Ilmu & Hati
Ilmu adalah sesuatu yang amat berharga. Sesiapa sahaja pasti mempunyai ilmu. Jika takde ilmu, bagaimana kita nak harungi hidup ini bukan ? Seperti yang kita sedia ketahui, ilmu ni sebenarnya diajarkan kpd kita sejak kita kecil lagi. Bermacam-macam ilmu yg ibu bapa kita ajarkan. Sama ada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.
Kenapa saya tulis pada artikel ini mengenai ilmu ? Banyak sebenarnya faedah yang kita bakal perolehi sekiranya kita mempunyai ilmu. Semasa kita kecil-kecil dulu, kita tentu tak faham kenapalah aku ni kena pergi sekolah ? Untuk aper ? Ada sesetengah dari kita yang bersemangat untuk ke sekolah, dan tidak kurang juga ada yang tak sanggup pergi sekolah. Macam-macam alasan yang mereka berikan. Tapi,bila kita dah lihat kejayaan orang lain hasil dari ilmu yang mereka ada, barulah kita sedar yang pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Saya ingin tegaskan kepada pembaca, tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup. Ilmu ni bermacam-macam. Apa yang sama maksudkan, tuntutlah ilmu yang bermanfaat kepada kita tidak kiralah sama ada untuk dunia dan juga akhirat. Semuanya kena seimbang. Jika tak seimbang susah juga.
Sesiapa sahaja yang ada ilmu pasti dikejar. Kenapa ? Cuba kita renungkan. Sebagai contoh, Dr Fadhilah Kamsah, dia adalah seorang penceramah yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dari segi motivasi. Banyak tips-tips bernas yang beliau sampaikan. Sekarang, beliau banyak dijemput untuk berceramah mengenai motivasi di saluran TV, radio dan tak kurang juga, beliau telah banyak menghasilkan buku-buku motivasi yang terunggul. Nah, sekarang betul atau tidak apa yang saya katakan. Sekiranya ada ilmu, pasti kita dikejar-kejar bukan ? Sebab kita ada jawapan bagi soalan yang mereka tertanya-tanya.
Sekarang kita sudah terdedah dengan dunia globalisasi atau kita kenali dengan dunia internet. Semakin hari semakin banyak ilmu-ilmu baru yang ada di internet. Yang begitu mengujakan sekarang adalah perniagaan internet yang sekarang makin tumbuh dan tumbuh macam cendawan. Saya juga tidak mahu ketinggalan, namun ilmu yang ada masih lagi sedikit dan saya perlu lagi belajar.
Satu prinsip hidup yang saya pegang. Bergaullah dengan mereka yang baik dan berilmu. Prinsip ini memang penting dalam membantu kita mengatur langkah ke hadapan dengan baik. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang tak ada ilmu, kita takkan ke mana-mana. Namun, sekiranya kita berkawan dengan orang yang berilmu, kita pasti akan bahagia kelak.
Tiba-tiba pula saya teringat mengenai “Hati”. Nak buat macammana, tetiba sahaja lagu ni terngiang-ngiang di telinga.Lagu masa saya masih sekolah lagi ni, tapi tak ingat pulak tajuknya.
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih.
Kini, pastikah kita tentang apa kedudukan hati kita? Ingat lagi, masa sekolah dulu, Ustazah akan ajarkan doa penerang hati. Kenapa ye? Kenapa tidak doa penerang jantung, dan lain-lain anggota?
Kita ni kan tak boleh lari dari perasaan suka nak marah. Tak sempat nak fikir banyak, kita dah keluarkan perasaan marah kita. Semuanya berpunca dari hati. Hati yang tidak bersih akan menyebabkan kita kecundang dan tewas dengan perasaan marah. Bila hati sudah tak bersih, kita tak dapat menguasai minda. Sebab itu saya amatlah tekankan soal ilmu. Jika ilmu tak penuh di dada, macammana kita nak hadapi cabaran dan dugaan hidup ?
Sebagai contoh ringkas. Ini mengenai kisah suami isteri. Si suami akan rasakan yang dialah raja di dalam rumah. Segala macam benda dia boleh buat. Dialah ketua. Tetapi, si suami tidak boleh menggunakan pangkat yang diberikan itu sewenang-wenangnya. Sebagai contoh yang lebih dekat lagi, sekiranya dia mempunyai isteri yang tidak begitu memahami, tidaklah elok dia terus memaki isterinya. Sebagai seorang suami dan mengikut syariat-syariat yang diberikan, dia sepatutnya tegur isteri dia, dan apabila isteri tak dengar, dia perlu asingkan tempat tidurnya atau pulaukannya, dan sekiranya masih tidak berubah dan tidak mendengar nasihat, dibolehkan memukulnya selain muka dengan syarat tidak mencederakannya. Tapi, bagi yang cetek ilmu agama, mereka akan terus menggunakan kekerasan.
Kepentingan ilmu ini amat penting dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah kita dewasa. Dan dari rumah sehingga ke luar. Jika kita tidak ada ilmu, bagaimana kita nak bergaul dengan masyarakat ? Ilmu ini berbagai. Ilmu agama yang paling utama. Islam adalah agama yang lengkap. Menyentuh segala aspek, ilmu,kesihatan,kemajuan,kemasyarakatan, kesejahteraan hidup dan bermacam-macam lagi.
Semoga kita semua mencari lagi ilmu. Paling utama, ilmu agama kerana di dalam ilmu agamalah kita akan dapat ilmu-ilmu lain yang akan memberi manfaat kepada kita dunia dan akhirat.
Saya akan tulis lagi apa-apa yang saya perolehi daripada pembacaan saya. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi mengenai kepentingan ilmu di ruangan ini.
Kelebihan itu dari Allah dan segala kekurangan itu adalah datangnya dari saya sendiri.
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






