Archive for October, 2009

Google PageRank

Assalamualaikum,

Semalam saya baca blog rakan-rakan. Mereka semuanya bincangkan mengenai Google akan update Pagerank (PR) dalam masa terdekat ni. Ada juga yang sudah naik. Ada yang tidak dapat apa-apa termasuklah saya. huhu. Sedih juga.

Namun saya taknak putus asa. Tidak apa lah jika tidak ada rezeki lagi. Saya masih lagi PR0.

Hari ni saya rasa macam nak check semula aje PR blog saya ni. Alhamdulillah, saya dapat juga PR1. :)

Anda tahu tak mengapa orang teringin sangat nak dapat Google Pagerank tinggi ni?

Salah satu sebabnya adalah ia memainkan peranan penting untuk mendapat hasil carian teratas ketika pengguna internet membuat carian di Google. Jika PR kita tinggi, blog atau website kita akan mudah berada di hasil carian paling atas. Rank yang diberi adalah antara 1-10. Makin besar PR kita, makin  tinggi kedudukan kita di carian Google. Itu yang seronoknya tu. Dengan ini, blog atau website kita akan mudah dijumpai pengguna.

Begitulah hendaknya yang saya ingin kongsikan sedikit di sini.

Harap-harap akan kekallah ranking tu dan boleh naik lebih baik lagi. Doakan saya berjaya ye.

Dari,

Nozi

Popularity: 32% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Hari ni Internet agak slow skit. Tapi perlu kesabaran, kalau tidak pasti rugi. Online tetap online.

Anda perasan tak ada iklan banner kat atas post saya ni? Baru je saya letak. Bercakap mengenai iklan banner ni sebenarnya ia memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan apa-apa produk jualan. Jika anda tanya sesiapapun memang menggunakan kaedah promosi adalah perkara yang amat penting yang perlu dititikberatkan.

Hmm,bagaimana nak letak iklan macam yang saya buat ni ya? Senang aje rupanya. Sila download Max Banner Ads dari MaxBlogPress di sini:

http://www.gedungilmu.com/maxblogpress

Ikut cara-cara install MaxBlogPress Max Banner Ads plugins seperti di bawah:

1. Selepas download plugins MaxBlogPress Max Banner Ads ni, anda hendaklah upload plugins ni ke /public_html/wp-content/plugins/

2. Kemudian, login Wordpress anda dan activekan MaxBlogPress Max Banner Ads.

3. Selepas itu, anda pergi ke MaxBanner Ads dan lakukan setting anda di situ. Anda boleh letakkan banner di 4 penjuru:

- Within The Post

- Sidebar Widget

- Top of First Post

- Bottom of Last Post

Gambar di bawah adalah lokasi setting Max Banner Ads yang saya maksudkan tadi.

Selamat mencuba.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 21% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Ramai yang mengetahui bahawa produk PLR merupakan produk ‘penyelamat’ yang membolehkan sesiapapun mampu memiliki produk sendiri tanpa perlu bersusah payah menciptanya. Produk PLR sebenarnya menyumbang sebanyak 70% dari seluruh usaha anda untuk mencipta produk sendiri, manakala 30% lagi merupakan kreativiti anda untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang berbeza dari yang asal!

privatelabelrights-articles-plr

Namun begitu, dipasaran tempatan kehadiran produk – produk PLR dalam Bahasa Malaysia begitu kurang dan hampir tiada. Realitinya, pasaran tempatan dibanjiri oleh produk PLR dari luar negara dan semestinya ia dalam bahasa Inggeris. Ini sebenarnya peluang yang baik untuk usahawan tempatan menembusi pasaran luar negara. Namun, dari satu aspek lagi ia merupakan satu kerugian juga kerana ianya mengehadkan permintaan dari pasaran tempatan. Bagi mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris dan memfokuskan pasaran tempatan, ini merupakan satu halangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Bayangkan usahawan internet tempatan terpaksa membuat “kerja dua kali” untuk menjadikan produk PLR mereka sesuai untuk pasaran tempatan iaitu dengan melakukan penterjemahan dan pengubahsuaian. Ini turut menyumbang ke arah kelewatan serta pembaziran dari segi masa dan wang ringgit. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh usahawan tempatan yang terlalu bergantung kepada produk PLR dari luar negara akibat kekurangan produk PLR dalam bahasa Malaysia.

Namun, salah seorang usahawan internet tempatan iaitu saudara Julius telah tampil untuk membantu usahawan tempatan dengan menerbitkan 3 buah produk PLR yang 100% dalam bahasa Malaysia. Kesemua produk ini dipakejkan dalam satu pakej yang dinamakan Pakej Mini PLR. Kehadiran pakej ini dilihat mampu mengatasi masalah yang dihadapi usahawan tempatan yang menjadikan produk PLR sebagai niche mereka.

Kehadiran Pakej Mini PLR ini dilihat mampu menjimatkan masa serta wang kerana anda tidak perlu membuat sebarang penterjemahan. Produk – produk yang disertakan juga amat bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan dan terdiri dari 3 niche utama iaitu niche kesihatan, gayapos dan juga perniagaan internet. Produk yang disertakan juga merupakan produk yang amat ‘segar’ dipasaran serta belum pernah diterbitkan dimana – mana laman web. Selain dari produk PLR, pakej ini juga mengandungi tool pemasaran profesional khas bagi setiap pemiliknya melakukan kempen pemasaran dengan lebih mudah.

Akhir sekali, Pakej Mini PLR ini memang pilihan dan penyelesaian terbaik untuk semua usahawan internet yang ingin membina perniagaan dengan pantas. Ianya juga peluang besar untuk semua usahawan yang ingin melebarkan empayar perniagaan mereka khususnya bagi pasaran tempatan.

Jangan lupa untuk mendapatkan laporan khas ‘Rahsia Produk PLR’ secara percuma di www.produkplr.com/giveaway. Sehingga itu, saya ucapkan selamat berjaya!

Maklumat lanjut mengenai Pakej Mini PLR, sila layari : http://www.gedungilmu.com/plr

Atau klik pada banner di bawah ini:

Sekian,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Mungkin bagi yang sudah ataupun baru ingin memulakan perniagaan di internet mempunyai pengalaman kehilangan pelanggan. Dan sudah tentu ia betul-betul mengecewakan. Memang masalah besar jika kehilangan pelanggan. Satu kerugian besar bagi usahawan-usahawan yang baru ataupun lama. Apakah tabiat-tabiat yang perlu kita elakkan untuk mengelakkan kehilangan pelanggan.

Justeru itu, penting untuk kita kaji bagaimana untuk mengatasi masalah kehilangan pelanggan ini. Di sini, saya sertakan satu ebook dari saudara kita Wanmus berkenaan 101 Tabiat Punca Anda Kehilangan Pelanggan. Rugi jika anda tidak memiliki laporan/ebook percuma ni.

Semoga anda mendapat cetusan bernas dari saudara Wanmus kita.

Anda boleh klik pada banner di bawah. PERCUMA!

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Anda sudah tahu apa itu Paypal? Apa benda tu ek? Hehe. Sebenarnya, mula2 saya berkecimpung dalam dunia bisnes internet ni saya pun tidak tahu apa itu Paypal. Ingatkan sahabat baru ke apa. Sebelum ni saya ada sebut pasal Paypal, tetapi tidak terangkan dengan jelas apa itu Paypal dan untuk apa?

Paypal merupakan satu servis yang disediakan bagi memudahkan transaksi jual beli di internet. Untuk pengetahuan anda, Paypal ni telah digunakan oleh kebanyakan usahawan intenet di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Paypal adalah selamat digunakan. Ia membenarnya transaksi dibuat melalui kad kredit/debit, akaun bank, kredit pembeli atau baki akaun, tanpa memaparkan maklumat kewangan individu tersebut.

Untuk lebih meyakinkan anda lagi, Paypal mempunyai 153 million akaun seluruh dunia. Terdapat 24 mata wang yang boleh digunakan dan segala transaksi boleh dilakukan melalui lokasi/matawang/bahasa yang berlainan. Banyak juga anugerah yang diperolehi (lebih kurang 20 anugerah) dan salah satu anugerah yang diterima adalah “2006 Webby Award for Best Financial Services Site”. Buat pengetahuan anda juga, Paypal ini sebenarnya bertempat dia San Jose, California dan ditubuhkan pada 1998. Paypal juga telah digunakan oleh eBay sejak 2002 lagi.

Seperti yang saya terangkan tadi, transaksi boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit. Jika kad debit, biasanya Public Bank Visa Debit yang disyorkan dan sekarang kita sudah boleh guna kad Maybankard Visa Debit di Paypal. Jika anda ingin ketahui mengenai Maybankard Visa Debit, sila ke post saya yang lalu.

Jika anda ingin daftar akaun Paypal, sila ke website Paypal.

Tetapi satu yang saya ingin ingatkan kepada anda. Paypal ini sangat2 lah sensitif. Jadi, berhati-hati jika ingin menggunakannya. Jangan silap masuk maklumat diri anda. Jika anda memasukkan maklumat palsu, anda akan di blacklist.

Sekian,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan mengenai apa itu subdomain. Subdomain ni adalah domain yang kita bina di bawah domain utama yang kita guna. Ia bertujuan untuk membahagikan sesuatu benda yang lebih spesifik.

Jika sebelum ini saya terangkan domain adalah seperti “www.gedungilmu.com” tetapi subdomain pula adalah seperti “blog.gedungilmu.com”, bermakna “blog” itu adalah subdomain. Anda sudah faham kan. Senang aje.

Bila sudah tahu ketiga-tiga definisi ni barulah senang untuk kita membina blog.

Saya lihat sekarang ni semakin ramai yang menggemari blog. Dari yang suka membaca blog orang sehinggalah dia membuat blog dia sendiri. Malah dibuatnya duit pula dari blog. Jumpa formula best, mau tidaknya boleh jana duit beribu-ribu ringgit/dollar.

So, jom la kita sama-sama lakukan sesuatu yang berfaedah. Saya sarankan sangat-sangat bagi mereka yang ada kemudahan internet di rumah.

SEJENAK BERFIKIR….

Jika ditakdirkan kita dipanjangkan usia sehingga lanjut usia, apakah kita hanya harapkan duit anak-anak? Tapi, jika kita ada sumber pendapatan dari internet sekaligus ilmu internet yang semakin bertambah (Information Technology), kita pasti dapat sesuatu darinya sampai bila-bila. Saya harap anda dapat faham maksud saya.

Saya ada sesuatu untuk dikongsikan. Nanti saya akan terangkan dengan lebih terperinci.

Sila layari URL ini ya.. don’t miss it!

http://www.easyprofit.ws

Sekian,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang masih belum tahu apa itu domain dan hosting. Sebelum kita serius dalam dunia blogging ataupun membuat website sendiri, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak, ataupun asas2 penting mengenai dari mana kita masukkan data/maklumat blog atau website kita dan sebagainya.

Domain adalah alamat anda di internet ataupun internet identity (pengenalan kita di internet). Biasanya ia akan diakhiri dengan suffixes (juga dipanggil extensions) seperti

.com (bererti Commercial yang biasanya diguna oleh orang yg buat bisnes),

.net (bererti Network yang biasanya dipakai oleh mereka yang specifik di bahagian Internet Service Provider, web-hosting company dan juga mana2 agensi yang berkait dengan infrastruktur internet),

.biz (bererti Business yang biasanya digunakan oleh mereka yang buat bisnes kecil-kecilan di internet),

.org dan macam-macam lagi.

Semuanya mempunyai maksud yang tersendiri. Domain yang paling TOP adalah .com sudah semestinya yang memang ramai orang pakai di internet. Negara kita Malaysia juga mempunyai suffix sendiri juga iaitu .my. Bagi suffix .tv juga sudah tidak asing lagi kerana ia untuk televisyen. Memang sudah banyak permintaan untuk menonton channel hiburan di internet ni. Jadi suffix .tv tu sudah tidak asing lagi. Contoh nama domain yang anda masuk sekarang ni adalah http://gedungilmu.com. Banyak domain yang kita boleh pilih sebenarnya, tetapi ia tidak boleh sama kerana itu adalah identity kita (alamat kita).

Hosting pula adalah pengkalan menyimpan data yang terdiri daripada fail, teks, gambar dan segala bahan-bahan web anda. Jadi, kedua-dua ‘benda’ ni memang teramatlah berhubung kait dan penting untuk menghasilkan satu blog atau website.

Bagi yang masih baru, saya senaraikan beberapa domain yang boleh dipercayai keteguhannya dan berbaloi untuk dilanggan. Berikut adalah senarai domain yang dicadangkan oleh otai-otai kita (sumber rujukan saya sebelum share info ini). Contoh domain/hosting yang disyorkan adalah seperti berikut yang terdiri daripada tempatan dan luar:

Tempatan

1.    NetKL.com

2.    Sempoihosting.com

3.    namsahaz.com

4.    exabytes.com.my

Luar

1.    Godaddy.com

2.    Hostgator.com

3.    Namecheap.com

Sekarang tidak dinafikan juga ramai yang menggunakan blogspot sebagai tempat mereka menulis blog. Blogspot merupakan salah satu domain yang tersohor di seluruh dunia yang tidak mengenakan apa-apa bayaran (free) namun, anda tidak mencipta identity anda sendiri di sini kerana anda menggunakan domain blogspot.com. Anda hanyalah sebagai sub-domain sahaja. Nanti saya akan ceritakan apa itu sub-domain pula pada bahagian 2 posting ni.

Sekian,

Nozi

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Semalam saya menukar ATM maybank kepada Maybankard Visa Debit Card. Apa tujuan saya ni? Sebenarnya, saya nak verified akaun paypal dan nak withdraw duit melalui paypal. Saya cuba surf internet dan tanya SmartZul (Sifu saya) tentang penggunaan Maybank Visa Debit Card. Kemudian, setelah pasti bahawa Maybank boleh guna untuk paypal ni, saya terus pegi ke Maybank. Sekejap aje prosesnya sebab saya pun dah ada akaun simpanan Maybank. Setelah isi borang tukar kad, beberapa minit kemudian saya telah memegang Maybankard Visa Debit Card. Patutlah orang kata kad ceri.

Rupa-rupanya ada gambar ceri pada kad tersebut. Hehe, lawak betul. Tapi takpe lah, mungkin ada sebab-sebabnya kot. Charge untuk penukaran kad dikenakan hanya sebanyak RM12 dan tiada yuran tahunan kerana ia adalah seperti kad ATM biasa. Cuma kelebihannya, ia boleh digunakan untuk membeli barang di kedai yang ada logo Maybank Visa ni dan juga digunakan untuk urusan jual beli di internet.

Dah selesai satu perkara. Pada malamnya pula, saya access internet guna streamyx kat rumah saya untuk masuk akaun paypal yang sekerat jalan saya buat. Tunggu nak verified dan confirmkan withdraw akaun saya je lagi.

Sekarang saya buntu lagi. Apa langkah seterusnya ni. Sebelum ni, saya baca panduan Paypal dari saudara Smartzul, tetapi ia sudah tidak berapa ngam dengan Maybankard Visa Debit Card kerana ebook tersebut mengaitkan paypal dengan Public Bank debit card. Tapi walau apa pun, ada step yang boleh diguna pakai lagi. Tips2 dari Smartzul pun amat penting di situ.

Saya pun cuba surfing internet lagi untuk ketahui lebih lanjut mengenai Maybank Visa Debit Card ni dengan paypal. Saya jumpa satu blog menarik dari saudara kita Rohaizad. Alhamdulillah, saudara Rohaizad telah membuka jalan untuk saya teruskan urusan ni. Terima kasih ye saudara Rohaizad. Sungguh terperinci step yang beliau bagi. Saya boleh ikut semuanya.

Dan hari ini, saya sambung semula step yang masih tertinggal. Buat sedikit demi sedikit ni sebab tak nak tersilap kerana paypal ni sangat-sangat lah sensitive. Dan akhirnya, saya sudah Berjaya verified akaun paypal dan Maybankard Visa Debit Card sah digunakan untuk urusan jual beli di internet. Alhamdulillah. Saya ada tujuan penting selepas ini. Tunggu update saya seterusnya ye. Doakan kejayaan saya.

Tips penting pengguna Paypal:

1.    Berhati-hati mengisi borang paypal kerana jika anda tersilap mungkin anda tidak akan dapat masuk paypal lagi

2.    Kawan saya kata, ia lebih sensitive dari maybank2u. Pastikan anda tidak bertukar-tukar network access. Contohnya, jangan sekejap pakai celcom broadband, sekejap pakai streamyx atau maxis broadband. Ini kerana, kesemuanya ada ip address masing-masing. Jika paypal detect, mereka akan block terus akaun anda. Ini kerana mereka khuatiri ada hackers masuk ke akaun anda.

3.    Tu je la kot..hehe..saya ni budak baru belajar. Jika ada diantara anda yang tahu apa lagi tips berkaitan post ni, sila-silalah kongsikan sekali ye.

Salam hormat dari saya,

Nozi

Popularity: 11% [?]

Share/Save/Bookmark

Panduan Clickbank

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tak buat posting mengenai Affiliate. Setelah sekian lama topic tersebut saya tidak kembangkan. Jadi, untuk peminat setia blog saya, saya tidak sesekali akan hampakan anda kerana gedungilmu sememangnya akan menghidangkan sesuatu yang memberi faedah buat penggemar blog terutamanya kepada mereka yang ingin mengetahui mengenai bagaimana untuk menjana wang di internet.

Pi mai, pi mai, jana wang. Sudah jemu ke? Pasti ada juga di antara kita yang masih belum menjana wang dari internet. Tidak apa saudara saudari. Kita kena usaha. Walaupun ada sedikit kesukaran. Bukan senang untuk berjaya. Ingat otai-otai kita berjaya dengan senang ke? Tak ada duit yang datang sendiri tanpa usaha. Tak ada istilah itu.

Jadi, untuk tidak membuat anda tertunggu-tunggu, saya ingin ceritakan sedikit mengenai Clickbank. Apa itu Clickbank? Bagi yang ingin mengembangkan sayap di dunia internet ni, Affiliate adalah salah satu cara yang terbaik untuk anda ceburi kerana anda tidak perlu keluarkan modal yang besar. Anda Cuma perlukan kerajinan untuk melaksanakannya.

Clickbank sebenarnya adalah satu lubuk duit yang telah lama digunakan oleh internet affiliate di Negara kita. Bukan sahaja di Negara kita, malah di setiap pelusuk dunia. Banyak komisyen ditawarkan untuk setiap produk dan anda perlu tahu teknik bagaimana untuk mendapatkannya sahaja.

Cuba anda bayangkan, komisyen jualan sehingga 75%.Jika produknya berharga USD100 anda akan dapat USD75 atau RM262.50 hanya dengan menjual SATU produk orang lain di Clickbank. Anda Cuma perlu focus kepadanya sahaja. InsyaAllah, pasti anda akan berjaya.

Rakan kita, saudara Mawardee sedang membongkarkan rahsia beliau menjana ribuan ringgit di Clickbank. Sila anda lihat dengan terperinci bagaimana beliau melakukannya melalui ebook ‘Panduan Clickbank’.

Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Saya pun sudah membeli ebook ini. Sebelum ni saya ada juga membeli ebook mengenai affiliate, tetapi ebook saudara Mawardee ini lebih membuka mata saya. Memang tidak rugi untuk memilikinya. Saya tidak cuba untuk memaksa anda, tetapi jualan beliau akan ditutup mungkin buat selama-lamanya. Hanya tinggal hari ini (19/10/2009) dan esok (20/10/2009) sahaja lagi.

Sekiranya anda ingin lihat laporan dari beliau, anda boleh juga dapatkannya di sini ya!

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Cara buat dan jual eBook

Assalamualaikum,

Hari ini saya dapat eBook percuma dari saudara kita Jamaluddin Bahari a.k.a Jamal. Beliau telah berkongsi bagaimana membuat eBook sendiri berdasarkan pengalaman beliau yang telah berjaya menjana duit melalui pembikinan ebook sendiri dan menjual ebook-ebook tempatan dan menjana puluhan ribu ringgit.

Jangan dilepaskan peluang membaca ebook percuma yang padat ini.

Antara isi-isi menarik dari ebook percuma ini adalah bagaimana mencari idea untuk membuat ebook yang sudah tentu anda ingin ketahui. Beliau juga membongkarkan kepada kita apa niche-niche yang mudah dijual serta cara untuk mengkaji permintaan terhadap ebook.

Ia juga merangkumi langkah demi langkah bagaimana untuk menghasilkan ebook, membuat laman web jualan ebook, dan seterusnya mempromosikan ebook untuk jualan yang bakal anda lakukan selepas itu.

Sila download ebook percuma ini sekarang! Klik di sini : http://www.buatebook.com

Popularity: 16% [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads