Motivasi
Carilah sesuatu yang berfaedah dan berkembang
Assalamualaikum,
Saban hari kita pasti akan rasa jemu kiranya kita buat benda yang sama. Itu adalah pendapat dari saya sendiri kerana itu yang saya rasa. Kadangkala rasa juga nak buat sesuatu yang berkembang dan lebih berfaedah buat diri dan keluarga. Macam-macam sebenarnya perubahan yang boleh dibuat. Sekarang saya fikir, saya ingin mencuba satu lagi bisnes yang [...]
Bosankah anda?
Assalamualaikum,
Pernahkah anda tertanya-tanya dalam diri, anda sudah puaskah dengan apa yang anda dapat selama ni? Apa yang saya maksudkan adalah, kepuasan di segala aspek iaitu kawangan, kehidupan dan sebagainya. Semua orang ada impian yang tersendiri. Ada yang ingin mengumpul harta sebelum ajal menjemput, ada juga yang ingin mencari ilmu biar berbukit-bukit dan menjadi gunung, ada [...]
Salam Zulhijjah dan Ibadah Korban
Assalamualaikum,
Lama betul saya tak update blog ni. Lepas raya puasa, banyak betul dugaan yang saya terima. Dua kali saya terkena demam. Nasib baik kali kedua, anak-anak tidak terkena sekali. Bukan nak kata, sekarang memang musim demam. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, sekejap hujan yang membuatkan badan kita susah untuk menerima perubahan itu. [...]
Emak Berpesan
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat [...]
Perjuangan
Assalamualaikum,
Tiba-tiba fikiran saya ingat perkataan perjuangan. Apakah erti perjuangan? Tahukah anda bahawa mempunyai semangat berjuang adalah salah satu perkara yang begitu baik untuk disebadikan di dalam diri kita. Perjuangan ini mempunyai banyak bentuknya. Istilah perjuangan dari pendapat peribadi saya adalah mempunyai satu keazaman dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu lebih-lebih lagi perjuangan untuk prestasi diri yang [...]
Ujian..jangan mengalah dengan ujian
Assalamualaikum,
Setiap manusia pasti akan diuji. Tidak ada seorang pun yang tidak diuji sepanjang hidupnya. Ada ujian berat dan ada ujian ringan. Semuanya perlu diterima dan diatasi dengan penuh hikmah dan berhemah. Kadangkala, ujian ini mendidik kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam hidup. Di akhirnya nanti, kita pasti akan dapat rasakan akan satu kekuatan [...]
Ramadhan ingin tinggalkanku, Syawal..tunggulah daku.
Assalamualaikum,
Sedih rasanya untuk meninggalkan Ramadhan yang begitu memberi makna kepada diri saya tahun ini. Tidak lama lagi, Syawal akan tiba. Syawal tetap perlu diraikan dengan penuh kesyukuran dan gembira. Perjuangan selama sebulan melatih diri untuk menjadi yang lebih baik di sini-Nya perlu diteruskan juga untuk bulan-bulan seterusnya iaitu dari Syawal sehinggalah Zulhijjah dan [...]
Mari hayatinya
Assalamualaikum,
Nampaknya saya sudah terlepas beberapa hari untuk update blog ni. Maklumlah, sekarang masa saya begitu penuh dengan tugas-tugas siang dan malam yang juga masih belum dapat diuruskan dengan baik. Tapi, sempat juga saya membaca beberapa blog rakan saya. Itupun bagi mana-mana entri yang begitu menarik perhatian saya. Bukan tidak mahu berblogging secara konsisten, tetapi waktu [...]
Jadi lebih baik
Assalamualaikum,
Setiap hari pasti kita akan rasa ingin buat yang terbaik dari hari semalam atau hari yang lepas kan? Itu merupakan satu perkara yang menjadi pemangkin kepada kita untuk berjaya. Jika kita tiada keinginan untuk berjaya, sampai bila-bila pun kita akan duduk pada tahap yang sama dan mungkin juga kita akan ketinggalan jauh ke [...]
Ilmu dan ilmu lagi..
Assalamualaikum,
Fuh, terasa lama juga saya tak update blog. Sebenarnya baru-baru ni saya bercuti panjang berjalan-jalan membawa keluarga ke Langkawi. Bagi suami saya, ini kali kedua tak silap saya dia ke sana tapi saya pula baru kali pertama. Memang menyeronokkan, kami memang menghabiskan masa bersama di sana dengan begitu baik sekali. Kami memang banyak [...]








