Jaga Aib
Assalamualaikum,
Semalam, sempat saya mendengar Al-Kuliyyah. Berkenaan ‘Jaga Aib’. Saya rasa ingin dikongsikan kepada anda. Kalau saya tak muatkan di dalam blog ni, mungkin saya lupa atau saya tak sempat ceritakan kepada sesiapa.
Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
-
Cerita keburukan orang
-
Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
-
Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
-
Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.
Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.
Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.
Ikhlas dari,
Nozi
Popularity: 18% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Yes…betul tu nozi..
kalau kita jaga aib orang Allah akan jaga aib kita..
insya Allah
Mantra´s last blog ..Malaysia Vs MU Last Night
Sedih dgn kawan2 yg bangga aib sendiri bangga hilang teruna, kepit gadis sana sini, bangga buat dosa….
Tak lama lagi nak puasa, saya yakin mesti ada lagi kawan2 saya yg bangga cerita dia ponteng puasa….
Saya setuju sangat kalau akak bukak thread sal ni.
Saya sangat tak suke orang buka aib orang lain.
Saya pegang pada janji Allah yang ni,
Sape yang aibkan orang lain, Dia akan
aibkan orang tu di akhirat nanti sampai
luruh segala dagingnya…
Fatin Pauzi´s last blog ..Penting Untuk Lancarkan Pengaliran Haid Anda
Salam Mantra,XploR & Fatin,
Satu je kita kena ingat,setiap sesuatu perbuatan pasti ada balasan. Jika kita selalu ingat begitu,InsyaAllah kita dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik dan takut untuk lakukan perbuatan yang dilarang Allah.
Jika ada perkara mungkar dihadapan kita,jika tidak mampu menegur,kita doakan sahaja perkara baik untuknya.
Macam2 orang di dunia sekarang.Bersyukurlah kerana kita masih ingat batas2 agama.
Nozi´s last blog ..Jaga Aib
trimas sebab kongsi artikel yang berguna nie. =D
Wah blog nozi dah bertukar wajah ya
kemas & simple. Rasanya dah lebih sebulan saya tak singgah di sini. Terima kasih atas perkongsian “Jaga Aib” & sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah benar. Terus terang saya akui (utk dikongsikan di sini) suatu masa dulu saya pernah mengatakan atau mengumpat atau membuka aib seseorang..dan sesungguhnya balasannya di dunia juga!!! Apa yang saya ‘umpat’ tentang orang tu..telah jatuh ke air muka saya sendiri & sejak itu saya insaf sesungguhnya benarlah seperti hadis Rasulullah SAW “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”. Jadikanlah kesalahan yang telah saya lakukan sbg tauladan kpd rakan pembaca di sini..
Salam..Sama2 Aman.
Salam Abgzol,
Memang lama pun tak dengar berita dari abgzol.
Nozi tukar selera sikit.Biasalah orang perempuan,suka makeup2.Sampai blog pun makeup2.hehe.
Mengenai ‘Jaga Aib’ ni kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah mengaibkan seseorang.Kadang-kadang kita anggap ia sebagai berseloroh,tetapi mengaibkan mereka.Jadi berhati-hati dengan setiap kata2. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata-kata nak guna pemadam pun dah tk boleh dah.
Pasal mengumpat pun satu hal.Sedap sangat kalau mengumpat.Sememangnya syaitan suka sangat menyesatkan kaum Adam.Jadi segeralah beristifar. (Ya Allah,ampunkanlah kesalahanku).Sesungguhnya,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Semoga kita dapat menjadikan kesilapan kita sebagai iktibar dan tidak mengulanginya lagi. InsyaAllah abgzol,jika kita selalu ingat kesilapan kita dan terus bertaubat,kita akan tenang.
jage aib… what u give u get back!
“peace no war”
Salam kepada pembaca gedungilmu,
Saya ada dapat respon dari seorang pembaca.Beliau ingin mengambil artikel mengenai ‘Jaga Aib’ ini untuk dijadikan bahan bacaan ank muridnya.
Saya memberi kebenaran untuk sesiapa sahaja mengambil artikel ini dan jangan lupa sertakan sumber mana yang anda ambil iaitu dari laman ini. Terima Kasih kerana sudi menjadikan artikel ini sebagai rujukan. Semoga kita sama-sama berkongsi ilmu yang kita ada.
boleh lampirkan hadis tentang membuka aib sendiri?
saya pernah terbaca tapi sy lupa…sy pun xpasti hadis atau ayt alquran.
Assalam,
Lady, maaf, buat masa ni saya tak boleh kemukakan hadis yang dimaksudkan. InsyaAllah, jika ada nanti saya akan kongsikan di sini.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly
sy selalu diaibkan tetapi semuanya bkn b’punca dr mulut sy sndiri. org dtg rmh, tgk segala isi rmh kmdn jaja kpd org lain segala apa yg ada di rmh. & segala apa yg berlaku di dlm rmh sy dijadikan bhn cerita apabila dia ke mana2. seolah2 sy spt celebriti. sy menyesal b’kwn dgn dia kerana sy ingat semua org amanah/setia b’sahabat spt sy. sy malu kerana sy selalu b’cerita mslh sy kpdnya yg rupa2nya diceritakan kpd kwn2nya yg lain x kira lelaki @ perempuan.