Powered by Max Banner Ads 

Syariat Kelahiran: Melaungkan Azan dan Iqamat serta Bertahnik

Assalamualaikum,

Dalam kehidupan seharian, pastinya tidak lengkap jika tiada pengisian rohani. Dari itu, kita dapat mengenal siapa diri kita dan siapa pencipta kita yang Maha Agung. InsyaAllah, dari pengisian yang diperolehi akan saya terapkan sedikit demi sedikit di dalam blog ini.

Pentingnya untuk kita selami serta mempelajari ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah kerana ia merupakan satu ilmu pelengkap bagi kehidupan kita. Kita yang telah dilahirkan sebagai umat Islam sepatutnya perlu bersyukur dan sentiasa mencari ilmu Islam terutamanya sekali yang wajib kita tunaikan. Jika anda lihat mereka yang baru memeluk agama Islam, pasti mereka bersungguh-sungguh mencari ilmu Islam sehingga mempunyai bertingkat-tingkat buku agama untuk dijadikan rujukan, boleh dikatakan melebihi kita sebagai seorang Islam sejak dilahirkan.

Tidak dinafikan, di sekolah telah diajarkan ilmu Fardu Ain. Teringat semula ketika di sekolah dulu, saya menjalani ujian PAFA iaitu Penilaian Asas Fardu Ain. Anda bagaimana pula? Adakah anda masih ingat dan mempraktikkan keseluruhan ilmu yang diajarkan sewaktu sekolah dulu? Atau setengah darinya sahaja? Atau sudah ingat-ingat lupa?

Hidup kita ini sememangnya penuh dengan dugaan dan cubaan. Kadangkala, kita kehilangan sesuatu yang amat berharga seperti ilmu agama yang saya sebutkan tadi iaitu ilmu Fardu Ain. Ilmu-ilmu yang tergolong dalam Fardu Ain adalah ilmu yang wajib kita ketahui dan kita amalkan.

Kita sebenarnya telah diberikan banyak panduan dari Allah S.W.T. Hanyalah kita sebagai hambanya yang perlu sentiasa mengamalkan segala tuntutan dariNya. Panduan yang diberikan oleh Allah inilah yang dipanggil Syariat dan apabila memiliki ilmu tersebut, perlulah diamalkan pula dan ia dipanggil amalan syariat.

Kehidupan kita dan permulaan amalan kita perlu diterapkan sejak kita dilahirkan. Penting saya tekankan di sini terutamanya bagi mereka yang bakal menjadi ibu dan ayah.

Semasa bayi dilahirkan, kita perlulah memberi khabar gembira dan ucapan tahniah di atas kelahiran baru ini kepada saudara kita yang baru mendapat cahayamata. Ini merupakan salah satu amalan yang baik dalam mewujudkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Berikut merupakan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan dengan kelahiran bayi:

Saya akan ulaskan mengenai Melaungkan Azan dan Iqamat dan Bertahnik dahulu pada ruangan artikel kali ini.

Melaungkan Azan

Ketika bayi baru dilahirkan, kita disunatkan untuk melaungkan azan kepada bayi tersebut. Laungkan azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri. Berikut merupakan fadhilat (kebaikan) daripada amalan ini:

Bertahnik

baby

“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.

Anda tahu apa itu tahnik? Saya biasa sebut ‘Belah mulut’. Biasanya selepas bayi dilahirkan, orang tua-tua akan lakukan operasi belah mulut. Gerun pula apabila disebut belah mulut. Sebenarnya, nama Islamiknya dipanggil sebagai tahnik iaitu dengan kata lainnya dipanggil sebagai memecah atau membuka mulut bayi yang baru dilahirkan.

Sebelum ini, apa yang biasanya diamalkan oleh orang tua-tua,bertahnik dilakukan dengan mencalitkan asam garam,emas, perak, tembaga ke mulut bayi yang dilahirkan. Tetapi sebenarnya tahnik yang betul dari segi Islam adalah dengan membuka atau memecahkan mulut bayi yang dilahirkan dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa. Cara-caranya adalah dengan meletakkan isi buah tamar yang dikunyah itu di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ia perlulah dilakukan sehingga kurma tadi terkena keseluruhan mulutnya sehingga ke rongga tekak bayi,

Ikuti sambungan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah ini di episod yang seterusnya nanti.

Ikhlas dari,

Nozi

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat (daripada Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid)

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama

Artikel Berkaitan:
  • Indahnya Ramadhan Al-Mubarak
  • Kelas Mengaji
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    2 Responses to “Syariat Kelahiran: Melaungkan Azan dan Iqamat serta Bertahnik”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.