Ibu, besarnya pengorbananmu..

Assalamualaikum,

Kali ini entri dari gedungilmu sedikit menyentuh hati. Tidak lama lagi semua Ibu akan diraikan. Mengikut apa yang saya faham, menyambut hari ibu itu bukanlah pada hari tertentu sahaja. Bila-bila masa kita boleh sambut. Di dalam Islam pun tidak ada tarikh tertentu untuk menyambut hari ibu. Apabila teringat tentang Ibu, saya ada kata-kata yang ingin dikongsikan buat semua. Kata-kata ini pun saya dapat dari banyak sumber. Tapi banyak dari iluvislam.com. Ada dua link yang saya jumpa. Ini pun saya dapat dari email dan ada juga dari blog nursyirah. Moga dapatlah dijadikan ikhtibar.

hari-ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila…. aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya……..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3..00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

ibu

Kredit gambar kepada blog nursyirah

Nota dari gedungilmu:

Namun, masih ada yang tidak sedar akan besarnya pengorbanan ibu. Apabila diminta tolong ibu, sanggup kita kata “Ah…penatlah Mak..”, “alah…kejaplah mak..” dan macam-macam lagi. Sehinggakan sudah besar panjang pun, kita masih lagi harapkan ibu kita dan susahkan dia. Ibu sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa berbakti kepadanya dari segi memberi pertolongan mana yang boleh, menjaga hatinya, dan janganlah sesekali akibat perbuatan kita itu, Ibu menitiskan air matanya. Berdosanya seorang anak buat Ibu menangis. Jangan sesakali kita lupa. Ingatlah bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Bukan betul-betul di tapak kaki ye. Itu bermakna, tanpa keredhaan Ibu, kita tak berbau syurga. Hidup pun belum tentu berkat..Jadi, renungkanlah.

p/s: Saya sekarang sudah tiada ibu, sebak hati apabila teringat ibu. Jadi, bagi yang masih ada ibu tu, lakukanlah yang terbaik untuknya kerana, apabila dia sudah tiada, anda pasti akan menyesal jika tidak sempat berbakti padanya.

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama, Keluarga, Motivasi, Personal, Umum

Artikel Berkaitan:
  • Ilmu dan ilmu lagi..
  • Emak Berpesan
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    9 Responses to “Ibu, besarnya pengorbananmu..”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.