL
EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB…..
 
My staff was crying herself sick on Tuesday morning…was told that her son was
confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis…worse was that when he was
bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came
fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar….
 
No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2
days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) …..after 2 days and his
eyes were turning yellow and saliva greenish…he was put in quarantined room…
 
Called his mom to say…minta maaf and ampun la dosa dia, etc…she practically
fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go
to the north with the father…
 
First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to
Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and
more equipt…they refused of course…so I sent her off to Kangar the same day to
solve the problem.
 
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz  who was in town
to “help cure” another H1N1 child in Shah Alam….and was told this simple
prescription by him…..of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh
nya…selawat 3x…
 
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your
fever disappear and yr symtoms are gone….I cannot explain it but the child in Shah
Alam was ok too after taking this tip….
 
ALHAMDULILLAH…my staff’s son was given the apple juice for the whole day on
Monday/Tuesday  and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday
Wednesday….she called me and was crying on the phone to say that her son was out
of ICU and was able to eat normally…all these happened within just 4 days today
(thursday 6 august)…
 
This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info
could assist others as well, INSYA’ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH
anything can happen!!!!

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Lamanku

Assalamualaikum,

Fuh..lega rasa hari ni saya berpeluang membersihkan laman rumah. Kesian pokok-pokok hiasan saya terbiar aje. Daripada ia mati macam tu,baik saya pulihkan dan suburkannya semula. Dulu masa mula-mula bela pokok ni selalu saje saya uruskan. Cantas ranting-ranting lama, buang rumput-rumput yang menggangu pembesarannya dan macam-macam lagi.

Sebenarnya,jaga laman rumah ni banyak faedahnya. Disamping menyegarkan pandangan mata dengan pokok-pokok yang ditanam, dan menyenangkan hati, ia juga memberi faedah kepada kehidupan lain. Cuba anda teka,apa dia?

Sebelum ni, saya tidak tahu,ada lagi faedah menanam pokok di halaman rumah selain mencantikkan laman sahaja. Rupanya ada juga yang ‘berkongsi’ dengan saya.  Sebenarnya, selain manusia, binatang juga mendapat faedah daripada pokok-pokok yang kita tanam.

Suatu hari, sewaktu matahari begitu terik, keadaan semamangnya amat panas ketika itu. Di waktu petang, saya menyiram pokok-pokok saya kerana semuanya layu dibahang mentari.Cewah.Lain macam pula ayat saya kali ini.

Saya ada satu jenis pokok, yang daunnya seperti mangkuk. Saya panggil pokok mangkuk aje. Air siraman saya itu bertakung di atas daun mangkuk tersebut. Tiba-tiba, ada seekor burung singgah dan mandi di dalam daun mangkuk itu. Teruja saya melihatnya. Ia bergolek-golek membasahkan bulu-bulunya. Nikmat sungguh.

Sebenarnya ada juga faedah mempunyai pokok untuk binatang seperti burung berteduh. Sebagai apa yang saya ceritakan tadi, selain mencantikkan halaman rumah, ia juga memberi faedah kepada sang burung. Memang rumah ‘mereka’. Ada juga tempat mereka untuk berteduh. Begitu juga dengan bunga-bunga, dapat juga sang burung menyedut madunya.

Itu sahaja celoteh saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Popularity: 18% [?]

Share/Save/Bookmark

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum,

Malam ni adalah malam Nisfu Syaaban yang mana kita digalakkan solat sunat Nisfu Syaaban sebanyak 2 rakaat selepas solat maghrib.

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, mesti ikut mak dan ayah pergi surau sambil bawa sedikit kuih. Selepas solat Nisfu Syaaban makan ramai-ramai bersama kawan-kawan dan jemaah yang datang masa tu. Seronok.hehe

Selepas solat sunat Nisfu Syaaban, kita juga digalakkan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali disertai doa bagi setiap bacaan.

Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Pada siang harinya pula hari ini bersamaan 15 Syaaban, kita digalakkan berpuasa sunat Syaaban.

Ini pula saya dapat dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sama-sama kita amalkan.

Sekian,

Nozi

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Yaasin dan Kata-kata

Assalamualaikum semua,

Maaflah, begitu lama gedungilmu.com tidak dikemaskini. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Maklumlah,komitmen begitu banyak. Namun, saya tidak mahu menghampakan anda semua. Sedikit perkongsian yang saya perolehi setelah lebik kurang 9 hari saya tidak update blog ini.

Baru-baru ini, saya pergi ke sekolah tadika anak saya kerana dijemput untuk solat hajat dan bacaan Yaasin. Ia bersempena perlantikan baru Pengetua sekolah anak saya, sekali untuk memohon perlindungan Allah dari sebarang hasat dan dengki juga. Ketika itu, kami diketuai oleh seorang Pendawah bebas wanita.

Bila tiba untuk membaca Yaasin, ada beberapa botol air kami letakkan di tengah-tengah bulatan kami dan dibuka penutupnya. Ustazah tersebut pun berkongsi sedikit ilmu mengenai pentingnya kita menjaga pertuturan yang mana setiap pertuturan itu memberi kesan yang tidak kita sedari.

Seperti apa yang kita praktikkan, membaca Yaasin disertakan air ketika itu adalah untuk menjadikan air tersebut menjadi penawar. Apabila air itu dibacakan Yaasin, maka apabila kita meminumnya, kita akan mendapat berkat Surah Yaasin tersebut.

Menyentuh mengenai berkat ini, ustazah tersebut juga memberi kami kesedaran mengenai apabila kita mengadap makanan ketika waktu makan pagi,tengahari atau malam. Jika ketika makanan ada di hadapan kita,dan kita berkata-kata mengenai kebaikan, maka kita mendapat keberkatan dari makanan kita itu kerana setiap apa yang kita katakan akan menyerap ke setiap makanan yang kita hidangkan.

Pernah juga ketika makan, anak-anak buat bising dan saya pernah memarahi mereka di hadapan rezeki. Lepas ni saya kenalah beringat. Kadang-kadang perkara kecil macam ni la yang kita terlepas pandang.

Semoga bermanfaat untuk anda juga.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 14% [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads