Tips kebahagiaan rumahtangga-Saat mulanya alam perkahwinan
Assalamualaikum,
Adakah anda sudah berkahwin? Belum? Sudah? Tidak kiralah anda sudah berkahwin ataupun masih single, saya rasa entry kali ini sesuai untuk anda. Bagi yang belum berkahwin, anda perlu juga menimba ilmu perkahwinan. Esok esok, anda bakal menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan juga.
Gambar dari sydeenphoto.com
Bagi mereka yang baru memulakan kehidupan bersama pasangan (baru kahwin), pasti ada beberapa perkara yang pastinya anda tidak sangkakan akan terjadi. Ada tak ketikanya anda rasakan kenapa dia ni tidak layan aku jika aku merajuk? Kenapa dia tak layan pun aku macam ni dulu? Kenapa dia tidak seramah dan seromantis sewaktu bercinta dahulu? Dan macam-macam lagi. Pernah tak ada perasaan seperti ini di kalangan anda? Mungkin soalan ini tepat sekali ditujukan kepada mereka yang baru berkahwin ataupun perkara ini timbul setelah 2,3 tahun anda berkahwin.
Pertama sekali, sebelum kita mula berfikir yang bukan-bukan, cubalah kita renungkan mengapa kita berumahtangga? Adakah untuk bersuka-suka sahaja? Ataupun memang adat resam dunia? Anda perlu ingat, kita berkahwin kerana Allah iaitu untuk mencari keredaan Allah. Perkahwinan juga merupakan sunnah nabi kita. Jadi, sememangnya kita wajib untuk berkahwin. Tak suka kahwin, nabi tak mengaku umat tau. Ada juga yang masih belum ada jodoh, itu adalah ketentuan Allah. Mungkin juga mengambil masa untuk diketemukan. InsyaAllah.
Berbalik semula kepada persoalan saya tadi. Anda pernah alami situasi seperti itu? Terasa seperti anda sudah tidak kenal kembali pasangan anda? Mungkin ada dan mungkin tidak. Ok, bagi mereka yang mempunyai masalah seperti di atas tadi, saya ingin kongsikan beberapa kaedah ataupun tips yang mana ia mungkin boleh membetulkan keadaan yang sedang berlaku kepada diri anda.

Sekadar Hiasan
Berikut merupakan salah satu cara untuk anda menyelamatkan perasaan anda daripada terus dibelenggu persoalan dan kerungsingan:
1. Kenal hati budinya
Ya, anda mungkin sudah merasakan bahawa anda sudah kenal pasangan anda ketika anda sedang bercinta dulu kan? Dah 6 tahun bercinta, manakan tidak kenal. Itu salah satunya perkara yang mungkin dijawab. Betul, kita sudah kenal ketika itu dan kita rasanya bahawa pasangan kita begitu ngam dan serasi dengan kita. Mungkin segelintir pasangan sahaja yang kekal seperti ketika bercinta. Tetapi, pastinya ada juga perselisihan di antaranya. Jadi, kenallah hati budinya dengan lebih mendalam lagi. Jangan rasakan bahawa anda sudah 100% kenal pasangan anda ketika bercinta dan anda rasakan ianya sama selepas anda mendirikan rumahtangga. Jadi, masa yang diperlukan mungkin setahun dua juga. Mungkin timbul rahsia-rahsia yang boleh mengejutkan anda juga. Daripada sikap yang terlalu cool kepada pemarah. Apa-apa pun, jangan menyesal kerana setiap pasangan ada kelemahannya sendiri. Terimalah pasangan anda seadanya. Cuba fahaminya dengan baik. Jangan mudah melenting. Perkara kecil jangan dibesar-besarkan. InsyaAllah, anda akan bahagia ke akhir hayat.
2. Jangan terlalu mengharap
Ok, tips kedua ini pula anda janganlah terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap pasangan anda. Mungkin dulu anda minta belikan rantai, pasangan anda terus belikan. Tapi, kini tidak lagi. Mungkin pasangan anda ada sebab-sebab tertentu. Anda perlu ingat, pasangan anda kini telah memikul tanggungjawab yang besar iaitu memberi nafkah kepada anda dan menguruskan ekonomi (kewangan) keluarga. Jadi, anda perlulah mengubah kehendak anda. Janganlah terlalu mengharap setiap perkara yang anda inginkan terus anda dapat.
3. Berterus-teranglah
Haa..ini merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam alam perkahwinan. Biasakan dengan sikap suka berterus-terang supaya anda lebih cepat mengenali hati budi masing-masing. Jangan dipendamkan di dalam hati. Nanti lama-lama meletup pula. Lama-lama memendam rasa, akhirnya membawa pertelingkahan. Cuba biasakan dengan sikap berterus-terang. Dari situ, anda akan nampak diri pasangan anda yang sebenar.
4. Jadilah suami atau isteri yang soleh/selehah
Tanamkan semangat untuk menjadi suami atau isteri yang soleh/solehah. Hidup ini perlu ada tujuan dan matlamat kan? Pasti kita akan memastikan tujuan/matlamat kita itu tercapai. Pasangkan niat anda ketika anda berkahwin. Aku ingin bahagia bersama pasanganku dunia akhirat. Aku inginkan anak yang ramai dan soleh/solehah. Aku ingin menghadapi segala cabaran hidup bersama pasanganku, biarlah apa jua yang bakal menjelma, aku tetap akan setia pada pasanganku. Banyak lagi sebenarnya niat yang baik yang perlu kita tanamkan di dalam diri masing-masing supaya perkahwinan kita mencapai kejayaan. Jika niat sudah baik, InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.
5. Jauhi perkelahian
Masa bercinta, perkelahian senang dileraikan. Tetapi, bila sudah kahwin, begitu susah untuk berbaik-baik semula. Ingat, bila anda sudah berkahwin, syaitan ada peranan barunya pula. Masa bercinta dihasutnya kita berbuat dosa melakukan maksiat, tapi bila sudah berkahwin pula dihasutnya untuk kita bercerai-berai. Jadi, tekadkan diri anda dan pasangan anda supaya minimumkan perkelahian. Contohnya, aku ingin pastikan bulan ini tiada langsung pertelingkahan dengan pasanganku. Jika anda sudah berjaya, cuba elakkan pergaduhan untuk bulan seterusnya. Lama-lama anda mungkin mencapai setahun atau dua tahun tiada pertelingkahan antara anda dan pasangan anda. Menarik bukan? Bukankah anda inginkan kebahagiaan? Sanggupkah anda sakitkan hati pasangan anda demi pertahankan ego anda? Ingin puaskan hati anda seorang sahaja ke? Fikirlah perasaan pasangan anda juga.
Itulah tips-tips yang dapat saya berikan buat masa ini. Begitu sesuai bagi mereka yang ingin melalui alam baru iaitu alam perkahwinan. Jangan takut menghadapi cabaran di alam perkahwinan. Ingatlah, perkahwinan ini ada pahit dan manis. Jadi, bersedialah untuk menghadapinya dan cubalah gunakan kepandaian anda untuk mengatasinya dengan cara yang betul dan memberi kebaikan kepada pasangan anda. Jangan ingat bercerai perkara yang mudah untuk menyelesaikan masalah. Banyak lagi kaedah yang baik untuk anda berdua selesaikan masalah. Takkan anda ingin sia-siakan masa yang anda habiskan selama anda kenali pasangan anda sebelum ini. Kita inginkan kebahagian, jadi dapatkan kebahagiaan itu. Saya yakin anda di luar sana boleh lakukannya. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Pasti ada. InsyaAllah.
Popularity: 39% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









tips yang baik dan terbukti keberkesanannya.. =)
ery´s last blog ..Sehati Berdansa Berpuaka
Terima kasih Ery..
Memang bagus tips ni. Banyak perkara yang akan berlaku selepas kahwin. Mungkin semasa kenal2 dulu tidak di tunjuk, tetapi bila dah kahwin semuanya di tujukkan. Yang penting sabar, tolak ansur dan sedar kemampuan pasangan masing2. Jangan ikut2 pasangan lain sedang kita sendiri terseksa.
Shaffik´s last blog ..Error Semasa Mengupload / Memuat Naik Imej.
Salam Shaffik,
Betul tu, jangan nk ikut mcm pasangan lain…dapat itu ini kita pun nk jugak…tk bleh..tk bleh mcm tu..hehe…yg penting skali,hargailah pasangan anda…satu kesilapan atau perkara yg dia buat kita tk suka,lupakanlah cepat2..igtlah seribu kebaikan darinya….
tips dan pesanan yang bagus…alam perkahwinan penuh dugaan dan cabaran…memang molek tips sebegini
etomyam´s last blog ..Wanita Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik 
Ye…harap tu sama2 direnungkan dan jadikan panduan utk layari kebahagian….dok gitu?….
bagus tips nie.. elakkan perkelahian.. ..
zik´s last blog ..Kenapa manusia berperang??
Masalah sentiasa ada…oleh itu jgn kita lari drpd masalah. Cubalah berdepan dengannya dan cari jalan penyelesaian sebaik mungkin. Ketika berdepan dgn jln buntu, pilihlah penyelesaian yg berpihak pd landasan agama kerana itulah yg sepatutnya.
Fida´s last blog ..Did u know…..?
@zik, ye…betul2…
@Fida, Haah…ramai org anggap kalau duduk berasingan mudah selesaikan masalah….
Nozi´s last blog ..Kerongsang! Jom tengok
hehe, terbaik laaa.. hoho, aku rasa tips nie pun bleh guna gak untuk yang baru berjinak2 nak carik calon.. sebab aku tkde awek lagi.. haaaaaaaaa
Hehe…ha…kalo nk carik calon tu,belajar la basic2 dia dulu…
tggu lepas 2 tahun keje, khwin la kot..hehe
x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA?
InsyaAllah….niat tu kena ada…insyaAllah dipermudahkan..
Jika salah satunya tidak ada, ada kecacatannya Hati budi yg baik sentiasa dikenang, selalu mengharap ada yg tak kesampaian nanti sedia juga hatinya.
Berterus terang menjadikah lebih bahagia dan tidak ada was-wasnya walaupun isteri atau suami berkerja lebih masa di pejabat.
Saling bercinta biarpun bergelar suami isteri demi masa depan anak-anak dan lebih baik diam dari salah seorang menjadi singa…harap artikel sebegini menjadi panduan bagi yg baru dan lama dlm rumahtangga.
Muhd Suhaily´s last blog ..Perniagaan Internet dari Rumah
Betul tu Suhaily,
Kita perlu ada sikap suka berterus-terang. Jadikan juga hubungan kita seperti masa bercinta dulu.
salam petang..
stiap org ada kekuatan..kelemaham masing2..
terimalah dia dgn seadanya..
perkahwinan itu sebenarnya indah & mengasyikan.
Salam Suri,
Betul tu, kena terima dia seadanya.
Yup…begitu indah…org yg merasainya akan ketahui…
Apa2 pun,betulkan niat dulu sebelum masuk alam perkahwinan…
ASSALAMUALAIKUM….
all aspects complied…tapi saya nak tnya kadang2 mudah sgt hati si dia berubah…berpaling arah..tak tau mana silapnya…tp kepadaNYA jua sebaik-baik tempat kembali….
yup…not deny….terima seadanya…tp hakikat x semua sgup terima kekurngan itu…
Waalaikumussalam kuciwa,
Mungkin ada hikmah jika pasangan kita berpaling arah. Apa yang penting, kit abuat yang terbaik. Memang sukar untuk berjumpa orang yang terbaik buat kita. Apa yang penting, hidup perlu diteruskan, dan kita lebih kental lagi..jgn mudah kecundang. Memang hanya mengingati Allah, kita akan terima sebarang dugaan dengan sebaiknya.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly
Mungkin ada hikmah jika pasangan kita berpaling arah. Apa yang penting, kit abuat yang terbaik. Memang sukar untuk berjumpa orang yang terbaik buat kita. Apa yang penting, hidup perlu diteruskan, dan kita lebih kental lagi..jgn mudah kecundang. Memang hanya mengingati Allah, kita akan terima sebarang dugaan dengan sebaiknya.
tips yg bagus….tp ada juga pasangan yg x bleh terima kelemahan pasangannya….malah cuba mengubah untuk menjadi orang lain….kadang2 kita lupa…bukan orang lain yang perlu berubah untuk kita….mungkin kita yang perlu berubah untuk orang lain….nobody is perfect in this world….. belajar untuk terima seadanya siapa diri pasangan kita……perkahwinan bukan hanya kuasa utk memonopoli antara satu sama lain….tapi adalah sebuah perkongsian….
Ye, perkahwinan adalah sebuah perkongsian..niat kena betul. Barulah berkat dan berpanjangan..
mintak izin share dlm fb~
Ok..boleh..silakan..
em..perkahwinan adalah ikatan yg tuls..jgn cemarkan ikatan itu
Ye…betul tu..
asam garam dalam perkahwinan, memang perlu banyak bersabar dan tolak ansur. nobody is perfect.
Sya Isya´s last blog ..KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH