Keluarga
Minggu ke 31 kandunganku
Assalamualaikum,
Hari ni sudah 31 minggu usia kandunganku…hmm…makin sarat terasa. Tapi kugagahkan jua jiwa raga untuk terus bersabar dalam menghadapi detik-detik perjuangan melahirkannya nanti. Sekarang ni dia memang begitu aktif. Asik menendang ke sana ke mari. Waktu malam pun menendang di kala aku sedang syok tidur dibuai mimpi. hehe…Biarlah dia nak aktif. Lebih baik aktif daripada [...]
Hari ini, usianya bertambah
Assalamualaikum,
Hari ni dah hampir 7 bulan kandunganku. Hmm, begitu pantas kan masa berlalu. Dah nak masuk 7 bulan. Perut pun terasa penuh sangat. Nozi kalau pregnant memang perut besar. Doktor kata, memang jenis perut besar. Tapi berat badan takde la naik sangat. Rasa semput tu tentu sekali. Tapi tak apalah, demi anak yang bakal dilahirkan [...]
Carilah sesuatu yang berfaedah dan berkembang
Assalamualaikum,
Saban hari kita pasti akan rasa jemu kiranya kita buat benda yang sama. Itu adalah pendapat dari saya sendiri kerana itu yang saya rasa. Kadangkala rasa juga nak buat sesuatu yang berkembang dan lebih berfaedah buat diri dan keluarga. Macam-macam sebenarnya perubahan yang boleh dibuat. Sekarang saya fikir, saya ingin mencuba satu lagi bisnes yang [...]
Salam Ceria!
Assalamualaikum,
Begitu lama saya menyepi. Pasti anda tertanya-tanya. Dalam menyepi, begitu banyak perkara yang saya alami dan nak diceritakan satu-satu memang takkan cukup sehari. Apa khabar rakan-rakan setia di gedungilmu.com? Saya selalu ingat anda semua, tapi memandangkan kehidupan kini semakin sibuk, tugas sebagai ibu semakin mencabar, saya terpaksa bekukan penulisan dan perkongsian saya di blog ini.
Baru-baru [...]
Hari ke-9
Assalamualaikum,
Sebenarnya saya sedang bercuti-cuti sakan dari minggu lepas. Ini bukan cuti suka-suka, tapi cuti terpaksa. Hari Ahad lepas bersamaan 26 Ogos 2010 badan saya terasa lenguh-lenguh. Buat kerja di pejabat pun terasa tiada semangat. Tapi, saya perlu siapkan kertas kerja secepat mungkin kerana esok ada perbentangan bujet untuk tahun 2011/2012. Aduhai, pening juga dibuatnya. Buat [...]
Raya tahun 2010
Assalamualaikum,
Begitu lama saya bercuti dari berblogging. Raya pula cuti sakan juga. Tapi raya kali ini tidaklah semeriah tahun lepas kerana pada hari raya kedua, anak saya yang sulong, Sofia terkena demam chickenpox. Habis seluruh badannya ditumbuhi biji-biji chickenpox yang begitu merimaskan dan membuatkan dia selalu merengek kesakitan dan panggilan ‘Mama’ sudah semestinya tidak lepas dari [...]
Percutiaan ke Langkawi - Bahagian 4
Assalamualaikum,
Sambung semula kisah percutian ke Langkawi. Panjang betul cerita saya kan. Hampir sebulan kenangan dilalui, baru nak habis cerita. Hehe. Maaflah kawanku, keadaan sekarang begitu sesak dengan tugas-tugas baru dan lama. Tapi, cerita ini tidak akan tergantung. Ia akan berakhir juga.
Hari pertama, selesai sudah lawatan ke Makam Mahsuri dan Underwater World, kami ke Galeri Perdana [...]
Mula merindu
Assalamualaikum,
Hari ni sudah hampir dua bulan Damia tidak dijaga oleh bibik. Semalam, saya memarahi Damia kerana dia memberontak dan menghentakkan mainan-mainannya kerana bergaduh dengan kakaknya dan tidak mahu mendengar kata saya. Di waktu itu, saya hanya biarkan dia menangis sendiri, tanpa dipujuk dan akhirnya dia datang ke arah saya dan meminta maaf. Kemudian, di waktu [...]
Percutian ke Langkawi - Bahagian 3
Assalamualaikum,
Sambung semula cerita percutian ke Langkawi. hehe. Lama betul nak sambung episod..
Berbalik kepada cerita percutian ke Langkawi, hari pertama aktiviti bersiar kami diteruskan dengan melawat Underwater World. Anak-anak pun sudah tidak sabar benar untuk ke sana. Damia, anak saya yang nombor dua tu pun, dari Makam Mahsuri lagi sudah bad mood sebab saya [...]
Percutian ke Langkawi - Bahagian 2
Assalamualaikum,
Sambung semula cerita percutiaan saya di Langkawi. Kami bermalam di sebuah apartment di situ. Alhamdulillah, kami dapat menginap percuma selama 4 hari 3 malam. Kawan bapa saudara saya beri kami menginap di apartmentnya. Baik kan? Boleh tahan juga, apartment ni ada 3 bilik sesuailah dengan kami 3 keluarga. Tidur pun selesa. Cukuplah sekadar merehatkan badan [...]








