Archive for January, 2010

Komputer tidak bermaya/slow?

Assalamualaikum,

Kadangkala kita sedikit terleka apabila menggunakan komputer untuk kegunaan di tempat kerja ataupun di rumah. Fikir panjang pula mengapalah komputer yang digunakan ni terlalu lembap. Bagi yang mengalami masalah sebegini, cubalah tips ringkas dari saya. Mungkin ada yang masih belum menggunakannya ataupun tidak tahu mengenainya. Mana tahu boleh selesaikan masalah anda selama ini. ;)

Cubalah kaedah berikut:

  • Sila ke Start > Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup
  • Kemudian, pilihlah disk mana yang anda ingin clean up. Saya cadangkan anda clean up disk c: kerana di sinilah banyak file yang tidak diperlukan. Usah risau kerana ia akan membuang file yang temporary (sementara) sahaja yang mana ia tidak diperlukan lagi.

box1

  • Selepas itu, anda akan dapat satu kotak mesej yang menyatakan bahawa anda boleh dapat beberapa kilobyte ruang semula selepas membuat disk clean up. Anda boleh pilih mana-mana file yang disenaraikan.

Ia akan memakan masa beberapa minit. Usah khuatir kerana anda boleh lakukan kerja lain pada masa yang sama di komputer anda.

Harap ia boleh selesaikan masalah anda. :)

Popularity: 15% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Sebelum ni sudah banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan bas-bas ekspres. Mungkin kerana terlalu banyak kes yang melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan yang parah.

Saya juga rasa sekarang ni pemandu bas ekspres memang selalu memandu dalam keadaan laju melebihi hadnya. Kadang-kadang terasa kecut perut apabila ada bas yang cuba memotong kenderaan lain. Agaknya pemandu bas ni rasa gah sebab mereka membawa kenderaan besar, itupun saya kurang pasti.

Hari ni saya terbaca berita mengenai kerajaan akan menggunakan kod khas untuk pemandu bas ekspres bagi memantau tempoh perjalanan bas-bas ekspres ke destinasinya. Kerajaan telah mengambil initiatif baru ini dengan menggunakan kod khas bagi bas-bas ekspres untuk mengurangkan kes-kes kemalangan yang begitu banyak disiarkan di media massa.

baseksiden

Sememangnya kita semua akur bahawa, segala yang berlaku itu adalah ketentuan Allah, namun usaha untuk mengelakkan segala kemungkinan itu perlu kita ikhtiarkan. Macam-macam kerajaan telah lakukan untuk memastikan bahawa kita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Itulah salah satu usaha yang diambil oleh kerajaan kita. Namun, sebagai menjaga keselamatan diri sendiri, kita juga perlu sentiasa memastikan bahawa kita sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah. Saya juga ingatkan diri saya. Kadang-kadang tidak sedar memecut kereta untuk cepat sampai ke destinasi lebih-lebih lagi bawa kereta ke tempat kerja. ;)


Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

Google AdSense Channels

Assalamualaikum,

Apakah tujuan Add Channel di dalam google adsense? Sebelum ini saya pun tidak tahu tujuan dia. Setelah membaca beberapa blog mengenai adsense, saya dapati rupa-rupanya tujuan kita memasukkan URL channel di adsense adalah untuk mengkaji potensi adsense kita. Mana satukah blog yang mempunyai potensi klik yang tinggi. Dari situ, kita boleh menguruskan adsense kita dengan baik. Kita boleh tahu mana satukah channel yang mempunyai bilangan klik yang tertinggi.

googlechannel

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya terangkan. Belum mahir lagi untuk dijelaskan dengan panjang lebar. Jika anda ingin cari lebih lagi mengenainya, anda boleh buat carian di google. Jangan lupa pula kongsikan sedikit ilmu anda dengan saya ye. ;)


Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Google AdSense

Assalamualaikum,

Tak habis-habis mencuba. Setelah cuba buat duit dengan Affiliate, saya ingin cuba Google Adsense pula. Saya rasa kedua-duanya mudah dilakukan bagi newbie macam saya ni. Baca sana sini mengenainya dan kaedah yang perlu digunakan, saya ada nampak sedikit perubahan pada akaun google adsense saya. :)

googleads

Namun, masih belum boleh dikongsikan lagilah. Bak kata orang seciput sahaja. Apa-apa pun saya sudah dapat agak bagaimana IM kita berjaya mendapat wang dari internet. Bukan mudah untuk kita dapat hasil melainkan usaha dan terus berusaha.

Apa itu Google Adsense?

Google Adsense merupakan salah satu lubuk untuk anda menjana wang melalui kaedah Pay Per Click (PPC). Anda akan diberikan komisyen sekiranya pembaca blog anda klik pada iklan-iklan google yang telah anda setup di blog anda. Jika anda masih belum mempunyai akaun adsense, anda boleh mendaftar di google adsense sekarang.

Mereka yang betul-betul serius dalam menjana wang di google adsense telah mendapat pendapatan melaluinya sehingga 4 angka dan ada yang dapat lebih lagi dari itu.

Saya ada sedikit ole-ole buat anda. Dapatkan 6 Modul Adsense percuma dari saudara Munawar. Saya baca ilmu beliau mengenai google adsense dan pastinya menarik saya kongsikan juga untuk anda. Cubalah gunakan teknik yang beliau berikan secara percuma ni. Harap kepada yang masih tercari-cari macam saya ni, ada idea untuk mencari duit melalui adsense pula. Semoga bermanfaat juga untuk anda.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Cantik tetapi merbahaya, itulah istilah yang diberikan untuk kaca Kristal yang saya dengar di dalam berita TV3 malam ini yang dikatakan berisiko penyakit. Terkejut juga saya mendengarnya. Ada sesetengah dari kita yang begitu minat dengan hiasan kaca Kristal. Ada yang membeli lampu Kristal, gelas, pinggan mangkuk dan bermacam-macam lagi bagi tujuan hiasan dan ada juga untuk kegunaan harian.

Adakah anda tahu kesan kaca Kristal? Dari berita yang saya dengar baru beberapa minit tadi, kaca Kristal didapati mempunyai satu bahan merbahaya iaitu Plumbum yang terhasil ketika proses pembentukan Kristal tersebut. Plumbum ini pula mempunyai kesan yang begitu kronik dan merbahaya untuk kesihatan kita.

batu-kristal

Kaca Kristal didapati boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Ia boleh mengakibatkan keguguran pada kandungan. Selain itu, kaca Kristal boleh menyebabkan barah. Jika anda gunakan gelas ataupun pinggan Kristal untuk menghidangkan makanan, ia akan bertindak balas dengan Plumbum yang ada di dalam kaca Kristal tersebut. Alhamdulillah, nasib baik saya tidak ada barang Kristal di dalam rumah.

Bagi kaum hawa, awas juga terhadap barang kemas buatan Kristal seperti gelang, rantai dan sebagainya.

Esok, TV3 akan siarkan berita mengenai kaca yang selamat digunakan pula.

Dapat dari Wikipedia : Plumbum juga merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya). Plumbum bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang.


Popularity: 16% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Artikel saya kali ini ringkas sahaja. Hanyalah bertujuan mengajak rakan-rakan saya di sini untuk membantu seorang blogger yang sedang dalam kesusahan. Jika anda ingin mengetahui kisah beliau, silalah ke blog beliau di megat.net.

bloggerwecare

Semoga ada yang sedia membantu.



Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru-baru ini sempat juga saya membina satu lagi blog yang dijadikan juga kedai online untuk menjual produk yang selama ini dijual secara offline. Rasanya, sudah tiba masanya saya luaskan jualan secara online. Kedai ini pun 100% saya buat sendiri dengan hanya menggunakan sedikit ilmu yang ada. Buat seringkas mungkin dan harap adalah yang sudi singgah barang sebentar untuk melihat apa yang dijual di situ. ;)

Pada mulanya saya ingin gunakan Zencart sahaja. Tetapi, Zencart mempunyai banyak konfigurasi yang perlu dilakukan. Bak kata orang, sedikit cerewet. Setelah banyak mencuba, terjumpa pula theme yang saya rasakan sesuai dan boleh dijadikan kedai. Pemilihan warna mengikut citarasa saya, yang tidak begitu terang dan tidak bergitu gelap. Semoga tidak mengganggu mata sesiapa yang berkunjung.

Saya menggunakan aplikasi shopping cart yang saya rasa mereka yang gemar membeli secara online sudah tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mungkin saya akan sediakan manual bagaimana untuk membuat pembelian nanti. InsyaAllah.

Suka sekali jika anda sarankan atau kongsikan kewujudan kedai ini kepada kenalan. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Jika anda ada pendapat yang ingin dikongsikan, silakan. Saya sedia menerima sebarang pendapat.

Ini sedikit paparan skrin kedai online saya. Jom singgah.

kedaionline


Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Beriadah di pagi Jumaat

Assalamualaikum,

Wah, pagi yang sungguh indah seperti hari-hari yang lepas. Sememangnya indah. Nikmat hidup yang aman anugerah Ilahi. Bersyukur kehadrat-Nya kerana kita semua dapat menikmati udara yang nyaman, Negara yang aman dan makmur.

Pagi ini sempat saya shot beberapa gambar di waktu pagi. Sambil ambil gambar, kedengaran juga unggas-unggas bersiulan. Begitu riang burung beterbangan pasti ada destinasi yang bakal dituju. Bagaimana dengan kita pula? Perlu ada juga destinasi hidup kan? Barulah hidup ini ada maknanya.

pagi1

Gambar: Panorama jam 7 pagi hari ini. Sempat juga ambil dari pintu dapur.

Hari ini cuti. Apakah aktiviti yang bermanfaat ye? Rasanya baik dimanfaatkan bersama keluarga. Sudah seminggu selalu sibuk dengan kerja. Sebenarnya, lama betul tak bersenam ni. Baik bawa keluarga beriadah kan? Teringat pula hajat ingin ke Pantai Kemasik yang ada sediakan tempat beriadah. Duduk di Kerteh ni memang dekat sahaja ke sana. Saya belum pergi lagi lihat suasana baru di pantai Kemasik yang khabarnya sudah berwajah baru. Buat pengetahuan anda, di sana ada tempat beriadah yang baru siap dibina.

Inilah suasana di Pantai Kemasik yang dekat sahaja dari rumah kami. Menarik tak? Jomlah ke sini membawa keluarga beriadah. Badan pun sihat, dan dapat juga rehatkan minda setelah seminggu bekerja.

pantaikemasik

kemasik

Gambar: Kemasik – Rest Relax and Recreation

Begitu seronok anak-anak saya bermain.:)

kanak2riang4

kanak2riang5

kanak2riang6

Banyak juga kemudahan yang disediakan.

kemudahan

Apa lagi, jomlah kita beriadah di sini sambil menghirup udara pantai. Mata pun sedap memandang. ;)


Popularity: 23% [?]

Share/Save/Bookmark

Bercuti dan Tahun Baru

Assalamualaikum,

Lama betul saya tidak mengemaskinikan blog ni. Maklumlah, sibuk menghabiskan cuti dan juga sibuk melayan anak-anak. Alhamdulillah, saya masih lagi dipanjangkan umur, dapat lagi melihat alam, menghirup udara segar dan menikmati hidup. Tahun baru 2010 masihi pula sudah tiba dan hari ini sudah tanggal 2 haribulan. Pejam celik, pejam celik, kita sudah di tahun 2010.

Baru-baru ini, saya habiskan masa cuti bersama keluarga. Seperti yang dirancangkan, kami ke Port Dickson. Sebelum itu, kami singgah ke KL di rumah kakak saya di Desa Pandan. Biasalah, jika pergi KL ni rumah kakak lah menjadi persinggahan wajib dan bermalam di sana sudah menjadi kebiasaan kami. Saya pergi ke PD bersama keluarga kakak saya dan juga adik bongsu saya. Kami memang seronok ke sana. Hanya cuti yang serba sederhana, kami hanyalah bermalam satu malam sahaja, hotel dah penuh masa sebulan awal kami buat tempahan lagi. Jadi, kami manfaatkan masa bersama keluarga.

Ini photo anak-anak saya dan anak-anak kakak sedang seronok bermain air. Suka betul mereka bermain air. Saya pun turut seronok melihat telatah mereka. Alhamdulillah, cuaca di sana amat baik.

portdicksonair

portdicksonpasir

Kami sempat juga makan-makan di Pantai Teluk Kemang. Boleh tahan juga masakan di sana. Harganya juga berpatutan.

pantai-teluk-kemang

Lepas ni tak tahu lagi ingin bercuti di mana pula. Apa yang penting, anak-anak seronok. Pulang dari bercuti pun, semangat tahun baru makin membara. Azam saya kali ini pula ingin mencuba untuk menjual kain pasang pula. Sebelum ni, saya jual tudung. Memang mendapat sambutan. Kini, saya cuba satu lagi bisnes, iaitu menjual kain pasang. Memang bisnes saya semuanya berkaitan dengan kaum hawa. Setakat ini saya akan fokus untuk perniagaan offline. Kemudian, dalam masa yang sama pula, saya akan cuba berniaga online pula. Harap-haraplah bisnes saya mendapat sambutan. Doakan saya ye. :)

Oh, lupa pula ye, untuk Terengganu esok mulalah hari untuk anak-anak kita bersekolah. Harap semua mak ayah sudah buat persiapan ye untuk anak-anak. Anak sulung saya baru umur 6 tahun, jadi persiapan pun tidak lah sebanyak mana. Baju pun masih pakai baju tahun lepas sebab masih elok lagi. Pendaftaran pun sudah beres masa bulan November hari tu. Jadi, esok sekolah macam biasa. Tahun ni, saya hantar anak sekolah petang juga untuk belajar mengaji. Sebelum ni, saya yang cuba mengajar anak mengaji tetapi anak pula kurang fokus. Saya mengambil keputusan untuk menghantar dia mengaji di sekolah pula. Harap tahun ni anak saya makin berjaya, insyaAllah..

InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan sajikan pembaca dengan ilmu-ilmu yang menarik. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang masih setia di sini. Salam kemaafan dari saya jika selama ini ada yang tersalah apa-apa tanpa saya sedari.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads