Kongsi Ilmu
Assalamualaikum,
Lama betul saya tak menulis ye. Hari ni, ada sedikit soal jawab yang saya petik dari Rancangan “Tanyalah Ustaz” dari TV9 yang sempat saya dengar pagi tadi. Rancangan ni bermula dari pukul 0630 pagi-0730 pagi. Banyak sebenarnya kita boleh dapat dari rancangan ilmiah ini. Yela, kita yang telah dilahirkan beragama Islam ni bukannya tahu semua mengenai hukum hakam agama. Ada la kemusykilan dan ada yang kita tidak tahu. Jadi, untuk tidak melenyapkan ilmu yang saya dapat ni, eloklah sekiranya saya kongsikan di sini.

JIRAN
Buat baik dengan jiran terdekat. Jiran terdekat ni bermakna jiran di sebelah rumah, adik-beradik dan sanak saudara. Juga berbuat baik kepada jiran jauh iaitu orang bukan Islam. Buat baik ni bukannya bermakna kita perlu setiap masa memberi hadiah kepada mereka, tetapi dengan hanya bertegur sapa, berkata “Hi”, “Good Morning!” sudah memadai. Senyum pun juga sudah memadai.
MANDI WAJIB
Mandi wajib selepas waktu imsak dan selepas waktu subuh boleh atau tidak ketika berpuasa?
Jawapannya: Boleh tetapi amalan kita itu tidalah dikategorikan amalan orang soleh dan tidak mencapai tahap puasa yang terbaik (tahan orang soleh). Seeloknya mandi wajib sebelum subuh. Jika mandi selepas subuh, pastikan tidak ada air yang masuk ke dalam rongga-rongga yang terbuka.
HUTANG dan ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah wajib bayar di bulan puasa. Tetapi, jika kita ada hutang lain, wajibkah dibayar juga?
Jawapannya: Semua hutang wajib dibayar. Jika tidak membayar hutang orang, roh kita akan terapung-apung di awangan dan tidak akan bertemu dengan Allah di langit. Maka, roh-roh itu akan menjadi hantu. Timbullah hantu-hantu yang akan mengacau anak cucu kita.
TANGGUH PERKARA BAIK
Jika kita berniat untuk melakukan kebaikan hasil dari ilmu yang kita dapat dan kita menangguh perbuatan baik itu maka, ketika kita meninggal nanti, keluarga kita tidak akan menyegerakan urusan pengkebumian kita atau mana-mana urusan yang memberi pahala kepada kita.
Contohnya: Jika kita tahu melakukan solat secara berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda dari solat berseorangan tetapi kita tidak melakukannya, maka apabila kita meninggal nanti, saudara kita juga akan tangguhkan urusan kematian kita.
ZAKAT SIMPANAN
Boleh atau tidak kita memberikan zakat simpanan semuanya kepada ahli keluarga kita yang susah atau kepada anak saudara kita yang ingin melanjutkan pelajaran mereka?
Jawapannya: Boleh. Itu yang paling baik. Mendahulukan keluarga terdekat dan barulah diberikan kepada orang lain.
Semoga anda semua mendapat penerangan sekiranya pernah menjadi persoalan selama ini.
Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar dan harap ia memberi manfaat kepada pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan kali ini.
Salam manis dari saya dan Selamat menikmati juadah puasa.
Sekian,
Nozi
Popularity: 42% [?]
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Waalaikumussalam.
Tak pasti pula saya Azi.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly
asalamualaikum ustas…
satu persolan yang ramai ingin tahu..
dalam al quran ada menulis, di dalam bulan ramadhan,syaitan dengan iblis kena ikat dan dibelenggu…
persoalan nya sekarang, masalah hantu hantu masih ada…
macam kena rasuk….
saya sendiri lihat orang yang dirasuk makluk halus itu, dan bukan seorang tp bilangan yang ramai jugak…
persoalan nya, siapakah maklus halus yang masih bebas di bulan puasa.???
dan siapa di kalangan makluk halus yang di belenggu(kena ikat)..???
siapakah bunian, jin, iblis, mambang,syaitan…??? plzzz….
assalamualaikum.
saya ingin menanyakan mengenai puasa enam dan puasa qada’..
adakah kedua-dua puasa boleh di ganti bersama-sama??
assalamualikum..
saya ingin menanyakan mengenai hukum antara datuk saudara dan anak saudara..
apakah hukum cucu saudara saya dengan suami saya?
asalamualaikum ustaz,saya farizah mohamad,ingin bertanya,batalkah wuduk saya bila bersentuhan dengan anak lelaki kakak saya yang telah baligh.
assalamualaikum sy nk tanya,bolehkah perempuan yang mengandung menjalani ujian hiv?
assalamualaikum,saya akan berkahwin pada 20 nov 2010 ini,tetapi saya sudah melakukan kesilapan besar dalam hidup saya.saya telah terlanjur dengan kekasih saya.dan kekasih saya telah mengandung 6minggu.apa yang perlu saya lakukan?
salam ustaz..
Saya nak tanya apakah hukum isteri menghantar gambar bahagian sulitnya kepada suami (mesej bergambar melalui handphone) yg berada jauh dan jarang sgt berjumpa?…gambar dihantar kerana permintaan suami.
apakah hukumnya pada isteri yg menghantar?..(kerana taat suami)
apakah hukumnya pada suami yg meminta gambar tersebut?
assalamualaikum ustaz… siapakah itu perawi hadith?
salam..,
apakah hukumnya jika seorang isteri mengambil wang tanpa pengetahuan suaminya untuk perbelanjaan makan minum,pakaian dan belanja sekolah anak-anak?
kerana si suami hanya memberikan 50 ringgit untuk perbelanjaan makan minum beserta belanja sekolah anak-anak selama seminggu.,,
apakah hukumnya?
wassalam..
Salam, untuk mengerjakan ibadah haji, bermalam di mina itu rukun, tetapi bolehkah selepas tengah malam pulang ke Mekah dan sebelum masuk asar kembali ke mina dan melakukan ibadah melontar, adakah ini dianggap telah bermalam di mina, kerana ramai yang berbuat demikian sewaktu mengerjakan haji
Assalamualaikum,
soalan : Sampai atau tidak doa anak angkat kepada ibubapa angkat yang telah meninggal….
apa hukumnya jika suami suka memaki isterinya sndri.dn apa hukumnya jika suami sanggup bersumpah dgn nma allah pegang yasin,junjung alquran krana telah melakukn kesalahan besar curang dn maksiat dibelakang isterinya,dn bersumpah tk akn buat lg dgn junjung alquran dn bersumpah pegang yasin…tp dlm msa yg sma dia lupa akn sumpah dn jnjinya itu.dan membohongi isterinya lg…apa hukumnya jika sisuami melanggar jnji dn sumpahnya…sy sentiasa berdoa pd allah semoga apa yg berlaku pd diri sy ada hikmah disebaliknya…sampai hati suami yg aku paling syg sggup curang dibelakang dan kianati diriku….terkilan sgt suami tk hargai pengorbanan yg aku lakukn selama ini….
apa hukumnya jika suami tk tunaikn tanggungjawab sebagai suami,tidak membayar zakat fitrah untuk ank dn isteri.tidk tunaikn tanggungjwb sebagai ayah dn suami.tdk pernah langsung ambik tahu psal ank2 dn isteri.tdk pernah curahkn kasih sayang pd ank2 dn isteri…bila dirumah suami buat hal sendiri tk hiraukn ank2.tpi bila lpar bru igt isteri sruh sediakn mkanan…sy dn ank2 ibarat mcm org luar.suami buat tk tahuje buat hal sndri…apa perlu sy buat…kdg2 sy memendam perasaan sy sndri..sy cuma ingin kasih syg seorg suami itu yg sy harapkn….
ustaz,di sini saye ada bberape soalan yang nak di ajukan dengan ustaz:
*bolehkah kita berniat untuk solat sebelum takbiratull ihram sama ada solat wajib atau solat sunat.
*bagaimana mengqada puasa,yang tertunggak dahulu…
adakah kita boleh qada dulu baru bayar fidyah atau qada dan fidyah sekkali gus..
assalamualaikum ustaz ..
*disini saya ada soalan untuk ustaz ..
*dahulunya saya merupakan seorang yang lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai muslim termasuklah tidak menunaikan solat langsung ..tapi baru2 ini saya telah kehilangan seorang teman yang amat saya sayangi kerana dia terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawanya..kehilangannya benar2 telah menginsafkan saya dan menyedarkan saya betapa singkatnya hidup kita di dunia ini ..dan sekarang saya ingin bertaubat ke atas segala dosa yang telah saya lakukan ..namun apa yang membuatkan saya bimbang adakah sah solat saya nti kerana saya mempunyai dye di rambut ..saya benar2 ingin kan jawapan dari ustaz ..
assalamualaikkum ustaz…..
saya ada satu perkara yang hendak ditanyakan kepada ustaz..,iaitu mengenai ibadah qurban .apakah hukumnya kita membahagikan daging qurban kepada ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran sahaja ..sedangkan kita tahu mereka adalah dari golongan yang berkemampuan.
salam ya ustaz…
saya ada 1 pertanyaan….
benarkah jika kita bertakbir tp bkn waktu hari raya
org yg di dlm kubur akn mngis???
saya bnr2 mgharapkn jwpn dari ustaz….
salam ..
saya ade satu pertanyaan ..
saya mempunyai seorang kawan ..
kawan saya ni hisap rokok ..
apabila dia ingin berhenti hisap rokok ..
die berjanji kalau dia hisap rokok dia akn murtad ..
kalau die hisap rokok jugak die akn murtad jugak ke ..
Mandi wajib selepas waktu imsak dan selepas waktu subuh boleh atau tidak ketika berpuasa?
assalamualaikum…ustaz saya ingin bertanya…apakah hukum sekiranya seseorang itu malakukan perbuatan onani…dan apakah kewajaran langkah yang harus diberikan kepada pelaku agar kembali kejalan yang diredhai oleh allah s.w.t…
Assalamualaikum Ustaz….Apakah Hukumnya memakai gelang magnet bagi tujuan perubatan?? Sila beri penjelasan…Terima Kasih..
Assalamualaikum ustaz..
sy ada 1 keraguan mengenai puasa..pd thun 2009 sy tdak b’puasa sbyak 6 hari krana haid..kmudian pd thun 2010 sy tdak smpat m’qada’kan puasa trsebut shgga b’tmu smula dgn bln syawal,krn mgandung..benarkah sy ptut ganti puasa 6 hari t’sebut dgn cara m’gandakannya?(m’jd 12 hari).dan bgaimana dgn fidyah?
assalamualaikum ustaz…saye nak tanye satu soalan sekirenye seseorang itu tidak puase ramadhan setiap tahun selepas itu dia bertaubat adakah dia perlu mengantikan semua puase tersebut atau hanya betaubat sahaja?harap ustaz boleh terangkan…
salam..ustaz
saya dalam kemusykilan…
saya ada terbaca sebuah buku ilmiah islam yang menyatakan islam membenarkan onani atau mastrubation untuk mengelakkan maksiat benarakah?
bolehkah suami melakukan hubugan seks dengan isteri-isterinya dalam satu kamar?bagaimana aurat si isteri-isteri?
As salam,
Ustaz saya ada soalan nak aju pada ustaz.
1) Bolehkah kita memakan buah yang telah disembahyang oleh org cina?
Apakah kesannya pada diri kita.
2) Ayat apakah patut saya baca pada anak2 supaya mereka menjadi anak yg soleh & solehah.
mejadi mereka org yg bijak pandai.
itu saja solan saya.
assalamualaikum..ustaz..hamba ingin bertanya…
(1) macam mana utk menunaikan solat sunat taubat,hajat,witir dan dhuha dgn betul?hamba telah lakukan solat sunat taubat,witir dan dhuha tp rasa ada kekurangan…
As Salam, saya ada sedikit pertanyaan yang memerlukan bantuan ustaz.
1) Apakah hukum jika saya telah melafazkan niat untuk puasa Qada’ pada malam hari tetapi membukanya pada keesokan hari kerana tidak samapai hati melihat ibu bersusah payah menyediakan sarapan pagi untuk kami sekeluarga? Kerana ada sestengah rakan saya mengatakan niat puasa wajib, wajib dilaksanakan.
2) Apakah hukum jika saya telah melafazkan niat untuk puasa Qada’ pada malam hari tetapi membatalkannya sebelum terbit fajar subuh?
Salam.. nk penjelasan ustaz.. apa komen ustaz tentang biz affiliate ni? di bolehkan dlm Islam @ tidak? Skrg dh byak sgt… Silap2 bolh join..