Yaasin dan Kata-kata
Assalamualaikum semua,
Maaflah, begitu lama gedungilmu.com tidak dikemaskini. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Maklumlah,komitmen begitu banyak. Namun, saya tidak mahu menghampakan anda semua. Sedikit perkongsian yang saya perolehi setelah lebik kurang 9 hari saya tidak update blog ini.
Baru-baru ini, saya pergi ke sekolah tadika anak saya kerana dijemput untuk solat hajat dan bacaan Yaasin. Ia bersempena perlantikan baru Pengetua sekolah anak saya, sekali untuk memohon perlindungan Allah dari sebarang hasat dan dengki juga. Ketika itu, kami diketuai oleh seorang Pendawah bebas wanita.
Bila tiba untuk membaca Yaasin, ada beberapa botol air kami letakkan di tengah-tengah bulatan kami dan dibuka penutupnya. Ustazah tersebut pun berkongsi sedikit ilmu mengenai pentingnya kita menjaga pertuturan yang mana setiap pertuturan itu memberi kesan yang tidak kita sedari.

Seperti apa yang kita praktikkan, membaca Yaasin disertakan air ketika itu adalah untuk menjadikan air tersebut menjadi penawar. Apabila air itu dibacakan Yaasin, maka apabila kita meminumnya, kita akan mendapat berkat Surah Yaasin tersebut.
Menyentuh mengenai berkat ini, ustazah tersebut juga memberi kami kesedaran mengenai apabila kita mengadap makanan ketika waktu makan pagi,tengahari atau malam. Jika ketika makanan ada di hadapan kita,dan kita berkata-kata mengenai kebaikan, maka kita mendapat keberkatan dari makanan kita itu kerana setiap apa yang kita katakan akan menyerap ke setiap makanan yang kita hidangkan.
Pernah juga ketika makan, anak-anak buat bising dan saya pernah memarahi mereka di hadapan rezeki. Lepas ni saya kenalah beringat. Kadang-kadang perkara kecil macam ni la yang kita terlepas pandang.
Semoga bermanfaat untuk anda juga.
Ikhlas dari,
Nozi
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Alhamdulillah..
satu info berguna lagi dari blog nozi.
Saintis ada buat kajian tentang ni.
Mereka hidangkan beberapa jenis air kemudian mereka eksperimen.
berkata baik-baik…
Molekul air bertukar kepada lebih halus dan menyerupai bentuk-bentuk yang baik(cth:muka tersenyum). Molekul bertukar lebih halus apabila dibaca ayat suci Al-Quran. Molekul yang halus lebih mudah diserap oleh badan
Mantra´s last blog ..Bagus ni Kalau dikongsi
Ha..ada juga kawan cakap pasal saintis buat eksperimen tu tapi tak tau in detail. Thanks Mantra sbb tambah sedikit lagi ilmu.
Salam, info yang baik dan baru saya ketahui hari ini. Terimakasih.
Muhd Suhaily´s last blog ..Beware! Virus BD
Salam Suhaily,
Rasa mcm lama tk dtg ‘umah’ saya ni.Sama-sama.
Nape saya tk dpt masuk blog anda ye? Mula-mula Internet Explorer aborted. Then try skali lagi,lama sgt dia loading. Nak tau jugak apa pasal Virus BD nih.
Cuba guna Mozillah firefox atau google chrome, ada problem sikit dgn script sebab saya tgh update. Oh virus BD..ni virus saja saja…belum diiktiraf lagi nama ni..
Muhd Suhaily´s last blog ..Benci sebenci bencinya…
Dah ada firefox, dlm internet dah ada tapi saya bagi link terus: http://www.e-webniaga.com/firefox.zip
Muhd Suhaily´s last blog ..Benci sebenci bencinya…
satu info berguna lagi dari blog nozi.
Saintis ada buat kajian tentang ni.
Mereka hidangkan beberapa jenis air kemudian mereka eksperimen.