Tips 30 saat Mengembirakan Orang

Assalamualaikum,

Tadi, sedang saya memasak untuk makan tengahari. Saya buka radio ERA. Kemudian ada tips menarik yang sememangnya ditunggu-tungu. Tips 30 saat yang merangsang orang. Tips dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah. Beliau menyentuh mengenai bagaimana kita dapat mengembirakan orang yang kita jumpa.

Saya ingin bertanya kepada anda. Jika anda berjumpa rakan anda yang rupanya kusam atau bermasalah, apakah kata-kata yang terkeluar dari mulut anda? Saya pernah alami ketika di waktu kerja. Mungkin ketika itu rupa saya sedikit pucat dan tidak bermaya. Ada rakan saya menegur. Eh, Nozi sakit ke? Nampak tak bermaya je? Saya ketika itu tidak sakit pun. Mungkin sudah jam 3 petang, so bedak-bedak di muka saya pun dah berkurang dan nampak muka seperti letih. Saya memang rasa tidak sedap kerana mengapa orang nampak saya lesu sedangkan saya rasa seperti biasa sahaja.

Tips 30 saat daripada Dr Fadhilah menyatakan:

“Apabila kita berjumpa seseorang, cuba ungkapkan perkataan indah kepadanya. Sebagai contoh, “Eh, awak nampak cantik la hari ni.” Bagi empunya diri, walaupun dia sedang mengalami kekusutan, akan terasa bersemangat jika menerima kata-kata sebegitu.”

Saya sebenarya tidak mengambil setiap baris ayat Dr Fadhilah ini. Ayat di atas adalah dari pemahaman saya. Saya terangkan secara ringkas.

Ini bermakna, jika kita menyapa seseorang, sapalah dengan perkataan yang baik-baik terlebih dahulu kerana ia memberi satu semangat baru kepada mereka. Saya pun rasa begitu. Memang betul, jika kita sedang dalam kesusahan, ada orang menyapa dengan perkara baik-baik pasti ringan sedikit beban yang kita alami. Betapa pentingnya kata-kata disetiap pertuturan kita sebenarnya.

Jika direnungkan lagi, semamangnya kata-kata ini umpama doa’. Jadi, sama-samalah kita semua menjaga kata-kata kita dan jadikanlah kata-kata kita sebagai hadiah spontan untuk rakan-rakan,sanak saudara yang berada di sekeliling kita. Bukan pula kata spontan yang menyakitkan hati mereka.

Salam keindahan buat anda semua.

Nozi

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Agama, Motivasi

Artikel Berkaitan:
  • Jangan sia-siakan orang di sekeliling anda
  • Duit Oh Duit
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    2 Responses to “Tips 30 saat Mengembirakan Orang”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.