Personal
Minggu ke 31 kandunganku
Assalamualaikum,
Hari ni sudah 31 minggu usia kandunganku…hmm…makin sarat terasa. Tapi kugagahkan jua jiwa raga untuk terus bersabar dalam menghadapi detik-detik perjuangan melahirkannya nanti. Sekarang ni dia memang begitu aktif. Asik menendang ke sana ke mari. Waktu malam pun menendang di kala aku sedang syok tidur dibuai mimpi. hehe…Biarlah dia nak aktif. Lebih baik aktif daripada [...]
Hari ini, usianya bertambah
Assalamualaikum,
Hari ni dah hampir 7 bulan kandunganku. Hmm, begitu pantas kan masa berlalu. Dah nak masuk 7 bulan. Perut pun terasa penuh sangat. Nozi kalau pregnant memang perut besar. Doktor kata, memang jenis perut besar. Tapi berat badan takde la naik sangat. Rasa semput tu tentu sekali. Tapi tak apalah, demi anak yang bakal dilahirkan [...]
Carilah sesuatu yang berfaedah dan berkembang
Assalamualaikum,
Saban hari kita pasti akan rasa jemu kiranya kita buat benda yang sama. Itu adalah pendapat dari saya sendiri kerana itu yang saya rasa. Kadangkala rasa juga nak buat sesuatu yang berkembang dan lebih berfaedah buat diri dan keluarga. Macam-macam sebenarnya perubahan yang boleh dibuat. Sekarang saya fikir, saya ingin mencuba satu lagi bisnes yang [...]
Nak cantik dengan Premium Beautiful tak?
Assalamualaikum,
Ini adalah topik yang tak pernah saya ketengahkan. Mungkin saya lebih suka cara bersantai berkongsi tentang tips-tips dan ilmu-ilmu lain sahaja.
Saya nak tanya pembaca, tak kiralah sama ada perempuan ataupun lelaki. Anda nak tak kelihatan cantik? Bagi wanita pastinya ‘Ya’ jawapannya kan? Bagi lelaki pula. Ishk, cantik..tak sesuai pula untuk lelaki nak kata nak cantik. [...]
Salam Ceria!
Assalamualaikum,
Begitu lama saya menyepi. Pasti anda tertanya-tanya. Dalam menyepi, begitu banyak perkara yang saya alami dan nak diceritakan satu-satu memang takkan cukup sehari. Apa khabar rakan-rakan setia di gedungilmu.com? Saya selalu ingat anda semua, tapi memandangkan kehidupan kini semakin sibuk, tugas sebagai ibu semakin mencabar, saya terpaksa bekukan penulisan dan perkongsian saya di blog ini.
Baru-baru [...]
Tiket konsert Maher Zain habis!
Assalamualaikum,
Berita hari ini membuatkan saya begitu bangga. Maher Zain yang sebelum ni saya pernah bagi ulasan mengenai albumnya sudah terkenal di serata dunia. Namanya menjunam naik sebagai penggiat seni dan popularitinya memang membanggakan. Syabas diucapkan kepada Maher Zain kerana berjaya membawa elemen-elemen Islam di dalam album sulungnya dan berjaya memikat peminat seni muzik di seluruh [...]
Zainab, Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W
Assalamualaikum,
Baru sebentar tadi saya berjaya habiskan sebuah buku yang berkulit seperti sebuah novel yang berjudul Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W iaitu satu siri wanita berkharisma tinggi dalam menegakkan Islam. Buku ini ditulis oleh Nurfaridah Rubani, terbitan Kharisma Network Sdn Bhd. Suka sekali untuk saya kongsikan pengalaman ketika membaca kisah Sayidah Zainab Binti Ali Bin [...]
Emak Berpesan
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat [...]
Perjuangan
Assalamualaikum,
Tiba-tiba fikiran saya ingat perkataan perjuangan. Apakah erti perjuangan? Tahukah anda bahawa mempunyai semangat berjuang adalah salah satu perkara yang begitu baik untuk disebadikan di dalam diri kita. Perjuangan ini mempunyai banyak bentuknya. Istilah perjuangan dari pendapat peribadi saya adalah mempunyai satu keazaman dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu lebih-lebih lagi perjuangan untuk prestasi diri yang [...]
Hari ke-9
Assalamualaikum,
Sebenarnya saya sedang bercuti-cuti sakan dari minggu lepas. Ini bukan cuti suka-suka, tapi cuti terpaksa. Hari Ahad lepas bersamaan 26 Ogos 2010 badan saya terasa lenguh-lenguh. Buat kerja di pejabat pun terasa tiada semangat. Tapi, saya perlu siapkan kertas kerja secepat mungkin kerana esok ada perbentangan bujet untuk tahun 2011/2012. Aduhai, pening juga dibuatnya. Buat [...]








