Kongsi Ilmu
Assalamualaikum,
Lama betul saya tak menulis ye. Hari ni, ada sedikit soal jawab yang saya petik dari Rancangan “Tanyalah Ustaz” dari TV9 yang sempat saya dengar pagi tadi. Rancangan ni bermula dari pukul 0630 pagi-0730 pagi. Banyak sebenarnya kita boleh dapat dari rancangan ilmiah ini. Yela, kita yang telah dilahirkan beragama Islam ni bukannya tahu semua mengenai hukum hakam agama. Ada la kemusykilan dan ada yang kita tidak tahu. Jadi, untuk tidak melenyapkan ilmu yang saya dapat ni, eloklah sekiranya saya kongsikan di sini.

JIRAN
Buat baik dengan jiran terdekat. Jiran terdekat ni bermakna jiran di sebelah rumah, adik-beradik dan sanak saudara. Juga berbuat baik kepada jiran jauh iaitu orang bukan Islam. Buat baik ni bukannya bermakna kita perlu setiap masa memberi hadiah kepada mereka, tetapi dengan hanya bertegur sapa, berkata “Hi”, “Good Morning!” sudah memadai. Senyum pun juga sudah memadai.
MANDI WAJIB
Mandi wajib selepas waktu imsak dan selepas waktu subuh boleh atau tidak ketika berpuasa?
Jawapannya: Boleh tetapi amalan kita itu tidalah dikategorikan amalan orang soleh dan tidak mencapai tahap puasa yang terbaik (tahan orang soleh). Seeloknya mandi wajib sebelum subuh. Jika mandi selepas subuh, pastikan tidak ada air yang masuk ke dalam rongga-rongga yang terbuka.
HUTANG dan ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah wajib bayar di bulan puasa. Tetapi, jika kita ada hutang lain, wajibkah dibayar juga?
Jawapannya: Semua hutang wajib dibayar. Jika tidak membayar hutang orang, roh kita akan terapung-apung di awangan dan tidak akan bertemu dengan Allah di langit. Maka, roh-roh itu akan menjadi hantu. Timbullah hantu-hantu yang akan mengacau anak cucu kita.
TANGGUH PERKARA BAIK
Jika kita berniat untuk melakukan kebaikan hasil dari ilmu yang kita dapat dan kita menangguh perbuatan baik itu maka, ketika kita meninggal nanti, keluarga kita tidak akan menyegerakan urusan pengkebumian kita atau mana-mana urusan yang memberi pahala kepada kita.
Contohnya: Jika kita tahu melakukan solat secara berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda dari solat berseorangan tetapi kita tidak melakukannya, maka apabila kita meninggal nanti, saudara kita juga akan tangguhkan urusan kematian kita.
ZAKAT SIMPANAN
Boleh atau tidak kita memberikan zakat simpanan semuanya kepada ahli keluarga kita yang susah atau kepada anak saudara kita yang ingin melanjutkan pelajaran mereka?
Jawapannya: Boleh. Itu yang paling baik. Mendahulukan keluarga terdekat dan barulah diberikan kepada orang lain.
Semoga anda semua mendapat penerangan sekiranya pernah menjadi persoalan selama ini.
Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar dan harap ia memberi manfaat kepada pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan kali ini.
Salam manis dari saya dan Selamat menikmati juadah puasa.
Sekian,
Nozi
Popularity: 41% [?]
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Just know about zakat leh bagi kepada saudara terdekat yang sedang belajar. Thanks for the info, kak!
Fatin Pauzi´s last blog ..Indahnya Kemesraan Suami Isteri 
Salam Fatin,
Selamat Berpuasa.
Ok la tu.Sebenarnya,Islam ini amat sempurna dan tidak memberi kesusahan jika kita mahu beramal.Banyak perkara yang kita kena tahu sebenarnya. So,bagi sesiapa yang ada info mmg bagus dikongsikan bersama.
Salam,
satu perkongsian yang baik. Thanks
Mantra´s last blog ..Ulangtahun ke-52 bukan 50! Malaysia Merdeka 
Salam,
Rupanya ada banyak lagi yg perlu diketahui dan maklumat seperti ini boleh memberikan kita perbezaan dari segi ilmiah sekiranya kita mengetahuinya. TQ
Muhd Suhaily´s last blog ..Self Improvement & Development E-Book - Grab it now…
Assalamualaikum ustaz,apakah hukum sekiranya suami melafazkan perkataan sebagai contoh “jatuh talak satu sekiranya kamu (isteri)tidak pulang ke rumah tepat pd masanya.Sebaliknya si isteri tepat pd masanya pulang ke rumah.Apakah hukumnya dan jalan terbaik patut diambil..sekian.
Waalaikumussalam Muslim,
Pasti Muslim salah faham ni. Saya bukanlah ustaz. Tetapi, soalan Muslim ni mudah sedikit. Saya biasa dengar mengenainya.
Jika suami lafaz macam tu, itu dipanggil lafaz takliq yang mana, jika sama dengan syarat yang dilafazkan, maka jatuh la talak satu. Tetapi, jika tidak bertepatan dengan lafaz tu, maka tidak jatuh la talak satu.
Jika Muslim inginkan kepastian, lebih baik sekiranya merujuk kepada Ustaz yang bertauliah.
Sekian,
Nozi
assalamualaikum
berkenaan ibadat aqiqah. suami saya tidak tahu samada beliau sudah dibuat akikah ketika waktu kecil atau tidak. saya menyaran beliau utk bertanya kepada ahli keluarganya tetapi beliau enggan. persoalannya beliau mahu terus buat ibadat akikah (untuk tahun ini 2009). adakah salah atau bagaimana??? terima kasih
Waalaikumussalam,
Maaf saudari Siti. Saya kurang pasti pula sama ada salah atau tidak. Saya rasa,baiklah kiranya Siti ajukan soalan ini kepada yang lebih arif. Siti boleh cuba tanyakan soalan ini di sini–> http://www.zaharuddin.net.
Terima kasih.
boleh berikan alamat email tanyalah ustaz untuk mengajukan soalan kpd ustaz.syukran baarakalllah.
Salam Dini,
Maaf, saya tidak tahu pula alamat email mereka. Kebetulan saya dengar ceramah ini di TY9.
Tetapi, anda boleh juga rujuk atau bertanyakan apa-apa hal agama di URL ini http://www.zaharuddin.net.
Terima kasih.
Nozi´s last blog ..Shopping Cart
apakah hukum melacap [onani],bagaimana untuk hentikannya
Maaf saudara Farihan,
Mungkin tajuk membuatkan anda keliru. Saya bukanlah ustaz tetapi hanya berkongsi ilmu.
Berkenaan soalan saudara tu, hukumnya adalah berdosa. Itu apa yang saya tahu lah.
Untuk menghentikan perkara-perkara yang dilarang ini mudah sahaja. Bertaubatlah dan hanya ingat Allah itu Maha Melihat. Di mana kita berada, DIA akan tahu. Mungkin kita boleh berselindung dengan orang di sekeliling kita, tetapi DIA ada di mana-mana. Begitu juga malaikat, yang diperintahkan menulis amalan baik dan buruk kita. Tiap-tiap hari ada catatan apa yang kita buat. Adakah kita sanggup memikul dosa itu di akhirat nanti?
Sekian.
ass wr wk..
1.Apa bacaan/surah/ayat terhadap makmum sembahyang zohor dan asar apabila iman bacaannya tidak dapat didengari?
2. Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila sepatutnya tahyat awal yang dibaca telah terlajak terbaca tahyat akhir. Adakah perlu sujud sahwi?
3. Adakah dibenarkan di rakaat pertama dan kedua, selepas al fatihah sebagai ganti surah dibaca sekali lagi alfatihah?
wasalam.
Waalaikumussalam,
Maaf kerana saya kurang pakar untuk menjawab soalan saudara ini. Mungkin saudara boleh bertanyakan dengan ustaz2 yang lebih arif. Maaf kerana mungkin saudara tersalah anggap tentang tajuk artikel ini. Ini hanyalah ulasan saya berkenaan salah satu topik yang disiarkan di dalam rancangan Tanyalah Ustaz.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim
I can’t stop myself. But that’s exactly what it’s all about, isn’t it? You have to fight lust, your inner demon, syaitan!
But where do I find that strength?! It’s frustrating, finally managing to hold yourself back, only to fall back into his grasp! Yes, I have tried (but not really tried, I guess); I tried reading books on Islam, trying to find things that will make me become humbled by the greatness and obvious trueness of Islam (and I find new ones almost every time I riff through those pages), and then I would become so happy, humble, but how long does it last? I would then start thinking stupid things that would make me hate the whispers of syaitan but it would work leading me astray!! I would then start praying for Allah swt to please make me want Hidayah.. because then I would lose the strength to keep going with it, keep living a life of Islam, a humble life, and I don’t know why. Maybe it’s because I don’t want to miss out in the enjoyments of life, or maybe I just can’t understand the nikmats in store for true Muslims in paradise; can’t comprehend the immensity of it… It’s syaitan again. How, How do I fight him?
Asking anyone who is willing to help,
A fellow Muslim
Alhamdulillah
Assalamualaikum and thank you
assalamulaikum…
saya ingin bertanya. bolehkah kita mandi wajib dengan air paip yang dicampur dengan air yang dipanaskan?
Waalaikumussalam,
Saya juga merujuk kepada yang arif. Terdapat banyak mazhab mengenainya tetapi kita Mazhab Shafie. Dari mazhab Shafie, mengenai mandi wajib dengan air panas ni hukumnya makruh tapi tidak berdosa.
assalamualaikum…
saya ada kemuskilan tentang wang.apakah hukumnya menerima wang dari sumber cabutan bertuah?bolehkah digunakan wang tersebut untuk membeli benda atau digunakan sebagai permulaan modal untuk berniaga?
Asslamualaikum.
Saya ada soalan nak tanya dan minta pendapat dari ustaz.
Saya berusia 28thn dan masih bujang.
Seorang kawan saya baru meninggal dunia pada sebulan yg lalu meninggalkan seorang balu dan 5 org anak perempuan.
Anak perempuan yang sulung baru berusia 16thn dan yang bongsu dalam lingkungan 8thn.
Sehari sebelum meninggal arwah ada berpesan kepada anak perempuan sulungnya selepas habis belajar supaya bernikah dgn saya.
Itu yg di beritahu kepada saya oleh isteri arwah sehari selepas arwah meniggal.
Disini saya ada keraguan samada info yg diberikan benar ataupun tidak. Apa yg pasti hati saya berkata ianya tidak benar.
Setiap hari persoalan ini bermain di fikiran saya sampai dah buntu.
Secara jujurnya saya kurang percaya dgn keluarga arwah.
Soalanya :
Adakah wajib bagi saya menunaikannya walaupun dalam keraguan dan tanpa kerelaan hati?
Berdosakan saya kalau tidak menunaikannya?
Apakah hukumnya kalau info yang di sampaikan kepada saya adalah tidak benar?
Harap ustaz dpt memberi penjelasan,pendapat dan nasihat.
Sekian,
Wassalam.
Assalammualaikum..,saya ada sedikit masalah yang sering mengganggu perasaan..1)ibu saya sering membezakan saya dgn abg saya..adakah berdosa jika saya berasa sakit hati? 2) adakah berdosa atau bersalah jika seorang pelajar mempunyai sahabat lelaki dan saling menyayangi antara stu sma lain walaupun kami sentiasa mengikut tatatertib dlm islam?apakah perasaan tersebut berdosa
Waalaikumussalam Nurul,
Terima kasih kerana sudi bertandang di blog ini. Saya sekadar memberi sedikit nasihat untuk nurul.
1. Mungkin ibu nurul tidak perasan mengenai membezakan nurul dan abang membuatkan nurul berasa sedih. Fikir secara positif.Mungkin untuk membakar semangat nurul. Jangan terlalu fikir ke arah negatif. Nurul tentu ada kelebihan yang tersendiri. Jangan diikutkan perasaan. Lupakan perkara yang menyakitkan hati dan cuba lakukan yang terbaik. Kita sememangnya tidak sempurna semuanya.Ada juga kekurangan,namun kita ada juga kelebihan yang tiada pada orang lain. Saya doakan nurul sentiasa berjaya dan ingatlah, ibu nurul sayang akan nurul. Janganlah berkecil hati.
2. Kasih sayang antara lelaki dan wanita tiada salahnya jika kita tidak melampaui batas.
Wallahualam.
saya nak tanye ustaz,adakah talak tiga boleh dirujuk?apa yang perlu dilakukan jika suaminye ingin kembali kepada isterinya..
Salam Pn Hamidah,
Mungkin Puan ingat saya ni ustaz. Saya hanya blogger biasa.
Mungkin Puan boleh rujuk di blog ustaz Zaharuddin di sini –> http://www.zaharuddin.net
Salam,
Saya mempunyai masalah utk mempunyai zuriat sendiri. Dgn izin Allah, ada seorang hamba Allah ini ingin memberi anaknya kpd saya suami isteri.
Di awalnya tiada masalah dlm perbincangan. Entah di mana silapnya dia tiba2 ingin mengambil semula anaknya sewaktu proses membuat sijil kelahiran. Dlm kekeliruan dan kasih syg saya terhadap bayi tersebut, saya membinkan bayi perempuan itu kpd nama suami saya. Kemudian saya tersedar ia adalah perbuatan yg sgt dimurkai Allah. Semenjak itu saya merasa amat bersalah dan tidak tenteram krn takutkan azab Allah. Bagaimana saya harus menghadapi persoalan ini dlm masa yg sama proses yg melibatkan undang2 ini amat merunsingkan saya. Terima Kasih.
ustaz, saya akan berkahwin tak lama lagi.. adakah wang hantaran yang bakal suami saya akan berikan pada saya tu boleh menggunakan duit hasil perkongsian kami…??? misalnya, jika suami saya ingin memberikan wang hantaran kepada saya sebanyak 5 ribu, adakah boleh jika saya tambah lagi 5 ribu, maka wang hantaran tersebut menjadi 10 ribu…??
ASSalamualaikum..
Ana ingin meminta pertolongan ukhti nozi, bagaimana ana ingin menghantar email kepada tanyalah ustaz???
Ana harap ukhti nozi dapat membantu ana..
Sekian, shukran ya ukhti..
Waalaikumussalam,
Saya kurang pasti pula alamat email dia. Mungkin boleh juga merujuk kepada ustaz zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/
Banyak persoalan terjawab di situ. Dan anda boleh utarakan soalan di situ juga, insyaAllah dapat diterangkan kemusykilan nanti.
Nozi´s last blog ..Produk Debella-Aloe Vera Gel
Assalamualaikum…
Anak perempuan umur 20 th telah mula bersikap liar , nak lari dari rumah, curi duit ibu/bapa, tak cakap dengan ibubapa dan lain2 masalah sosial. Bagaimana nak atasi sedangkan ia tak mahu berubah.
Wassalam.
assalamualaikum..
sye ingin bertanya..seorang bapa yang mempunyai anak perempuan,sampai bila bapa tersebut akan menanggung dosa anak perempuannya itu yer??sye cuma nakkan kepastian..
terima kasih.
Assalamualaikum semua,
Kebetulan saya buka channel tv9 mlm ini dan dapat pula saya catat alamat email jika anda ingin ajukan soalan bg kemusykilan anda.
Sila email ke tanyalahustaz@tv9.com.my
Harap maklum.
Nozi´s last blog ..Produk Debella-Aloe Vera Gel
assalamualaikum…
saya merujuk kepada perkara tangguh perkara baik.saya ingin meminta pendapat ustaz.saya berniat ingin menceburi kerjaya sebagai ejen takaful dan macam2 ejen lg.ini bermakna pendapatan saya adalah berdasarkan komisen.soalan saya disini adkah komisen yg saya terima itu halal?untuk pengetahuan,keluarga saya amat berharap saya bekerja dengan kerajaan ataupun menjadi guru.tetapi saya tidak berminat.adakah saya berdosa dengan ibubapa saya kerana tidak menurut kata mereka.apakah hukumnya jika saya mengikari kehendak mereka.walhal kita tahu untuk mengajar kita perlu ikhlas dan minat yang mendalam untuk melahirkan generasi bijak pandai.mungkin kerana saya mempunyai latar belakang agama keluarga saya ingin saya menjadi guru..walaupun saya tidak mejadi guru tetapi saya adaa juga mengajar mengaji dan tuisyen di rumah.cuma saya tidak berminat untuk mengajar disekolah.boleh ustaz tolong jelaskan.syukran!!!
salam…
bagaimana kalau ses0rg itu ingin bertaubat..se0rg lelaki melakukan persetubuhan dgn sorg bkn muhrimnye disiang hari pada bulan ramadan.?ada ke dendanye sama seperti suamisteri yg melakukan hubugan disiang hari pada bulan ramadan?kalau denda/fidyah yg harus dibayar 0leh se0rg lelaki yg melakukan persetubuhan itu sama seperti denda/fidyah bagi 0rg yg dah kawin,bagaimana pulak dgn wanita yg belum kawin tapi melakukan perkara ini?sedangkan bagi 0rg yg kawin fidyah/denda akn dibayar oleh suami.
sekian terima kasih
salam…
sy nk tnya ustaz, hubungan antara ipar-ipar adalah bkn mahram…
adakah sy dgn anak2ny pun bkn mahram??
diharapkan ustaz dpt m’berikn penjelasan..terima kasih
saya telah membuat kiraan simpanan wang ke pejabat Zakat.Pegawai tersebut mengatakan tidak perlu bayar zakat pada tahun itu.tetapi beliau mminta buku tabung haji dan saya dikenakan zakat RM 500.00. Betulkah cara itu?
Assalamualaikum Ustaz
Saya ingin bertanya mengenai taraf perkahwinan saya. Pada suatu ketika selepas suatu pergaduhan kecil, dengan rasa marah saya menghantar pesanan sms melalui telefon kepada isteri saya lebih kurang berbunyi
” aku ni masih husband engkau. aku ni ada maruah sebagai seorang lelaki. KALAU engkau rasa engkau tak dapat terima aku lagi dan menyampah sangat dengan aku tak kira aku buat apa pun, kita talak 3 je”. Juga ditambah dengan sms yang lain yang merupakan bebelan saya kepada isteri saya.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada ustaz mengenai taraf status perkahwinan saya; adakah talak telah gugur atau tidak. Niat saya hanya hendak meletakkan syarat atau amaran kepada isteri yang mana sekiranya beliau tidak dapat menerima saya lagi dengan perbuatan dan percakapan yang selalu menyakitkan hati, baik bercerai saja daripada terus begini. Dan saya menghantar sms tersebut dengan perasaan yang amat marah.
Saya harap Ustaz dapat memberikan penjelasan yang jelas di sini.
Terima kasih.
assalamualaikom ….
saya ingin bertanya adakah salah n berdosa jika kita ingin menuntut hutang kepada seseorang..walaupon orang itu tidak mahu membayarnya???
n bila setiap kali kita bertanyakan hutang itu dia akan cuba untuk mengelak..n beri pelbagai alasan…bagaimana saya hendak menangani masalah ini???
Assalammualaikum al ustaz, saya nak tanya berkenaan hibah.Bapa telah meninggal dulu dan di ikuti ibu selepas genap 100hari.semasa hayat ibu,pernah beliau sebut tentang harta peninggalan 2 buah rumah di berikan kepada 2 adik perempuan.tidak berapa khusus rumah A contohnya utk siapa dan rumah B utk siapa.Semua adik2 lelaki ada mendengar dan pada masa itu semua setuju.Harta peningallan tidaklah banyak hanya 2 buah rumah nilai (70k dan 50k) dan sebidang tanah pertanian 2.2 ekar mungkin bernilai 80k.Bagaimanakah hibah tersebut bolih di terima pakai? apakah ada had hibah seperti yg saya dengar tidak melebihi 1/3 dari nilai keseluruhan harta?Terima Kasih.
salam..
ustaz..saya ingin bertanya, adakah sah bersembahyang saya dalam keadaan pakaian dalam saya basah ( air mani keluar ) disebabkan ketika saya bercakap dengan teman wanita saya….terima kasih
Assalamualaikum..
Adakah jatuh talak bila suami berkata pada isterinya “tidak berkat apa yang awak belajar” (selepas bercerai nanti) dan ketika itu suami memang berniat untuk bercerai?
Adakah ini dikira Talak Kinayah?
assalamualaikum….
saya ingin bertanya mengenai aurat seorang anak saudara dengan bapa saudaranya(suami kepada adik ibu)…adakah terbatal wuduk???apakah batasan aurat antara mereka???
assalamualaikum,,sy bru lepas mngalami musibah iaiti kmalangan,,buku lali sy ptah dan sudah disemen,,mcm mne agoknya sy ingin solat dan mengambil wuduk dgn sempurna,,bley tlg sy??
assalamualaikum…ustaz.sy ingin bertanya kpd ustaz,sekiranya kita memberikan sedekah atau mendoakan si mati sama ada membaca al fatihah atau membaca yasin atau juga membuat kenduri kpd arwah,adakah ia nya dapat mengurangkan dosanya,adakah dapat mengurangkan azab yg ditanggung?
assalamualaikum …ustaz saya nak tanya satu soalan kalau dinosour wujud,nabi adam wujud dulu ke dinosour wujud dulu?
saya ada masaalah mengenai haid.
saya difahamkan jumlah maksimum haid seseorng ialah 15 hr shj jikalau lebih dr itu dikira darah penyakit. selepad itu kita wajib solat seperti biasa. soalan saya adakah wajib kita mandi wajib setiap kali hendak mengerjakan solat atau cukup sekadar menbersihkan tempat yg kelur darah dan mengantikan dgn pad yg baru dan sesudah itu br kita solat. boleh tak kita puasa sunat dan membaca al-quran ketika itu.
salam..saya nk tanya satu soalan..saya agak musykil berkenaan hal ini..seperti yang kita tahu.dalm islam..silaturrahim sangat ditekankan..sampaikan kita dilarang untuk tidak bercakap tidk melebihi 3 hari
tetapi
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam
“Nabi saw mengucapkannya 3 kali” (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
seperti yang saya faham dari hadis ini..lebih baik kita mengambil langkah berdiam diri dengan orang yang kita marah,iaitu tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.
jadi soaln saya..adakah di bolehkan jika kita tidak bercakap dengan seseorang itu disebabakna kita marah padanya?sebelum ini tidak la sampai bertengkar..cuma satu pihak ini tidak berpuas hati denhgan tingkah laku seseorang itu..jadi dia pun mengambil langkah berdiam diri berbanding bercakap tetapi menyebabkan pergaduhan..apakah hukum tidak bercakap dalam hal ini..
Assalamualikum ustaz.
Saya ada sedikit permasalahan. Suami saya menafikan hak saya sebagai isteri. Tidak memberikan saya nafkah.Malah beg duitnya dibawa kemana saja dia pergi kerana dia takut saya ambil duitnya. Suami saya adalah seorang kedekut dan berkira jika mengeluarkan belanja untuk saya dan anak2,malah tidak membenarkan saya mengambil upah menjahit baju Tetapi untuk kepentingan dirinya sendiri tak kisah kalau dia berhabis. Disini ustaz, bolehkah saya bekerja jika suami tidak mengizinkan dan bagaimana saya nak mendapatkan hak saya dalam nafkah saya sebagai isteri.
ibu memiliki tanah.Kini dah meninggal.tanah tersebut diduduki oleh abang ,kini abang pula telah meninggal.kini tanah tersebut di duduki kakak ipar.Adakah tanah tersebut boleh dibahagikan kepada adik beradik atau menjadi milik kakak ipar.
Assalamualaikum kak,
saya nak tanya tentang bayar puasa, adakah kita perlu bayar fidiyah jika kita dah bayar puasa? Ada org kata bayar puasa juga kena bayar fidiyah double jika kite tak bayar utk tahun 2008, skarang kita bayar tuk tahun 2009 sebab skrang tahun 2010.
boleh jelaskan tak tentang bayar puasa & bayar fidiyah..?
Waalaikumussalam Ayus,
Ni info akak dapat dari ustaz yang akak kenal. Ya, fidyah kena bayar dan puasa juga kena ganti. Jika untuk tahun 2008, menurut Mazhad Shafie yang kita ikut sekarang, fidyah kena ganda. Jumlah hari puasa tetap sama kena ganti. Fidyah berganda kerana adik sudah masuk tahun kedua ramadhan pada thn 2009.
Assalamualaikum kak,
Tapi kan sefahaman saya, yg selama ni kiter belajar, ustaz menekan kan tentang bayar puasa beganda coz dah masuk tahun 2010, (tuk 2008 + 2009).
Tentang fidiyah pula jika kita tak mampu tok bayar puasa cam uzur/sakit yg tak membolehkan berpuasa…
Tapi kalu mampu puasa kiter bayar ngan puasa jer laaa..
namun kiter masih kena bayar fidiyah gak ker???
Adekah kiter kena bayar puasa + fidiyah as well???
itu bermaksud kiter kena bayar kedua-duanyer sekali??
Cam to ker maksud akak… tolong bg no tel ustaz yg akak tau.. leh kiter call dia nanti…
Assalamualaikum…saya seorang pelajar ipta, dan saya mempunyai sedikit kemusykilan…sebagai seorang pelajar, saya sering terdedah dngn persekitaran tiru meniru ketika mengambil ujian, kuiz, dan exam.keadaan yg trlalu biasa ini membuatkan saya menganggap perbuatan ini adalah lumrah dan tidak mengapa kalau di buat..saya jugak menganggap meniru sekadar kesalahan disiplin..kadang2 saya pun trpengaruh…tetapi saya sering terfikir apa sbenarnya hukum meniru ketika menjawab peperiksaan dari sudut agama??
adakah ia dikategorikan sbg tidak amanah??
apakah kesannya kpd kehidupan sebagi muslim??
saya sangat2 memerlukan penjelasan, memandangkan keadaan di sekeliling skrg semakin merapuhkan…tq
Assalamualaikum… Dibulan ramadan ni seperti yg kita tau,semua syaitan di ikat.saya nak tanya,bolehkah sihir terjadi dibulan ini?