Archive for March, 2010
Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.
Assalamualaikum,
Saya ada terima kata-kata semangat dari sahabat baik saya pagi ni. Tergerak di hati pula untuk dikongsikan bersama sahabat cyber saya di sini. Artikel ini dipetik dari http://www.iluvislam.com (oleh saudari Zalikha), link asal. Moga anda yang mengalami musibah yang sama atau lebih besar lagi lebih semangat dan tabah dalam menghadapinya.
Bismillahirahmaniraheem..
Setiap manusia yang Allah [...]
Pia Oh Pia Sayang
Assalamualaikum,
Hari ini sebenarnya saya ada perlawanan Dart di tempat kerja. Perlawanan bermula jam 5 petang. Sebelum tu, saya ke surau untuk menunaikan solat Asar. Apabila selesai solat, saya ke pejabat semula untuk kemaskan barang-barang sebelum ke lokasi perlawanan Dart. Setibanya di meja saya, rakan sejawat memberitahu telefon bimbit saya sudah berkali-kali berdering. Dalam masa itu [...]
Kes Buang Bayi
Assalamualaikum,
Sedih berbaur geram dengan tindakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mengapakah mereka sanggup membuang bayi yang tidak berdosa itu seperti membuang sampah? Tiadakah naluri seorang manusia lagi? Kejam betul manusia di akhir zaman ini.
Malam tadi, saya ada dengar berita mengenai kes bayi lelaki dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung [...]
Kereta Buat Ayah
Assalamualaikum,
Dua hari lepas saya dan adik-beradik berjaya mendapatkan sebuah kereta buat ayahanda. Kereta kancil sahaja dan kereta second hand tetapi masih kelihatan baru lagi. Kereta kancil memang permintaan ayahanda dari dulu lagi. Sebelum ni ayahanda kami sudah ada kereta tetapi kereta tersebut sudah terlalu uzur untuk dibawa ke sana ke mari. Jadi kami semua adik-beradik [...]
Doa selepas Wuduk
Assalamualaikum,
Berwuduk merupakan salah satu amalan wajib bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat lima waktu. Tahukah anda fadhilat membaca doa selepas wuduk? Sebaik sahaja anda selesai berwuduk, anda disunatkan membaca doa selepas wuduk sambil mengadap ke arah kiblat.
Maksud doa:
Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik [...]
Alice In Wonderland dan Niyang Rapik
Assalamualaikum,
Cerita berunsurkan animasi dan fantasi sememangnya menjadi kegilaan saya sejak kecil lagi. Ingatkan dah tua-tua (opps! tua ker?) ni sudah jemu dengan cerita animasi kanak-kanak tetapi masih lagi mahu tengok. Baru-baru ini telah diumumkan mengenai filem terbaru Alice In Wonderland yang diarahkan oleh Tim Burton yang mana ia sudah ditayangkan di semua pawagam. [...]
101 Aduan Kandungan Laman Web
Assalamualaikum,
Saya baru sahaja membaca Utusan Online yang bertajuk 101 Aduan Kandungan Laman Web. Nampaknya kerajaan sekarang memang sedang bekerja keras memantau blog-blog di negara ini yang telah begitu banyak mengeluarkan artikel-artikel berunsur hasutan, mengaibkan orang dan jyang paling banyak sekali diadukan adalah blog yang mempunyai kandungan berunsur lucah.
Saya sungguh hairan kenapa mereka ini suka sangat [...]
Anda pernah bermain Carom?
Assalamualaikum,
Ada benda yang saya nak share ni. Semalam saya cuba satu permainan yang rasanya tidak semua pandai main permainan tersebut. Saya pun tak pandai sebenarnya. Tapi, setelah diajak oleh kawan-kawan sekerja untuk menyertai satu pertandingan di antara staf di syarikat saya bekerja, saya tidak menolak. Apa yang penting kita cuba dulu. Menang atau kalah itu [...]
Menguap, tutup mulut ye!
Assalamualaikum,
Kenapa kita digalakkan menutup mulut apabila kita menguap? Ada sesetengah dari umat Islam yang tidak tahu kenapa kita disuruh menutup mulut ketika menguap. Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu mengenai mengapa kita dianjurkan berbuat demikian.
Seperti yang anda ketahui, menguap menandakan seseorang itu ingin tidur, mengantuk dan yang seangkatan dengannya. Ada juga di antara kita [...]
Blog bersalin kulit
Assalamualaikum,
Dalam masa 4 jam, saya cuba tukarkan blog saya ini kepada tema baru. Saya banyak mengubah kedudukan pada sidebar yang mana perlu menyentuh sedikit kod yang ada di dalam tema tersebut, bagi memuaskan keinginan untuk memiliki wajah blog yang simple berbanding sebelumnya.
Tema kali ini memang betul-betul simple bagi saya dan 80% menepati citarasa saya. Belum [...]








