Archive for the ‘ Google ’ Category

Tips Google Adsense

Assalamualaikum,

Lama betul saya tak kemaskinikan blog. Keadaan tidak mengizinkan. Kurang sihat pula saya kali ni. Tapi, hari ni saya ingin kongsikan sedikit mengenai google adsense. Mana tahu, jika ada yang masih belum tahu tips ini dan ingin mencuba google adsense. Bagi saya, apa salahnya letak iklan dari google adsense sekarang walaupun tidak terlalu serius untuk menjana duit dari adsense.

Tips ni sebenarnya telah banyak dikongsikan oleh mereka yang sudah pakar tentang google adsense.

Jika anda sedang setup iklan adsense, pastikan anda melakukan sedikit konfigurasi pada text iklan anda. Sila lihat rajah di bawah.

googleadsense1

Biasanya, tulisannya adalah seperti berikut. Namun, anda digalakkan untuk menukar warna tulisan tersebut supaya seakan-akan sama dengan warna tulisan yang anda gunakan di dalam blog anda. Jadi, kebarangkalian untuk mendapat potensi klik pada iklan tersebut amat cerah.

Selain dari itu, cuba letak iklan google di bahagian yang mudah sekali mendapat potensi klik. Saya dapat tahu, kebanyakan pakar adsense kata, iklan 336×280 memang yang terbaik sekali digunakan. ;)

Satu lagi, kita boleh letakkan tidak lebih dari 3 jenis iklan [tulisan (text ads), gambar (images ads) dan link unit] pada satu mukasurat laman kita.

Itu lah sedikit tips mengenai google adsense yang boleh saya kongsikan di sini. Cubalah, mana tahu anda lebih cepat merasa dari saya. :)

Ada sesiapa yang ingin tambahkan tips yang anda tahu mengenai google adsense di sini? Sumbangan ilmu anda amatlah dialu-alukan.

Sekian,

Popularity: 17% [?]

Share/Save/Bookmark

Google AdSense Channels

Assalamualaikum,

Apakah tujuan Add Channel di dalam google adsense? Sebelum ini saya pun tidak tahu tujuan dia. Setelah membaca beberapa blog mengenai adsense, saya dapati rupa-rupanya tujuan kita memasukkan URL channel di adsense adalah untuk mengkaji potensi adsense kita. Mana satukah blog yang mempunyai potensi klik yang tinggi. Dari situ, kita boleh menguruskan adsense kita dengan baik. Kita boleh tahu mana satukah channel yang mempunyai bilangan klik yang tertinggi.

googlechannel

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya terangkan. Belum mahir lagi untuk dijelaskan dengan panjang lebar. Jika anda ingin cari lebih lagi mengenainya, anda boleh buat carian di google. Jangan lupa pula kongsikan sedikit ilmu anda dengan saya ye. ;)


Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Google AdSense

Assalamualaikum,

Tak habis-habis mencuba. Setelah cuba buat duit dengan Affiliate, saya ingin cuba Google Adsense pula. Saya rasa kedua-duanya mudah dilakukan bagi newbie macam saya ni. Baca sana sini mengenainya dan kaedah yang perlu digunakan, saya ada nampak sedikit perubahan pada akaun google adsense saya. :)

googleads

Namun, masih belum boleh dikongsikan lagilah. Bak kata orang seciput sahaja. Apa-apa pun saya sudah dapat agak bagaimana IM kita berjaya mendapat wang dari internet. Bukan mudah untuk kita dapat hasil melainkan usaha dan terus berusaha.

Apa itu Google Adsense?

Google Adsense merupakan salah satu lubuk untuk anda menjana wang melalui kaedah Pay Per Click (PPC). Anda akan diberikan komisyen sekiranya pembaca blog anda klik pada iklan-iklan google yang telah anda setup di blog anda. Jika anda masih belum mempunyai akaun adsense, anda boleh mendaftar di google adsense sekarang.

Mereka yang betul-betul serius dalam menjana wang di google adsense telah mendapat pendapatan melaluinya sehingga 4 angka dan ada yang dapat lebih lagi dari itu.

Saya ada sedikit ole-ole buat anda. Dapatkan 6 Modul Adsense percuma dari saudara Munawar. Saya baca ilmu beliau mengenai google adsense dan pastinya menarik saya kongsikan juga untuk anda. Cubalah gunakan teknik yang beliau berikan secara percuma ni. Harap kepada yang masih tercari-cari macam saya ni, ada idea untuk mencari duit melalui adsense pula. Semoga bermanfaat juga untuk anda.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Google PageRank

Assalamualaikum,

Semalam saya baca blog rakan-rakan. Mereka semuanya bincangkan mengenai Google akan update Pagerank (PR) dalam masa terdekat ni. Ada juga yang sudah naik. Ada yang tidak dapat apa-apa termasuklah saya. huhu. Sedih juga.

Namun saya taknak putus asa. Tidak apa lah jika tidak ada rezeki lagi. Saya masih lagi PR0.

Hari ni saya rasa macam nak check semula aje PR blog saya ni. Alhamdulillah, saya dapat juga PR1. :)

Anda tahu tak mengapa orang teringin sangat nak dapat Google Pagerank tinggi ni?

Salah satu sebabnya adalah ia memainkan peranan penting untuk mendapat hasil carian teratas ketika pengguna internet membuat carian di Google. Jika PR kita tinggi, blog atau website kita akan mudah berada di hasil carian paling atas. Rank yang diberi adalah antara 1-10. Makin besar PR kita, makin  tinggi kedudukan kita di carian Google. Itu yang seronoknya tu. Dengan ini, blog atau website kita akan mudah dijumpai pengguna.

Begitulah hendaknya yang saya ingin kongsikan sedikit di sini.

Harap-harap akan kekallah ranking tu dan boleh naik lebih baik lagi. Doakan saya berjaya ye.

Dari,

Nozi

Popularity: 32% [?]

Share/Save/Bookmark

Saya dapat ilmu lagi ni. Mengenai bagaimana untuk mengetahui apa keyword yang paling top dicari oleh penggemar internet. Anda boleh lihat di google trends. Sila masuk di sini. http://www.google.com/trends

Anda masukkan contohnya: ‘Affiliate’ sebagai keyword dan klik pada ‘Search Trends’. Anda akan melihat trending keyword ini. Anda akan tahu juga, negara mana yang paling banyak buat surfing mengenainya. Anda boleh bandingkan beberapa keyword juga seperti ‘Clickbank’ dan klik pada ‘Search Trends’.

Jika kita lihat, trend internet pada tahun 2004-2009 mengenai Affiliate naik pada hujung 2007 dan 2008. Ini bermakna, ramai yang mencari mengenai Affiliate pada waktu itu. Jika kita lihat di bahagian region, Malaysia adalah Negara yang teratas yang mempunyai trend yang paling tinggi.

Jika anda klik pada region, anda akan dapat melihat trend bagi subregion/negeri di Malaysia. Ini adalah untuk melihat dengan lebih lanjut lagi manakah negeri-negeri yang mempunyai jumlah carian yang paling banyak.

Dari sini, kita dapat mengkaji, keyword apakah yang paling tinggi cariannya di Google. Semoga anda dapat manfaat dari ilmu ini.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin kongsikan sedikit mengenai site baru yang tidak ada di google result sekiranya kita search di sana. Ada beberapa sebab mengapa ia terjadi.  

Cuba anda taip domain blog/web anda di google search.

Site: www.domainanda.com

Ada ataupun tidak hasil carian di google? Jika ada, bermakna site anda telah masuk atau diindexkan di google. Jika tiada, bermakna site anda tidak akan dipaparkan sekiranya ada orang ingin mencari topik yang berkaitan dengan site anda kerana site anda telah disorok oleh google. Kenapa pula? Pelik kan?

Google mempunyai Google Sandbox di mana ia adalah kaedah yang digunakan oleh google untuk menapis mana-mana site baru dalam beberapa tempoh. Mengapa begitu? Ini kerana, google ingin menjaga SERP (Search Engine Result Page) supaya site baru itu tidak akan menakluk kesemua hasil carian. Anda keliru?

Sebagai contoh, jika kita search mengenai ‘Tips Jana Wang di internet’. Lepas itu, keluar satu laman web sahaja (contohnya dari http://www.ABC.com) dengan result 0-1000 contohnya, pasti susah kita ingin dapatkan hasil carian yang berbagai kan? Takkan kita ingin baca maklumat dari satu laman web sahaja? Jadi, laman web kita akan disorok atau di blacklist oleh Google kerana ingin menjaga mutu cariannya. Dengan kurangnya bilangan site yang dihasilkan, maka pengguna tidak akan berpuas hati dengan enjin carian melalui google.

Itulah sedikit mengenai Google Sandbox. Jika saya ada lagi info mengenainya, saya akan sambung di post seterusnya nanti. Kalau anda ada sebarang komen atau ingin tambah info, silalah letak komen anda ye. J. Sebarang komen yang bernas amatlah dialu-alukan. Terima Kasih.

 

Ikhlas,

Nozi

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Google Friends Connect

Salam kepada pembaca blog yang setia,

Sudahkah anda menggunakan ‘Google Friends Connect’ untuk dimasukkan ke dalam blog anda? Saya telah menyediakan satu step untuk anda sekiranya anda menggunakan Wordpress sebagai platform untuk menghasilkan blog anda. Sila klik pada Link berikut untuk memuat turun steps tersebut–> Google Friends Connect

Tentu anda tertanya-tanya, untuk apa kita letak google friends connect ni ya? Pasti bersebab kan? Sebenarnya, tools ni adalah salah satu cara untuk menyebarkan kewujudan blog anda kepada rakan-rakan anda. Anda boleh invite kawan-kawan yang mempunyai google ID. Kebanyakan blogger memang ada google ID.

Kepada pelawat baru yang terjumpa blog anda di Google search engine pun sebenarnya boleh untuk menjadi salah seorang rakan anda dengan hanya klik pada link yang disediakan dan anda telah menjadi rakan google. Anda boleh klik pada rakan-rakan baru lain sekiranya mereka join google friends anda dan sekaligus anda juga dpt mengetahui apakah blog2 yang mereka ada dan melawat blog mereka pula.

Menarik bukan? Anda boleh wujudkan ‘network’ di situ serta berkongsi ilmu dan menjadi rakan mereka. Di sinilah ‘network’ terbentuk dan ia amat penting dalam dunia perniagaan internet. Kita sememangnya perlu mencari ramai kenalan untuk berjaya. Berkongsi pengalaman,idea dan bermacam-macam lagi. Bukan hanya untuk mencari keuntungan semata-mata,tetapi ilmu itu penting. Mereka pasti mempunyai maklumat yang kita tidak tahu. Tentu ada sesuatu yang menarik di blog mereka. Cubalah! Pasti seronok.

Saya akan menjadikan blog ini lebih menarik lagi dengan tips2 yang bakal menyusul hasil pencarian saya di blog yang baru muda lagi ni.Semoga anda setia bersama blog saya dan kita sama-sama berkongsi ilmu,pendapat dan sebagainya.

Sekian.

Yang Ikhlas,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads