Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini sempat lagi kita bersama-sama menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu Berpuasa di Bulan Ramadhan. Esok, Sabtu, 21 Ogos 2009, bersamaan 1 Ramadhan 1430H, kita akan menjalani ibadah puasa dan malam ini kita digalakkan menunaikan solat sunat Tarawih. Betapa kasihnya Allah pada kita kerana masih mempunyai waktu untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini. Pada bulan yang mulia ini, semua syaitan dibelenggu dan hanya nafsu kita sahaja yang bakal mengganggu ketika menjalani ibadah puasa ini.

Di bulan yang mulia ini juga, kita digalakkan mengamalkan perkara-perkara sunat seperti:

1.    Bertadarus al-Quran

2.    Menunaikan solat sunat Tarawih

3.    Bersedekah

4.    Berdoa

dan banyak lagi amalan kebaikan yang dianjurkan di dalam Islam. Jangan lupa berjimat cermat. Jangan terlalu mengikut nafsu makan semasa ingin berbuka nanti.

Apakah pengetian puasa?

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

 

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

” Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Kelebihan menunaikan ibadah puasa yang saya ingin kongsikan:

1.    Menyucikan diri dari segala dosa

2.    Melatih diri dari tidak melakukan perbuatan mungkar seperti bersabar, jujur dan bertolak ansur sesama sendiri

3.    Berpuasa juga dapat menyihatkan tubuh badan kita – tips, makan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan lain

4.    Menjadikan kita seorang yang lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah

Saya harap, dapatlah sedikit sebanyak ilmu berkenaan puasa. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya melalui blog ini sekiranya ada salah dan silap yang telah dilakukan tanpa sengaja sepanjang perkenalan kita melalui gedungilmu.com.

Semoga kita semua dapat menjalani Ibadah Puasa yang hanya sekali setahun.

Sekian,

Nozi

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

3 Responses to “Selamat Berpuasa”

Leave Comment

(required)

(required)


CommentLuv Enabled

Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan

Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.