Powered by Max Banner Ads
VCD Tilmiz Doa Vol. 1 dari Kumpulan Tilmiz
Assalamualaikum,
Saya ada satu maklumat menarik untuk dikongsikan di sini. Ia berkenaan satu VCD pendidikan untuk kanak-kanak yang memang bagus untuk dijadikan koleksi untuk si comel anda. Sebenarnya sudah lama saya beli VCD ini untuk anak-anak saya dan memang memberangsangkan. Buat anak saya yang kedua, apabila membuka mata sahaja dia sudah buat permintaan untuk melihat VCD Tilmiz. Dia ulang beberapa kali menonton VCD tersebut sehinggalah dia berasa puas. Dan apa yang paling menarik sekali ialah, dia sudah pandai menyanyi sekali. Dengan umur 2 tahun, saya begitu teruja dengan perkembangan dia. Alhamdulillah.
Jadi dengan itu, suka sekali untuk saya cadangkan kepada anda yang sudah mempunyai anak untuk menjadikan VCD ini sebagai koleksi berguna buat mereka.
Sedikit maklumat untuk anda semua.
Sinopsis
Harga Pasaran: RM19.90
Harga Ahli VIP: RM18.90
“Pelajari dan Hayati Doa”, itulah mesej yang ingin diketengahkan oleh Tilmiz melalui VCD mereka “VCD Tilmiz Doa Vol I”. Selepas album Tilmiz Doa, kumpulan enam orang kanak-kanak ini muncul sebagai watak animasi di dalam VCD ini. VCD ini memuatkan klip- klip video yang penuh animasi dan berwarna-warni, berlatar belakangkan suasana dan landskap tanahair. VCD ini merupakan VCD animasi nasyid yang pertama tanahair, memuatkan doa-doa yang dinasyidkan dari album Tilmiz Doa.
Semenjak tersiarnya “Doa Bersama-sama Telekom” sepanjang bulan Ramadhan, paparan Tilmiz sebagai karakter animasi yang berwarna-warni telah menarik minat dan perhatian kanak-kanak seluruh tanahair. Dengan adanya VCD ini sudah pasti para peminat Tilmiz akan terhibur dengan gelagat watak-watak animasi Tilmiz yang “beraksi” di dalam klip-klip video seperti Doa Makan, Doa Keluar Rumah dan Doa Bangun Tidur. VCD ini dijangka membawa satu kelainan kepada arena “Edutainment”, di mana dengan penggunaan animasi, pembelajaran dan penghayatan doa sebagai satu rutin hidup akan lebih ceria dan efektif.
Kesemua video klip menonjolkan watak-watak animasi Tilmiz di dalam menjalani rutin harian, dari mula bangun tidur sehingga ke malam hari. Misalnya di dalam klip video “Doa Bangun Tidur”, selain dapat mempelajari dan menghayati bacaan doa bangun tidur, kita juga akan dapat melihat gelagat Tilmiz ketika bangun dari tidur dan menjalani rutin yang biasanya dilakukan seperti mengemas katil, bersolat, dan lain-lain rutin yang lazimnya diamalkan rutin ketika bangun dari tidur.
Doa-doa yang terkandung dalam VCD ini adalah:
- Doa Bangun Tidur
- Doa Sebelum Makan
- Doa Selepas Makan
- Doa Keluar Rumah
- Doa Masuk Rumah
- Doa Tidur
Anda boleh dapatkan VCD Tilmiz ini dari kedai online Adik Bijak.com yang bagus sekali perkhidmatannya.
Popularity: 11% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








betul! saya setuju, video mereka ni memang menarik utk kanak2. Ayah saya selalu memasang video ini utk tontonan cucu2nya yg asyik dok tgk ultraman jer kat youtube. sekrg bdk2 tu dah pandai menyanyi doa2 seperti video tu..
sangat menarik dan berfaedah utk anak2!
wanwma´s last blog ..Menghargai Sebelum Dihargai
menarik.. thanks ya
zuwairiaiman´s last blog ..Exchange of heads with children
bagus untuk anak2 dan kita juga
Salam na’ilah,
Yup..betul tu…bukan sahaja untuk anak-anak,tapi untuk kita juga,ibubapa mereka.
Nozi´s last blog ..Baju (Blouse) coklat bercorak-Baju terpakai 
assalam
zie, aku cari info pasal tilmiz ni..site ko kuar paling atas sekali.. hehehe.e ..ooo.. damia pun tgk vcd nih.. aku baru nak beli utk iman…hehehe…tq for the info…
Assalam…
Hi Aida,
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly 
Yeke..hehe..belilah. Bagus VCD ni. Damia tu mmg tk jemu tengok. Ilustrasi kartun tu yg buatkan dia seronok. Lagu2nya pun best2. Sekaligus,doa2 tu dpt diingat. Aku pun suka dgr.hehe…karoke ngan anak2.