Powered by Max Banner Ads
Syariat Kelahiran: Memberi Nama baik
Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan, saya akan menyambung lagi tentang Syariat Kelahiran. Seterusnya pula adalah berkenaan memberi nama-nama yang baik terhadap anak-anak yang dilahirkan. Dalam Islam, memberi nama yang baik amatlah dianjurkan. Memilih nama-nama yang baik dan indah untuk anak-anak ini sebenarnya memberi kesan mendalam terhadap sifat peribadi dan akhlak mereka.

Rasulullah S.A.W melarang sama sekali sekiranya kita memberikan nama-nama yang tercela kepada anak-anak kita yang sudah tentu sekali memberi makna yang tidak baik. Berikut adalah antara nama-nama yang digalakkan diberikan kepada anak-anak yang baru lahir:
- Nama-nama nabi
- Nama-nama yang diambil dari Asma ‘ul Husna
- Nama-nama para sahabat nabi
Manakala nama-nama yang dilarang pula adalah seperti nama-nama buruk yang menjadi cemuhan masyarakat dan menjatuhkan maruah:
- Sariq – pencuri
- Ashiah – ahli maksiat
- Kilab – anjing-anjing
- Jahil – bodoh
- Nama-nama yang khusus kepada Allah seperti ‘ahad’ bererti ’satu’
- Nama-nama yang tidak membawa faedah seperti:
Malikul Amlak – maharaja daripada segala raja
Aflah – dapat kemenangan
Yasar – pihak kiri
- Nama-nama dengan sebutan Abd iaitu hamba ataupun sesuatu yang dikaitkan selain dari Allah seperti:
Abdul Uzza – hamba berhala Uzza
Abdul Kaabah – hamba kaabah
Abdul Fulus – hamba wang
Banyak lagi nama-nama yang perlu kita ketahui maknanya. Sekarang sudah banyak buku nama-nama anak di dalam Islam yang anda boleh rujuk. Jadi, janganlah sekadar nama sedap didengar sahaja tetapi tiada makna ataupun mempunyai makna yang tidak baik. InsyaAllah, kita berikan nama yang terbaik buat anak-anak kita.
Pada ruangan artikel yang seterusnya, saya akan terangkan pula mengenai Akikah dan Bercukur Rambut.
Ikhlas dari,
Nozi
Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat (daripada Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid)
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.





