Adakah anda terasa tidak tenang?

Assalamualaikum,

Rasa tak tenang aje. Rasa seperti ada sesuatu yang tidak betul. Itulah kebiasaan keluhan yang pastinya ada pada diri kita. Apakah tindakan yang anda lakukan untuk menghilangkan rasa seperti itu? Tahukah anda bahawa pentingnya kita mencari penyelesaian jika kita mengalami situasi sedemikian? Banyak perkara yang mungkin terjadi jika kita biarkannya berlarutan.

Perkara pertama yang perlu kita teliti adalah, tentang agama kita. Adakah kita betul-betul menjaga agama kita iaitu Agama Islam yang kita anuti? Mungkin kita ada kekurangan di situ. Setiap sesuatu yang berlaku pokok pangkalnya adalah berpunca dari hubungan kita dengan Allah. Kita sebenarnya diperhatikan. Tapi kita sekarang banyak nampak hal dunia sahaja. Walhal, di atas sana, Allah sedang perhatikan kita.

Perkara kedua, hubungan kita sesama manusia. Yang paling dekat sekali adalah ibu bapa kita, ataupun bagi wanita yang sudah berkahwin pula adalah suami kita. Kita ni memang tak lepas dari melakukan kesilapan lebih-lebih lagi dengan orang yang paling dekat dengan kita. Mungkin kita terlalu biasa dengan mereka dan kita tidak perasan sedikit pun yang kita telah melukai hati mereka.

Dua perkara ini begitu penting untuk kita teliti. Selain dua perkara tersebut, kita perlu pastikan yang kita tidak menyakiti hatiĀ  jiran tetangga, teman-teman, sanak saudara dan sesiapa sahaja yang berhubung dengan kita.

Sedikit ayat buat mereka yang menghadapi tekanan atau stress. Bacalah barisan yang digariskan ini. Maksudnya saya sertakan di bawah.

Ayat dari surah Ali-’Imran, ayat 173

aliimranayat173

Maksudnya: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama, Motivasi, Personal

Artikel Berkaitan:
  • Emak Berpesan
  • Perjuangan
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    2 Responses to “Adakah anda terasa tidak tenang?”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.