Archive for February, 2010

Assalamualaikum,

Di pagi ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam di dunia ini. Semoga kita sama-sama dapat meraikan kelahiran Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Di sini saya kongsikan sedikit mengenai apa itu Maulidur Rasul. Inipun saya dapat dari sumber wikipedia.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Semoga bermanfaat.

Dari,


Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Aku Bukan Superman

Assalamualaikum,

Sekadar hiburan. Anak-anak suka sangat nyanyi lagu ni. Bila dengar juga, menarik pula lirik dia. hehe :)



Popularity: 10% [?]

Share/Save/Bookmark

Tips Google Adsense

Assalamualaikum,

Lama betul saya tak kemaskinikan blog. Keadaan tidak mengizinkan. Kurang sihat pula saya kali ni. Tapi, hari ni saya ingin kongsikan sedikit mengenai google adsense. Mana tahu, jika ada yang masih belum tahu tips ini dan ingin mencuba google adsense. Bagi saya, apa salahnya letak iklan dari google adsense sekarang walaupun tidak terlalu serius untuk menjana duit dari adsense.

Tips ni sebenarnya telah banyak dikongsikan oleh mereka yang sudah pakar tentang google adsense.

Jika anda sedang setup iklan adsense, pastikan anda melakukan sedikit konfigurasi pada text iklan anda. Sila lihat rajah di bawah.

googleadsense1

Biasanya, tulisannya adalah seperti berikut. Namun, anda digalakkan untuk menukar warna tulisan tersebut supaya seakan-akan sama dengan warna tulisan yang anda gunakan di dalam blog anda. Jadi, kebarangkalian untuk mendapat potensi klik pada iklan tersebut amat cerah.

Selain dari itu, cuba letak iklan google di bahagian yang mudah sekali mendapat potensi klik. Saya dapat tahu, kebanyakan pakar adsense kata, iklan 336×280 memang yang terbaik sekali digunakan. ;)

Satu lagi, kita boleh letakkan tidak lebih dari 3 jenis iklan [tulisan (text ads), gambar (images ads) dan link unit] pada satu mukasurat laman kita.

Itu lah sedikit tips mengenai google adsense yang boleh saya kongsikan di sini. Cubalah, mana tahu anda lebih cepat merasa dari saya. :)

Ada sesiapa yang ingin tambahkan tips yang anda tahu mengenai google adsense di sini? Sumbangan ilmu anda amatlah dialu-alukan.

Sekian,

Popularity: 17% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Hari ni saya bercuti sehari rehatkan minda dan badan yang begitu penat. Bulan lepas sudah merancang untuk bercuti tetapi ditolak pula oleh majikan atas sebab tiada orang di pejabat.

Tiba-tiba pula saya teringat dengan Facebook yang ada disuarakan oleh kerajaan kita baru-baru ini di dalam radio semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Lupa pula saya, siapa yang suarakannya. Tetapi yang pasti, ia berkenaan penggunaan Facebook oleh rakyat Malaysia sekarang yang begitu banyak dan semakin popular.

facebook

Kerajaan menyarankan supaya pengguna Facebook lebih berhati-hati dalam bersosial. Kerajaan menekankan mengenai hal keselamatan negara kerana dikuatiri ada sesetengah dari mereka membocorkan hal-hal berkaitan keselamatan negara kita.

Moga kita semua menggunakan Facebook dengan berhemah dan tidak menyalahgunakannya pula. Anda punya pendapat mengenai penggunaan Facebook? Boleh kongsikan di sini. :)

Sekian,

Popularity: 26% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Saya ingin kongsi sedikit ilmu buat anda semua. Dah lama benar tak kongsi ilmu kan.  :)

Ada sesetengah blogger yang menjadikan blog mereka lagi professional dengan meletakkan tandatangan (signature) di bawah artikel dalam blog mereka. Ada juga yang menggunakan tandatangan untuk diletakkan di landing page ataupun squeeze page untuk tujuan pengiklanan ataupun mempromosikan produk yang dijual.

Anda berminat untuk buat tandatangan seperti ini tak?

Di sini saya ingin kongsikan di mana anda boleh buat tandatangan tersebut. Jangan takut bila lihat langkah-langkah seperti susah. Selepas anda cuba sekali, ia semudah ABC sahaja.

Langkah-langkahnya adalah:

1. Sila ke link berikut –> http://www.mylivesignature.com

2. Sila pilih Click Here To Start ataupun Start Now!

img1

3. Pilih mana-mana kaedah yang sesuai:

  • Using the signature creation wizard
  • Draw a signature straight to the screen
  • Using a scanned image

4. Sekarang saya pilih Using the signature creation wizard.

5. Masukkan tandatangan anda. Sebagai contoh, saya taip Nozi. Selepas itu, klik pada Next Step.

6. Pilih font mana yang anda suka. Banyak pilihan ada di sini. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Klik Next Step lagi.

7. Kemudian, pilih size pula dan klik Next Step.

8. Selepas itu, anda boleh pilih background color dan juga text color.

9. Pilih slope mana yang best.

10. Yes! tandatangan anda sudah siap.

Anda ada beberapa pilihan untuk aplikasikan tandatangan anda.

Want us to animate this signature?

Want to download this signature?

Want to use this signature?

Langkah seterusnya:

1. Saya pilih Want to use this signature.

2. Pilih Generate HTML code.

3. Kemudian, klik pada Generate a code for my handwritting signature.

4. Apabila code sudah generate, anda bolehlah copy code tadi dan letakkan di blog anda ataupun mana-mana tempat yang dirasakan perlu.

5. Cara mudah dari saya, anda simpan code tadi dan anda paste setiap kali anda post artikel.

6. Letakkan HTML code pada ruang post anda. Jangan letak di dalam Visual tab, tapi letak dia bahagian HTML tab. Letak pada line terakhir sekali. Barulah nampak seperti tandatangan saya ni. ;)

Selamat Mencuba.

Ikhlas dari,

Popularity: 19% [?]

Share/Save/Bookmark

The Best Al-Quran Online

Assalamualaikum,

Maaflah kerana terlalu lama saya sunyi sepi. Apa khabar pembaca semua? Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Hari ini saya ingin kongsikan satu laman web yang dikongsikan oleh rakan sekerja saya yang saya rasakan perlu dikongsikan untuk anda juga. Satu laman web Quran yang begitu interaktif bagi saya. InsyaAllah, kita diberi kemudahan untuk beramal.

Sila ke link ini. http://tanzil.info/

Dalam pada kita mengejar dunia, jangan pula dilupakan bekalan untuk akhirat. Moga dengan kemudahan internet ini juga memudahkan kita semua untuk menambahkan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

Moga bermanfaat buat anda semua.

Tenang rasanya dengar ayat-ayat suci ni. :)

Popularity: 15% [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads