Powered by Max Banner Ads
Mengenai Saya
Assalamualaikum,
Selamat Datang ke www.gedungilmu.com,
Sebenarnya, tidak banyak perkara yang boleh saya ceritakan di dalam ruangan sesi berkenalan ni. Mungkin kerana saya terlalu baru di dunia blogging ni. Maklumlah sebelum ni tak pandai menulis blog. Mungkin bahasa yang saya gunakan tidaklah sesedap mana. Tapi saya ingin cuba membuat sesuatu yang baru dalam hidup saya dengan berkongsi ilmu bersama pembaca.
Mungkin selama ini, saya lebih utamakan ilmu untuk diri sendiri. Tapi, bila difikirkan semula apa salahnya jika saya manfaatkan ilmu yang ada dan kemahiran yang mungkin boleh diadaptasikan di dunia blogging ini untuk kepentingan semua. Kadang-kadang, kita tidak pasti apa minat kita. Tapi, bila kita cuba sesuatu perkara, barulah kita tahu yang kita minat tentang itu,ini..
Namun, saya sebagai manusia biasa memang harapkan sokongan dan perkongsian berguna dari rakan-rakan cyber. Semoga kita dapat manfaatkan apa yang kita miliki dan tidak hilang begitu sahaja.
Saya bukanlah penulis blog sepenuh masa. Tetapi ingin mencuba perkara baru berkaitan blog, membuat duit di internet dan mengasah bakat di sini. Mana tahu suatu hari nanti, saya ada sesuatu buat anda semua.
Nama penuh, Nozilawati Idris. Bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Terengganu. Menetap di negeri Terengganu. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang cahayamata. Alhamdulillah, hidup berkeluarga ni banyak asam garamnya. Namun, saya suka akan cabaran kerana ia lebih mematangkan diri.
Ciri-ciri? Saya boleh ikut rentak sesiapa sahaja, insyaAllah tidak kira sebarang usia. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dibuang terus ke dalam longkang.
InsyaAllah, saya boleh berkawan dengan siapa2 sahaja asalkan dia seorang yang jujur. Saya paling anti orang yang suka menipu. Sekali ditipu, saya akan serik. Dan saya tidak mudah percayai orang 100%. Jadi, pentingnya kita berkenalan dan tahu hati budi masing-masing.
Impian saya di dunia blogging:
1. Ingin jadikan blog sesuatu yang memberi manfaat kepada semua
2. Ingin mencuba pendapatan sampingan melalui blog
3. Ingin mendapat seberapa ramai kawan yang boleh
Buat masa ini, itu sahajalah mengenai diri saya. Nanti saya update semula jika ada perubahan.
Salam perkenalan.
Ikhlas dari,

Popularity: 15% [?]





