Buku Menjadi Muslim Terbaik dari Aa Gym
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ni saya berjaya menghabiskan senaskah buku bertajuk Menjadi Muslim Terbaik yang ditulis oleh Aa Gym. Buku ini merupakan terbitan PTS Millenia Sdn Bhd. Ia merupakan satu lagi koleksi buku yang saya miliki dan begitu padat serta ringkas sesuai untuk mereka yang ingin mendalami ilmu agama dan sebagai panduan untuk menjadi muslim yang terbaik khususnya. Buku ini bersaiz kecil (RM10.00), boleh juga digelar pocket book dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Di bawah ini saya sertakan gambar kulit buku yang saya maksudkan. Saya belinya di kedai buku Popular di Mesra Mall dekat dengan kediaman saya. Saya rasa, buku ini ada dijual di mana-mana. Saya begitu syorkan anda juga memilikinya.

Saya ingin membuat sedikit review mengenai buku Menjadi Muslim Terbaik ini. Di dalam buku ini ada beberapa topik ringkas yang dihuraikan seperti berikut:
Bahagian Pertama - Bersyukur Kita Sebagai Muslim
- Bersyukur sebagai Muslim
- Bersyukur atas kemanusiaan kita dengan makhluk lain
- Bersyukur kita orang Islam
- Muslim adalah manusia terbaik
- Menjaga diri daripada perkara-perkara yang merosakkan iman
Bahagian kedua - Tunjukkan Kemuslimanmu
- Bersihkan hatimu
- Hiasi percakapanmu
- Perbuatan yang memberi manfaat
- Beribadahlah dengan sebaik-baiknya
- Sentiasa perbaiki diri
- Hormati ibu bapa
- Membina rumah tangga
- Memberi manfaat kepada orang lain
- Mencintai dakwah dan jihad
- Bekerja dengan bersungguh-sungguh
- Membina ukhwah dan silaturrahim
- Menjaga kesihatan, penampilan dan kekuatan fizikal
- Menggunakan benda-benda yang halal
- Berwawasan global dan universal
Bahagian ketiga - Agenda Hidup Muslim
- Agenda hidup muslim
- Agenda harian
Daripada pembacaan saya, begitu banyak pendedahan yang berupa motivasi dan ilmu yang mana kita boleh adaptasikan di dalam kehidupan harian kita.Buku ini juga menyelit sedikit renungan dan petikan-petikan ayat dari Al-Quran untuk sama-sama dijadikan pegangan. Ilmu yang ada di dalamnya sememangnya ringkas dan mudah untuk difahami. Kata-kata nasihat dan pendedahan di dalamnya begitu memberi semangat untuk terus memperbetulkan diri bagi menjadi muslim sejati dan terbaik.
Ini pula sedikit pengenalan dari kulit belakang buku ini. Semoga anda juga tertarik dengan pengenalannya.
Sekiranya kita lihat bintang di langit, mana satukah yang menarik perhatian? Sudah tentu bintang yang paling cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya. Oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi ‘bintang’ supaya dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.
Quran menjelaskan, umat Islam laksana bintang yang bertaburan di data langit. Umat Islam adalah umat yang terbaik. Dalam erti kata lain, semua Muslim dan Muslimah adalah bintang. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Tuhan. Namun, tidak semua bintang mendapat perhatian Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredaannya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK.
Menjadi Muslim Terbaik menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merealisasikan status Muslim terbaik. Ia bermula dengan apresiasi kepada iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan penterjemahan diri selaku Mulsim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan, tindakan dan agenda kehidupan.
Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita berpeluang menjadi BINTANG Muslim terbaik. Mulakanlah ia sekarang bagi kehidupan yang lebih gemilang di dunia dan akhirat.
Saya harap, rumusan saya ini mendorong anda untuk turut memiliki buku yang begitu baik ini. Semoga bermanfaat buat semua.
Popularity: 5% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Assalamualaikum. Alhamdulillah saya seronok baca posting akak ni sebab akak dah mula meniru gaya saya dalam membaca. Baguslah kongsikan pada orang lain tentang buku yang telah dibaca. Sekurang-kurangnya manfaat turut dikongsikan bersama. Paling penting turut memberi semangat pada diri untuk membaca.
Motivasi Kerja´s last blog ..Tip-Tip Pengurusan Diri (1)
Waalaikumussalam,
hehe…betul tu…kongsi saja apa yang dibaca utk manfaat bersama…
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly 
Assalamualaikum.
Satu perkonmgsian yang banyak manfaatnya.
Saya tertarik dengan bahagian ‘Tunjukkan Kemuslimanmu’, kerana sekarang ramai juga umat Islam kita yang masih lagi ‘malu’ nak tunjukkan kemusliman mereka sehingga sanggup mengenepikan ciri-ciri muslim sebaliknya menonjolkan ciri-ciri yang bertentangan dengan kemusliman.
Sekadar perkongsian. Terima kasih
RasaHatiku´s last blog ..Masa Berkualiti
Waalaikumussalam RasaHatiku,
Terima kasih.
Ye…kita perlu meneliti semula gerak geri kita, tindakan kita, Di mana ada kesilapan atau keterlanjuran, cepat2lah kita betuli.
Sekarang terlalu banyak unsur2 barat yg ditonjolkan. Kita seumpama gah dgn unsur barat dari unsur seorang muslim. Di situlah kita harus betulkan. Moga sama2 kita dpt betulkan diri sebelum pintu hidayah tertutup buat kita. Salam ceria.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly