Azam Tahun Baru-1431H
Assalamualaikum,
Hari ni sudah tanggal 7 December 2009. Begitu pantas masa berlalu dan sudah hampir kita ke penghujung tahun 2009 masihi. Jikalau tarikh Islam pula, hari ini sudah 20 Zulhijjah 1430H. Ada 10 hari lagilah kita bakal memasuki tahun baru Islam iaitu awal Muharam 1431 Hijrah.
Apabila memasuki tahun baru, perlulah mempunyai azam yang baru dan perlu sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya lebih baik dari sebelumnya. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, kita perlu memanjatkan doa untuk awal tahun dan akhir tahun.
Berikut ialah doa awal akhir tahun dan awal tahun:
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Semoga kita lebih banyak melakukan amal kebaikan pada tahun baru, insyaAllah.
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Terima kasih atas sokongan artikel saya tu. Wah Nozi pun sudah bercerita tentang azam baru. Baguslah. Merancang sekarang!
Sama-sama. Itu la.Kena tanam azam.Tak best tak ada tujuan hidup ni.Berjaya atau tidak itu kemudian kira.Asalkan kita rajin berusaha.
Assalamualaikum.
Terima kasih atas doa yang dikongsikan
Waalaikumussalam,
Hi Mantra. Apa khabar? Sama-sama.
JAZAKALLAH