Umum
Tiket konsert Maher Zain habis!
Assalamualaikum,
Berita hari ini membuatkan saya begitu bangga. Maher Zain yang sebelum ni saya pernah bagi ulasan mengenai albumnya sudah terkenal di serata dunia. Namanya menjunam naik sebagai penggiat seni dan popularitinya memang membanggakan. Syabas diucapkan kepada Maher Zain kerana berjaya membawa elemen-elemen Islam di dalam album sulungnya dan berjaya memikat peminat seni muzik di seluruh [...]
Langit Malam
Indahnya langit malam,
Agung kebesaranMu Tuhan,
Maha Pencipta tiada tandingan.
Kerdipan bintang tersergam indah,
Bagai ditaburi luas memenuhi alam,
Rembulan jua tiada jemu menambah hias seri malam,
Mata ini tiada henti memandang..Ya Rabb… KebesaranMu Tuhan menambah keimanan.
Indahnya langit malam,
Bulan terang begitu indah saujana memandang,
Bilakah langit malam berhias bintang dapat kugenggam,
Begitu tinggi hajat yang kuimpikan.
Oh malam,
Memang tidak jemu mataku ini melihat keagungan [...]
Ujian..jangan mengalah dengan ujian
Assalamualaikum,
Setiap manusia pasti akan diuji. Tidak ada seorang pun yang tidak diuji sepanjang hidupnya. Ada ujian berat dan ada ujian ringan. Semuanya perlu diterima dan diatasi dengan penuh hikmah dan berhemah. Kadangkala, ujian ini mendidik kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam hidup. Di akhirnya nanti, kita pasti akan dapat rasakan akan satu kekuatan [...]
Raya tahun 2010
Assalamualaikum,
Begitu lama saya bercuti dari berblogging. Raya pula cuti sakan juga. Tapi raya kali ini tidaklah semeriah tahun lepas kerana pada hari raya kedua, anak saya yang sulong, Sofia terkena demam chickenpox. Habis seluruh badannya ditumbuhi biji-biji chickenpox yang begitu merimaskan dan membuatkan dia selalu merengek kesakitan dan panggilan ‘Mama’ sudah semestinya tidak lepas dari [...]
Indahnya Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum,
Hari ini semua bercuti menyambut Nuzul Quran. Suka untuk diingatkan, bukalah kitab Allah iaitu Al-Quran, kerana begitu banyak ilmu yang perlu kita ketahui dariNya. Al-Quran, adalah kalam Allah. Segalanya diceritakan di situ. Al-Quran adalah kitab Allah yang akhir diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W untuk dijadikan panduan kepada semua umat Islam. Hayatilah dan [...]
Diriku tersepit
Assalamualaikum,
Lama betul rasanya tidak menulis. Maklumlah, keadaan diri sekarang sudah tak seperti dulu lagi. Banyak betul komitmen yang perlu diutamakan. Bukan kata berblogging ni sudah tidak penting, tapi masa betul-betul tidak memihak kepada saya. Maaf dipohon kerana saya tidak begitu konsisten dalam menulis. InsyaAllah, saya akan cuba. Cuba setiap masa.
Mengapa membicarakan tentang diriku tersepit ye? [...]
Percutiaan ke Langkawi - Bahagian 4
Assalamualaikum,
Sambung semula kisah percutian ke Langkawi. Panjang betul cerita saya kan. Hampir sebulan kenangan dilalui, baru nak habis cerita. Hehe. Maaflah kawanku, keadaan sekarang begitu sesak dengan tugas-tugas baru dan lama. Tapi, cerita ini tidak akan tergantung. Ia akan berakhir juga.
Hari pertama, selesai sudah lawatan ke Makam Mahsuri dan Underwater World, kami ke Galeri Perdana [...]
Mula merindu
Assalamualaikum,
Hari ni sudah hampir dua bulan Damia tidak dijaga oleh bibik. Semalam, saya memarahi Damia kerana dia memberontak dan menghentakkan mainan-mainannya kerana bergaduh dengan kakaknya dan tidak mahu mendengar kata saya. Di waktu itu, saya hanya biarkan dia menangis sendiri, tanpa dipujuk dan akhirnya dia datang ke arah saya dan meminta maaf. Kemudian, di waktu [...]
Percutian ke Langkawi - Bahagian 3
Assalamualaikum,
Sambung semula cerita percutian ke Langkawi. hehe. Lama betul nak sambung episod..
Berbalik kepada cerita percutian ke Langkawi, hari pertama aktiviti bersiar kami diteruskan dengan melawat Underwater World. Anak-anak pun sudah tidak sabar benar untuk ke sana. Damia, anak saya yang nombor dua tu pun, dari Makam Mahsuri lagi sudah bad mood sebab saya [...]
Mari hayatinya
Assalamualaikum,
Nampaknya saya sudah terlepas beberapa hari untuk update blog ni. Maklumlah, sekarang masa saya begitu penuh dengan tugas-tugas siang dan malam yang juga masih belum dapat diuruskan dengan baik. Tapi, sempat juga saya membaca beberapa blog rakan saya. Itupun bagi mana-mana entri yang begitu menarik perhatian saya. Bukan tidak mahu berblogging secara konsisten, tetapi waktu [...]








