Salam Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum,

Beberapa jam lagi, berakhirlah tahun 1430H dan bermulalah tahun baru 1431H. Jangan lupa, selepas waktu/solat Asar nanti, sama-sama kita memanjatkan doa Akhir dan selepas maghrib pula membaca doa Awal tahun. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kesejahteraan dari Allah S.W.T.

Anda boleh mendapatkan doa tersebut di artikel sebelum ini:

Azam Tahun Baru 1431H

Tanamkan niat baik anda untuk tahun baru. Semoga anda dipermudahkan untuk mencapai hajat ataupun niat anda itu.

Ingatlah wahai sahabat. Hidup ini begitu banyak dugaannya. Maka, kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah sentiasa beringat dan jangan sesekali alpa dengan keamanan dan kesenangan yang dikecapi. Perlu diingatkan bahawa, pada zaman rasul dan nabi terdahulu, bergitu banyak kisah-kisah teladan yang perlu kita renungi.

Satu renungan buat anda semua.

Jika kita dikurniakan kekayaan, mereka yang miskin jangan sesekali kita lupakan. Tunaikanlah zakat yang wajib atas kita. Semoga kita dibersihkan dari sifat bakhil dan tercela. Begitu juga harta kita juga bersih dan halal di sisi-Nya.

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” - Surah At-Taubah (ayat 103)

Jika anda ingin merujuk perkara berkenaan zakat, anda bolehlah melawat laman Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di sini:

Laman Utama MAIDAM

e-Zakat Terengganu

Selain itu, anda boleh juga melayai laman zakat dari Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di sini:

e-Zakat Selangor

Jika anda ingin bertanya tentang kemusykilan anda mengenainya, silalah merujuk kepada yang lebih arif.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Semoga kita semua mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Amin.

Kartu Ucapan Tahun Baru Islam oleh Alhabib - Semoga Allah Memperbarui Imanmu.
Alhabib Greeting Card

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama, Motivasi

Artikel Berkaitan:
  • Salam Zulhijjah dan Ibadah Korban
  • Zainab, Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    3 Responses to “Salam Maal Hijrah 1431H”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.

     
    viagra 100mg