Indahnya Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum,

Hari ini semua bercuti menyambut Nuzul Quran. Suka untuk diingatkan, bukalah kitab Allah iaitu Al-Quran, kerana begitu banyak ilmu yang perlu kita ketahui dariNya. Al-Quran, adalah kalam Allah. Segalanya diceritakan di situ. Al-Quran adalah kitab Allah yang akhir diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W untuk dijadikan panduan kepada semua umat Islam. Hayatilah dan fahamilah Al-Quran. Saya juga ingatkan diri saya sendiri. Kita semua begitu lemah dan makanan rohani kita begitu sedikit. Isilah rohani kita sebelum ia berlalu pergi menemui penciptanya.
Belum terlambat lagi juga untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ketibaan Ramadhan betul-betul memberi kesan mendalam buat saya tahun ini. Hanya Allah sahaja yang tahu akan hasrat dan impian saya. Mungkin inilah yang dinamakan kemanisan hidup. Setiap manusia inginkan kebaikan dari awal hingga akhirnya. Begitu jugalah saya sebagai manusia yang banyak kekurangan diri dan banyak yang perlu diperbetulkan. Semakin hari kita semakin tua, semakin banyak rasanya perlu dicari. Pencarian yang entah bila akan berakhir. Iaitu Ilmu Allah, untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Sepanjang bulan Ramadhan, begitu banyak rancangan di televisyen yang bermanfaat untuk kita semua. Salah satu rancangan yang sentiasa menemani saya di kala bersahur adalah cerita drama yang begitu top sebelum ni yang saya ketinggalan, iaitu rancangan Nur Kasih. Patutlah ramai yang sukakan rancangan ni. Begitu banyak perkara yang boleh kita pelajari. Mengenai kehidupan dan kasih-sayang. Saya hanya ingin jadikan cerita itu sebagai semangat untuk diri. Apa yang baik, kita ambil. Yang buruk tu, kita lepaskan. Rancangan ini saya jadikan peneman di kala sahur terutamanya sewaktu suami saya bekerja shif malam. Boring makan seorang diri.
Setelah bersahur, saya akan kemas-kemas rumah sebelum ke tempat kerja. Habis sahaja melayan rancangan Nur Kasih, saya sambung pula rancangan Kalamullah. MasyaAllah, begitu bagus rancangan ini yang memaparkan bakat-bakat si kecil mengaji Al-Quran yang dikelolai oleh Ustazah Asni. Saya begitu teruja dengan rancangan Kalamullah kerana disamping diperdengarkan bacaan dari si kecil, ada juga ulasan yang diberikan oleh Ustazah Asni dari surah yang dibacakan. Ada juga disentuh mengenai hukum-hukum tajwid. Rancangan ni dari TV3. Syabas kepada TV3 kerana sentiasa memberikan rancangan yang menarik dan bermanfaat.
Habis sahaja rancangan di TV3, saya bertukar ke channel TV Astro Oasis. Ada beberapa rancangan lain yang sempat ditonton. Manis pula rasanya dapat ilmu-ilmu Allah. Rasanya ingin mengajak anda semua untuk ikuti rancangan seperti ini. Begitu menginsafkan kita dan lebih ingat pada Allah Tuhan sekalian alam. Jom kita tengok!
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









mengajak anda semua untuk ikuti rancangan seperti ini. Begitu menginsafkan kita dan lebih ingat pada Allah Tuhan sekalian alam. Jom kita tengok!
Sangat gambar indah! penempatan ini layak untuk mengakomodasi!