Ramadhan ingin tinggalkanku, Syawal..tunggulah daku.
Assalamualaikum,
Sedih rasanya untuk meninggalkan Ramadhan yang begitu memberi makna kepada diri saya tahun ini. Tidak lama lagi, Syawal akan tiba. Syawal tetap perlu diraikan dengan penuh kesyukuran dan gembira. Perjuangan selama sebulan melatih diri untuk menjadi yang lebih baik di sini-Nya perlu diteruskan juga untuk bulan-bulan seterusnya iaitu dari Syawal sehinggalah Zulhijjah dan masuklah tahun-tahun yang berikutnya.
Ya Allah,
Syukur kepadamu Ya Allah dengan rezeki melimpah ruah yang telah diberikan. Rezeki kurnian anak yang cantik dan sempurna serta baik pekertinya, suami yang penyayang, harta benda dan kebaikan mereka yang ku kenali. Tiada yang terindah selain ketenangan dan ingatan yang tidak putus-putus pada-Mu Ya Allah.
Ya Allah,
Kuatkanlah imanku, tetapkanlah hatiku. Jadikanlah Ramadhan ini satu perubahan besar dan bermakna buatku untuk teruskan perjuangan ke hari berikutnya. Tiada apa selain dari-Mu Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu Ya Allah. Hanya dari-Mu jualah segala perkara berlaku. Langit tempatku berteduh dan bumi tempatku berpijak. Dari-Mu Ya Allah segala nikmatku kecapi. Syukur tiada terhingga Ya Rabbal a’lamin..
Ya Allah,
Kuatkanlah hatiku, semangatku. Perjuangan untuk yang lebih baik dan kesediaan dalam menghadapi-Mu Ya Allah.
Ya Allah Tuhan sekalian Alam,
Berkatilah pergerakan hati, akal dan anggotaku. Jauhilah dari sebarang rasa kegelisahan. Sinarilah perjalananku dengan cahaya Hidayah-Mu Ya Allah.
Amin Ya Rabbal a’lamin..

Popularity: 12% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









hehe, suka laa quote iluvislam tue. kiut.. hohohoho aku ker yang 1st komen? kikikiiki
harap2 kita sempat jumpa lagi ramadan taun depan..
samanosuke_04´s last blog ..Eid Mubarak PascaSPM!
Haah,,ye la…awak la org pertama kasi komen…hehe…terima kasih…
Selamat Hari Raya.