Kelas Mengaji
Assalamualaikum,

Hari ni, saya ikuti kelas mengaji Al-Quran di tingkat 3 pejabat saya. Sungguh seronok belajar tajwid. Sebelum ni saya sudah pun berguru dengan seorang ustaz tapi masa beliau tidak panjang. Belum habis mengajar, beliau telah dijemput Ilahi. Innalillah. Sungguh sedih kehilangan seorang guru agama yang disegani dan disanjungi. Belum sempat saya belajar sampai habis dengan arwah. Namun, saya dapat juga ilmu setakat yang diajar. Alhamdulillah….Sekarang pula, ada kakak yang prihatin dan baik hati secara sukarela mengajar saya dan rakan-rakan belajar tajwid di tempat kami bekerja, sekali seminggu diwaktu rehat. Lebih kurang sejam masa kami belajar. Alhamdulillah, pengajarannya lebih kurang sama dengan arwah ustaz yang mengajar saya 4 tahun dahulu.
Di sini saya ingin tekankan betapa pentingnya untuk kita mendalami ilmu tajwid. Jika dilihat dari segi hukumnya, tidak wajib belajar tajwid. Namun, jika tajwid kita tidak betul, hukumnya wajib ke atas kita belajar tajwid. Kakak yang mengajar kami itu juga berkongsi ilmu-ilmu berguna selain ilmu tajwid. Sedikit renungan buat kami, salah satunya adalah, jika kita sedang belajar tajwid dan jika bacaan di dalam solat kita tersalah tajwidnya, maka Allah maafkan dan ampunkan dosa kita kerana kita sedang menuntut ilmu iaitu belajar tajwid. Di sini menunjukkan, begitu besarnya anugerah Allah bagi mereka yang menuntut ilmu.
Tiga(3) perkara yang penting dalam menghayati Al-Quran:
1. Membaca Al-Quran
2. Membaca tafsir Al-Quran
3. Mengamalkan membaca Al-Quran
Kakak yang mengajar saya tu juga berpesan, ajarlah anak-anak belajar mengaji. Ajar sendiri kerana ilmu yang diajar itu akan berpanjangan. Amalan inilah yang kekal jika kita juga bertemu Ilahi yang entah bila akan dijemput, semuanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan sudah dicatatkan di dalam takdir hidup kita. Semoga anda juga sentiasa membaca Al-Quran dan membetulkan bacaan-bacaan anda. Suka diingatkan, jika bacaan kita salah, Allah tidak akan terimanya dan kita juga berdosa atas setiap huruf yang kita sebut. Bagaimana kita ingin dapat pahala jika bacaan kita sudah salah? Jom kita betulkan mana-mana yang tidak betul supaya kita tidak ketandusan ganjaran pahala untuk dibawa pulang ke akhirat kelak.
Popularity: 5% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Salam tuan,
Saya harap tuan teruskan belajar dan ilmu yang dapat di kongsi di sini.
Contoh ambil gambar video ustaz mengajar dalam 5 minit dan upload ke youtube
Kemudian kongsi di blog linknya.
Fauzi ahmad´s last blog ..tontoncommy- tonton portal terbaru media prima