Solat itu tiang agama
Assalamualaikum,
Solat itu tiang agama. Setiap umat Islam perlu ingat kewajipan yang paling utama di atas dunia ini untuk sentiasa taat dan patuh akan suruhan Allah S.W.T dengan mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Alhamdulillah, kita masih diberikan umur yang panjang sehingga ke hari ini dan janganlah sesekali kita lalai menunaikan ibadah solat yang wajib ke atas diri kita.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Ditegakkan islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan”.

Sesetengah dari kita masih lagi lalai untuk menunaikan solat yang hanya 5 waktu wajib atas kita. Akan tetapi apabila musibbah atau bencana menimpa barulah kita ingat kepada Allah dan memohon pelbagai rahmat dari-Nya. Jika diteliti semula, tidak malukah kita sebagai hamba-Nya yang hanya mengingati-Nya dikala kita susah? Tanyalah diri masing-masing.
Saya ingin kongsikan satu kisah yang ringkas dan mari kita sama-sama fikirkan.
Suatu hari, saya terasa begitu panas kerana kemarau yang begitu kuat ketika ini dan tumbuh-tumbuhan pula kering, begitu juga tanah menjadi kering kontang. Debu-debu juga berterbangan ditiup angin panas. Kemudian, setelah beberapa hari dalam keadaan cuaca yang begitu panas, Allah kurniakan hujan di petang hari. Syukur kehadrat Ilahi kerana dalam kepanasan kita yang amat sangat ini, Allah turunkan hujan juga buat kita. Tidak seperti di negara-negara lain yang lagi teruk tahap kepanasannya.
Keesokkan harinya, hujan turun begitu lebat sepanjang satu hari. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana Allah sememangnya Maha Pengasih terhadap hambanya. Dari itu dapatlah disimpulkan bahawa, dalam keperitan cuaca yang panas kita juga diberikan air dan rasa sejuk di atas muka bumi ini. Rahmat dari Allah ke atas kita semua. Biarpun mungkin hujan yang diturunkan hanyalah sekejap, namun di situ kita nampak bahawa kasih Allah pada kita selamanya. Begitulah hendaknya kita perlu memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi dapat menghayati alam ini. Subhanallah, Maha Suci Allah, Alhamdulillah, Pujian bagi Allah….
Begitu juga kesihatan kita. Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan adalah untuk memberi peluang kepada kita beribadah dengan sempurna kepada-Nya. Justeru itu, janganlah kita sesekali lupa suruhan Allah. Jika Dia ingin mengambil semua nikmat yang ada pada kita, sekelip mata sahaja semua nikmat-nikmat itu boleh lenyap dari kita. Renungkanlah..
Dengan Nafas Mu
Nyanyian: Ungu
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku
Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Tidak siapa boleh menafikan solat itu tiang agama, sama samalah kita berpegang kepadanya dan berkongsi mana yg perlu dan menambah mana yg kurang. Insyallah…
Muhd Suhaily´s last blog ..Perniagaan Internet dari Rumah
Ye…memang betul tu. Semoga kita dikuatkan iman…