Archive for November, 2009

Assalamualaikum,

Saya ada sesuatu untuk dikongsikan ni. Saya ada beli satu buku yang berjudul Kaedah Mendidik Isteri dan Anak. Saya tertarik betul dengan buku ni. Kulit buku pun menarik perhatian saya. Lihatlah gambar di bawah ni. Saya dah habis baca, tapi saya ulang lagi membacanya untuk memahaminya dengan lebih mendalam lagi. Yalah, baru baca sekali bukannya ingat kesemuanya sekali. Perlu dibaca dan dibaca untuk betul-betul lekat di dalam kepala. Saya ni memang lemah sikit mengingat. Tapi, insyaAllah, sambil baca, sambil praktikkan insyaAllah akan ingat.

Kenapa saya suka buku ni ye? Bagi saya, ilmu perlu ditimba. Jangan tunggu suatu hari nanti, kita menagih ilmu tapi umur sudah tua. Bila usia masih muda ni, senang untuk terima ilmu, tapi bila sudah berusia, nak faham, nak ingat belum tentu senang. Namun, harap-harap biarlah sampai ke tua sekalipun, dapat menimba ilmu lagi banyak.

tb0069

Penting juga untuk mengetahui kaedah apakah yang terbaik untuk mendidik keluarga. Seperti yang telah ditekankan oleh kerajaan kita kini juga, utamakan pendidikan Islam di dalam institusi kekeluargaan. Dari situlah kita dapat menghasilkan pelapis Negara yang bermutu. Saya pun masih belajar dan menyelami kehidupan dan mencari matlamat yang berkualiti. :)

Buku ini banyak memberi pengetahuan baru buat saya. Mengetahui apakah kaedah terbaik untuk isteri dan anak-anak ini penting. Selepas baca, saya kongsikan dengan suami. Untuk anak-anak pula, memang ada kaedah yang terbaik dan lengkap untuk didikan anak-anak dari mereka lahir hinggalah ke satu tahap umur mereka. Apa yang patut dan tidak patut kita buat. Semua yang terkandung di dalam buku ini adalah berpandukan sunnah nabi dan apa yang disebut di dalam Al-Quran. Ia menekankan kaedah memukul dari segi Islam.

Di sini saya senaraikan isi kandungan penting di dalamnya:

  • Pukul, antara galakan dan larangan
  • Memukul Isteri
  • Memukul anak
  • Cara mendidik anak
  • Menangani Kemungkaran anak-anak
  • Keadilan Islam
  • Kaedah mendisiplinkan anak
  • Menangani kenalan anak-anak

Menarik kan isi kandungan di dalamnya? Tapi jangan pula apabila lihat sahaja topik memukul anda tak mahu dengar. Baca dan hayati terlebih dahulu. Jika anda berminat, anda boleh dapatkannya di kedai Adik Bijak.

Sekian,

Nozi

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum,

aidiladha1

Mungkin dah terlewat untuk diucapkan, tapi saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di seluruh Negara. Semoga hari ini memberi makna yang tidak terhingga buat anda. Kepada mereka yang ingin menjalani ibadah korban, semoga ibadah anda mendapat keberkatan dan Rahmat dari Allah S.W.T.

Kepada yang balik kampung dan memandu di jalan raya, harap memandulah dengan berhati-hati. Jangan ditekan minyak sesedap rasa pula ye. Ingatlah orang yang tersayang. Kepada yang tiada kesempatan untuk pulang ke kampung tu, janganlah bersedih pula. InsyaAllah, jika tidak di bulan mulia ini pun, anda dapat juga pulang nanti pada bila-bila masa yang boleh. Namun, anda tidaklah dihadkan daripada berhubung dengan orang tersayang. Hubungilah keluarga melalui kemudahan-kemudahan perhubungan seperti telefon, surat (mungkin lambat kot message sampai :) ), ataupun yang tercanggih sekali buat masa ini adalah Internet. Hehe. Pakai Yahoo messenger atau paling kurang pun layan Facebook.

Berbalik pula mengenai ibadah korban ni, di kawasan kampung saya setakat ni belum ada rumah yang berdekatan yang melakukan ibadah korban. Biasanya ada. Saya pun tahun ni tidak berkesempatan melakukan ibadah korban. Mungkin esok ada lembu yang menjadi korban atau sebaliknya, wallahualam. Tapi, sebelah sana kampung saya ada yang lakukan ibadah korban. Dan tidak ketinggalan pula di masjid berdekatan, ada dalam 8 ekor lembu dikorbankan. Alhamdulillah, berkat ibadah korban ni, dapat juga mereka yang susah merasa kenikmatan yang dirasai mereka yang senang. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari ibadah yang mereka lakukan. InsyaAllah.

Salam AidilAdha dari Nozi sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum,

Hari ni saya diremind oleh majikan mengenai cuti saya yang masih banyak. Ada 10.5 hari lagi. Tapi memang niat nak bawakan ke tahun hadapan juga ni untuk backup. Time to plan my leave now. Apa lagi, membelek calendar la saya hari ni mencari-cari tarikh yang sesuai untuk honeymoon bercuti-cuti Malaysia dengan family.

Setelah berkira-kira, saya ingat sempena cuti sekolah ni rasanya nak bawa anak-anak berjalan-jalan sikit. Lama betul tak pergi ke mana-mana. Saya plan nak pegi KL then Port Dickson. Akhir bulan December nanti insyaAllah kami sekeluarga akan ke sana. Belum pernah lagi saya jejakkan kaki ke Port Dickson ni. Orang kata, tempat sana best. :)

Pilih punya pilih tarikh nampaknya bulan December memang bulan yang penuh betul masanya. Cuti memang kena habiskan dan hanya 7 hari sahaja boleh dibawa ke tahun hadapan. Jadi 3.5 hari tu saya kena manfaatkan sebaik mungkin untuk keluarga.

Harap-harap plan ke Port Dickson ni menjadi.

beachportdickson

Bagi saya, membawa anak-anak ke sesuatu tempat baru ini bagus untuk perkembangan mereka. Dari situ, mereka boleh melihat panorama yang berbeza dan dari situ jugalah mereka akan mendapat sesuatu yang baru.

Apakah aktiviti yang sesuai ye? Saya pun sedang rancangkan apa aktiviti yang boleh dilakukan nanti. Riadah sudah semestinya. Yelah, melepaskan beban kerja buat seketika. Begitu juga suami dan anak-anak. Mereka pun mahu berseronok juga. Apa yang paling menarik nanti, apabila berjumpa sesuatu yang baru, pasti anak saya bertanya banyak. Apa tu mama? Kenapa? dan macam-macam soalan la nanti.

Moga percutian kali ini memberi kenangan manis buat kami sekeluarga.

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Hujan Lebat Tanpa Henti

Assalamualaikum,

Hujan lebat di kawasan Terengganu dan termasuk Kerteh tempat tinggal saya. Ada beberapa rakan kerja yang tidak dapat hadir kerana laluan tersekat. Ada dua rakan dari Besut, Terengganu yang tidak dapat datang kerja hari ini. Untunglah saya tinggal dekat dengan tempat kerja. Kawasan rumah pun bukan kawasan banjir. Dalam bukan kawasan banjir pun, pagi tadi saya lihat air dah melimpah dalam longkang rumah. Harap-harap tu jangan melimpah masuk dalam rumah sudahlah.

Jam 3 pagi tadi, ayah saya telefon. Risau juga kenapa telefon pagi-pagi sangat sebab semalam baru sahaja lepas berborak sebab dia kurang sihat. Tekanan darah tinggi naik sampai 200. Rupa-rupanya rumah ayah naik air sedikit. Tapi tidak tahap berbahaya lagi. Ayah terpaksa tidur di atas sofa di ruang dapur rumahnya. Saya minta dia tinggal di rumah saya aje, tapi katanya tengoklah esok jika banjir sudah nampak teruk barulah dia bertindak. Saya naik risau juga. Maklumlah, orang tua.

Berbalik kisah hari ni. Saya dapat tahu, di kawasan Kemasik juga tidak kurang hebatnya dengan musim Bah sekarang ini. Dalam lebih kurang 30 keluarga dipindahkan. Di daerah Ranggon teruk juga. Itu jalan ke Airport Kerteh. Suami saya cakap, ada beberapa ahli bomba sedang mengangkut orang-orang yang ingin menyeberangi jalan ke Kerteh. Biasanya, jalan tersebut adalah jalan utama Kg Ranggon untuk ke Kerteh dan juga laluan utama bagi mereka yang bekerja di kawasan ini. Kesian pula saya dengar.

banjir22

Suami saya pula, tidak disangka-sangka meneruskan juga aktiviti berbasikalnya hari ini. Redah juga hujan dan banjir tu. Kawasan yang dilaluinya tadi di jalan Ranggon tu, airnya mencecah paras pinggang.

Tapi hujan memang tak berhenti-henti dah hampir seminggu di sini. Di bahu jalan pun teruk juga air melimpah. Perlu bawa kereta dalam 60-70km/j sahaja. Divider jalan pun dipecahkan di kawasan Paka, kerana air tak dapat masuk ke saliran longkang.

Memang besar juga Bah tahun ni nampaknya. Saya doakan semua selamat di rumah mahupun di jalan raya. Kena lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Ni saya risau pasal tempat parking kat basement office saya ni. Kata rakan saya, kena tengok-tengok juga takut banjir. Basement pun boleh banjir. Aduhai. Jenuh juga kalau banjir tu.

banjir

Saya pula, jadi salah seorang wakil syarikat untuk gerakan banjir.Hehe. Untuk kawasan Kerteh. Kalau ada sesiapa yang tidak dapat hadir ke Pejabat Kerteh, mereka akan telefon la saya. Setakat ni ada dua orang pekerja yang tidak dapat hadir. Maklumat di bawah saya dapat dari AJK yang bermesyuarat pagi tadi:

  • Cherating – Sungai Ular = Air melintas jalan

  • Ibok = Hanya kenderaan berat sahaja bermula 7.30 pagi (22/11/2009)

  • Dungun, depan JPJ Bukit Besi – Kenderaan berat sahaja yang boleh masuk.

  • Pengkalan Ranggon – Kertih = Ditutup untuk semua kenderaan.
  • Kuala Terengganu – Kuantan = Jalan boleh dilalui

Bagaimana pula keadaan sahabat pembaca di blog saya ni? Anda pula bagaimana? Adakah mengalami masalah banjir juga?

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Pernahkah anda backup blog anda? Backup merupakan salah satu perkara yang amat penting lebih-lebih lagi buat mereka yang membuat bisnes dengan blog mereka. Untuk pengguna blog, penting untuk membuat backup iaitu anda membuat salinan bagi file original anda. Ini untuk memastikan bahawa sekiranya blog anda diserang hackers, anda masih ada backup file itu tadi.

Cuba anda lihat gambar ini. Pasti anda tidak mahu pening kepala sekiranya anda kehilangan sesuatu yang begitu berharga bukan?

backup-no

Jika anda mempunyai hosting sendiri, sudah tentu anda biasa dengan Cpanel. Kebiasaannya, bagi mereka yang menyewa hosting untuk memasang domain, akan disediakan Cpanel untuk membuat konfigurasi database, domain, email dan sebagainya. Jadi sekarang, saya ingin tunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan backup ini. Tetapi, mungkin sesetengah pemilik hosting mempunyai had-had untuk mengakses di ruangan Cpanel. Jika anda mempunyai masalah pada Cpanel anda, sila beritahu pemilik hosting anda.

Sila klik pada ruangan Backups dalam Cpanel anda seperti di bawah:

backups

Anda boleh lakukan dua jenis backup di sini sama ada Full Backup iaitu melakukan backup sepenuhnya ataupun Partial Backup iaitu melakukan backup satu persatu. Anda boleh melakukan proses backup ini untuk semua file berkaitan blog anda seperti Home Directory, MySQL Database, Email Forwarders, dan Email Filters.

Untuk Full Backup, sila klik di ruangan ini:

full-backup

Sebelum meneruskan backup, anda hendaklah menentukan alamat email terlebih dahulu bagi memastikan anda menerima status backup anda nanti.

Untuk Partial Backup, anda boleh membuat backup satu persatu dengan hanya klik pada ruangan yang dibulatkan ini:

partial-backup

Selain itu, ada satu cara lagi untuk membuat backup iaitu dengan menggunakan Backup Wizard. Di sini anda akan diarahkan untuk melakukan backup. Mungkin anda akan rasa lebih mudah dan lebih teratur jika menggunakan Backup Wizard kerana ada langkah-langkah yang perlu anda ikuti.

backup-wizard1

backup-wizard

Selamat membuat backup! :)

Popularity: 14% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Susah untuk dimengertikan kenapa manusia suka sangat mengutuk sesama saudara atau dalam erti kata lain ialah mengumpat. Apakah istilah mengumpat ini sudah tidak digunakan? Buat ketupat agaknya. Takut saya bila mana teringat kembali balasan yang akan Allah berikan kepada mereka yang suka mengumpat. Saya juga ingatkan diri ini yang kadang-kadang ada juga tersalah menceritakan hal orang lain kepada mereka yang lain. Astaghfirullah….

Mengumpat ini amatlah berat. Bagi saya ia umpama virus yang sangat membahaya. Ia boleh juga digolongkan dalam kategori memfitnah iaitu daripada mengumpat, boleh menjurus ke arah memfitnah.

conversation1

Sebelum ini saya pernah ceritakan mengenai jaga aib yang juga tergolong dalam kategori mengumpat, iaitu perbuatan yang saling bersangkut paut.

Dalam kehidupan harian, ada sahaja yang menyentuh pemikiran saya. Saya tergerak untuk bercerita di sini bukan sekadar cerita kosong, tetapi untuk mengingatkan kita semua termasuklah diri saya bahawa janganlah kita amalkan sikap seperti ini. Saya terlihat satu kelompok manusia yang suka mengutuk rakan-rakan sejawat. Saya tidak tahu apakah motif kutukan tersebut. Namun, perbuatan seperti itu sememangnya bukanlah berbuatan yang sihat dalam sesebuah hubungan.

Apa yang saya paling tidak suka, apabila di hadapan seperti tiada apa-apa masalah, tetapi di belakang mengutuk umpama bahan ‘makanan sampingan’ sahaja. Ingatlah wahai insan, mungkin bagi anda yang suka mengutuk atau mengumpat orang akan rasa seronok seolah-olah anda sedang mengunyah snek, tapi tahukah anda bahawa anda sedang memakan daging saudara anda sendiri?

ngumpat

Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Janganlah kiranya anda suka mengumpat kerana dosa mengumpat ini amatlah besar sehinggakan ia tidak akan mendapat pengampunan dari Allah kecuali anda meminta ampun dengan saudara yang diumpat itu.

Ada beberapa petikan hadis yang mungkin boleh menginsafkan anda yang suka mengumpat:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.

Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat sudah tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Wallahualam.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Pagi tadi saya terima satu berita dari saudara Zamri Nanyan, seorang IM terkenal di Malaysia yang tidak asing lagi. Beliau telah mendedahkan mengenai rahsia Affiliate melalui ebook terbaru beliau berjudul “Pakar Affiliate”. Anda tahu siapa Zamri Nanyan? Kepada yang masih belum tahu mengenai Zamri Nanyan, beliau merupakan salah seorang usahawan internet yang berjaya di negara ini dan kali ini beliau ingin membongkarkan satu lagi rahsia beliau dalam menjana wang melalui affiliate.

Sebelum ini saya pernah terangkan kepada anda mengenai apa itu program affiliate. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut dengan koleksi ebook percuma saya mengenai affiliate.

Apa sebenarnya yang ingin dibongkarkan oleh saudara Zamri Nanyan ye? Terdapat 3 modul di dalam ebook ini. Modul pertama adalah berupa video beliau yang memberi penjelasan mengenai asas pemasaran affiliate. Modul kedua pula memuatkan audio 5 kaedah pemasaran affiliate yang berkesan. Audio ini merupakan rakaman antara beliau dengan jutawan internet Malaysia iaitu Patric Chan. Pelbagai kaedah pemasaran affiliate dibongkarkan di sini. Di dalam modul ketiga pula adalah sambungan audio rakaman bersama Patric Chan tadi tetapi ia lebih fokus kepada topik “Money on-demand”. Ada satu lagi audio menarik iaitu perbualan bersama saudara Razif Yusof, Top Affiliate “The Four Weeks to Freedom”. Apa pula rahsia dari saudara Razif ye? Pasti anda juga ingin mengetahuinya.

Tentu bagi mereka yang ingin mencari lagi rahsia-rahsia menjana wang dengan program affiliate ini sudah rasa teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui apakah rahsia-rahsia yang menjadikan mereka berjaya. Jika anda adalah salah seorang daripada mereka yang ingin mencuba program affiliate, jangan lepaskan peluang untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu penting dari mereka yang berpengalaman ini. Sila klik gambar di bawah:

pakaraffiliatebundle

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Satu pendedahan awal oleh saudara Khairul Hazwan tentang 15 strategi rahsia Private Label Right (PLR) untuk membina perniagaan internet yang sebenar. Anda tahu apakah kelebihan pada produk yang berlesen PLR? Rugi jika anda tidak mengetahui kelebihan produk PLR ni. Baru-baru ini saya ada juga mentelaah mengenai produk PLR. Sememangnya banyak lagi perkara yang didedahkan oleh beliau yang diluar pengetahuan saya di dalam ebook percuma yang mempunyai 61 muka surat kesemuanya ini.

Jika anda baca hasil penulisan beliau memang anda pasti berpuas hati. Dengan ebook yang percuma ini, memang rasanya beliau tidak lokek untuk berkongsi dengan kita semua mengenai strategi-strategi untuk menjana perniagaan di internet menggunakan produk-produk berlesen PLR ini.

Sedikit saya terangkan mengenai apa itu produk Private Label Right (PLR). PLR adalah satu produk dimana anda boleh menjualnya semula dan boleh mengubah isi kandungan dan juga boleh mengubah nama penulisnya kepada nama anda sendiri. Anda boleh juga menjadikan ia sebagai produk anda sendiri. Banyak lagi rahsia yang dibongkarkan dari ebook 15 strategi PLR oleh saudara Khairul Hazwan ini.

Jadi, jangan buang masa lagi. Saya tidak mahu ceritakan dengan lebih terperinci lagi tentang ebook ini kerana segala-galanya sudah diceritakan di sini. Lengkap dan padat. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Khairul Hazwan kerana sudi berkongsi tentang 15 strategi rahsia PLR untuk membina perniagaan internet sebenar hari ini.

Sila dapatkannya ebook 15 strategi rahsia PLR sekarang!

Dari,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terfikir bahawa kita perlu letak polisi untuk mereka yang memberi komen di ruangan artikel? Mungkin jawapan anda; untuk apa sedangkan sudah ada ‘pengawal’ komen SPAM. Apa kelebihan dia ye?

Sebelum itu, mari kita fikirkan sejenak mengapa pentingnya memberi komen dari aspek SEO.

Membina rangkaian - dengan memberikan komen di sesetengah blog, kita sekaligus dapat membina rangkaian sesama penulis blog. Contohnya aplikasi commentluv plugin yang saya ceritakan sebelum ini.

Tapi, ada pula yang menyalahgunakannya dengan membuat komen SPAM pula.

Jika anda menggunakan ‘pembunuh’ SPAM seperti yang saya guna sekarang ; Wordpress SPAM free plugins ataupun Akismet, anda pasti dapat mengenalpasti berapakah komen SPAM yang anda terima dan telah dibuang oleh plugins SPAM ni.

Saya akui, mungkin semua telah mengaplikasikan plugin khas untuk membuang komen SPAM. Namun, ada sesetengah dari mereka yang meletakkan signature link mereka di ruangan komen itu sendiri. Jika anda aktifkan moderator sekalipun, pasti amat susah juga untuk mengawal perkara seperti ini dan anda akhirnya akan biarkan sahaja jika terlalu banyak. Jadi, lebih baik mereka diberi ’self-moderation’  iaitu menyediakan  satu polisi khas untuk pemberi komen. Jimat juga masa anda di situ.

Jika anda perasan, di bawah artikel saya ada diletakkan Wordpress comments policy plugin.

Ini contoh comments policy yang diberikan secara default.

commentspolicy0

Jika anda ingin meletaknya di blog anda, sila download comments policy plugin dari Wordpress di sini:

http://wordpress.org/extend/plugins/comments-policy/

Apabila anda telah aktifkan plugin ini, sila lihat di comments > comments policy di Wordpress Dashboard anda.

commentspolicy2

commentspolicy

Anda boleh customize jika mahukan dalam Bahasa Malaysia. Tambah sahaja dan tekan butang ‘Add More>>‘. Apabila semua dah siap, klik pada ‘Save Setting‘.

Anda boleh juga letakkan comments policy ini di mana sahaja ruangan blog anda mengikut kesesuaian. Jika anda ingin mengubahnya sendiri, anda boleh letakkan code ini di tempat yang diinginkan.