Syariat Kelahiran: Akikah dan Bercukur Rambut

Assalamualaikum,

Sebelum ini, saya ada terangkan mengenai memberi nama baik kepada anak. Kali ini, saya kembangkan artikel mengenai syariat kelahiran ini tentang akikah dan bercukur rambut pula. Dalam menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan sekali dengan amalan akikah dan bercukur rambut bayi.

Jika kita teliti, erti akikah ini ialah “memutus”. Dari segi syaraknya pula, bererti menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Berikut adalah syarat-syarat akikah:

  1. Umur binatang sembelihan – unta berumur 5 tahun lebih, lembu/kerbau berumur 3 tahun lebih, kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi atau kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
  2. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat.
  3. Daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai “fida” (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah S.W.T)
  4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan
  5. Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak-anak mereka.
  6. Sebaiknya berakikah dengan kambing, tetapi dibolehkan juga berakikah dengan unta, lembu, dan kerbau.

Buat pengetahuan semua juga, daging akikah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara terdekat.

Faedah akikah:

  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran bayi muslim yang menyembah Allah di muka bumi
  2. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim apabila majlis akikah itu dihadiri oleh kaum keluarga, jiran tetangga dan sanak saudara.
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
  5. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan-Nya.
  6. Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.

“Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah ‘Dengan nama Allah, ya Allah, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau si Fulanah ini.” Hadis riwayat al-Baihaqi

Bagaimana pula dengan bercukur rambut bayi?

Kita disunatkan mencukur rambut bayi yang dilahirkan sempena majlis akikah ini. Ia adalah baik dari segi kesihatan anak itu tadi. Selain itu, dengan bercukur rambut, ia dapat membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Berakhirlah episod Syariat Kelahiran yang saya ringkaskan mana-mana penting buat tatapan pembaca. Semuanya bersumberkan buku yang saya beli seperti yang disebutkan di bawah. Alhamdulillah, niat untuk berkongsi ilmu ini telah dibenarkan dari penulis buku ini. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya.

Saya akan cuba kongsikan lagi isi kandungan buku ini di lain hari, insyaAllah.

Ikhlas dari,

Nozi

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat (daripada Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid)

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama

Artikel Berkaitan:
  • Salam Zulhijjah dan Ibadah Korban
  • Zainab, Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    2 Responses to “Syariat Kelahiran: Akikah dan Bercukur Rambut”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.