Archive for the ‘ WordPress ’ Category

Assalamualaikum,

Saya ingin kongsi sedikit ilmu buat anda semua. Dah lama benar tak kongsi ilmu kan.  :)

Ada sesetengah blogger yang menjadikan blog mereka lagi professional dengan meletakkan tandatangan (signature) di bawah artikel dalam blog mereka. Ada juga yang menggunakan tandatangan untuk diletakkan di landing page ataupun squeeze page untuk tujuan pengiklanan ataupun mempromosikan produk yang dijual.

Anda berminat untuk buat tandatangan seperti ini tak?

Di sini saya ingin kongsikan di mana anda boleh buat tandatangan tersebut. Jangan takut bila lihat langkah-langkah seperti susah. Selepas anda cuba sekali, ia semudah ABC sahaja.

Langkah-langkahnya adalah:

1. Sila ke link berikut –> http://www.mylivesignature.com

2. Sila pilih Click Here To Start ataupun Start Now!

img1

3. Pilih mana-mana kaedah yang sesuai:

  • Using the signature creation wizard
  • Draw a signature straight to the screen
  • Using a scanned image

4. Sekarang saya pilih Using the signature creation wizard.

5. Masukkan tandatangan anda. Sebagai contoh, saya taip Nozi. Selepas itu, klik pada Next Step.

6. Pilih font mana yang anda suka. Banyak pilihan ada di sini. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Klik Next Step lagi.

7. Kemudian, pilih size pula dan klik Next Step.

8. Selepas itu, anda boleh pilih background color dan juga text color.

9. Pilih slope mana yang best.

10. Yes! tandatangan anda sudah siap.

Anda ada beberapa pilihan untuk aplikasikan tandatangan anda.

Want us to animate this signature?

Want to download this signature?

Want to use this signature?

Langkah seterusnya:

1. Saya pilih Want to use this signature.

2. Pilih Generate HTML code.

3. Kemudian, klik pada Generate a code for my handwritting signature.

4. Apabila code sudah generate, anda bolehlah copy code tadi dan letakkan di blog anda ataupun mana-mana tempat yang dirasakan perlu.

5. Cara mudah dari saya, anda simpan code tadi dan anda paste setiap kali anda post artikel.

6. Letakkan HTML code pada ruang post anda. Jangan letak di dalam Visual tab, tapi letak dia bahagian HTML tab. Letak pada line terakhir sekali. Barulah nampak seperti tandatangan saya ni. ;)

Selamat Mencuba.

Ikhlas dari,

Popularity: 19% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Pernahkah anda backup blog anda? Backup merupakan salah satu perkara yang amat penting lebih-lebih lagi buat mereka yang membuat bisnes dengan blog mereka. Untuk pengguna blog, penting untuk membuat backup iaitu anda membuat salinan bagi file original anda. Ini untuk memastikan bahawa sekiranya blog anda diserang hackers, anda masih ada backup file itu tadi.

Cuba anda lihat gambar ini. Pasti anda tidak mahu pening kepala sekiranya anda kehilangan sesuatu yang begitu berharga bukan?

backup-no

Jika anda mempunyai hosting sendiri, sudah tentu anda biasa dengan Cpanel. Kebiasaannya, bagi mereka yang menyewa hosting untuk memasang domain, akan disediakan Cpanel untuk membuat konfigurasi database, domain, email dan sebagainya. Jadi sekarang, saya ingin tunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan backup ini. Tetapi, mungkin sesetengah pemilik hosting mempunyai had-had untuk mengakses di ruangan Cpanel. Jika anda mempunyai masalah pada Cpanel anda, sila beritahu pemilik hosting anda.

Sila klik pada ruangan Backups dalam Cpanel anda seperti di bawah:

backups

Anda boleh lakukan dua jenis backup di sini sama ada Full Backup iaitu melakukan backup sepenuhnya ataupun Partial Backup iaitu melakukan backup satu persatu. Anda boleh melakukan proses backup ini untuk semua file berkaitan blog anda seperti Home Directory, MySQL Database, Email Forwarders, dan Email Filters.

Untuk Full Backup, sila klik di ruangan ini:

full-backup

Sebelum meneruskan backup, anda hendaklah menentukan alamat email terlebih dahulu bagi memastikan anda menerima status backup anda nanti.

Untuk Partial Backup, anda boleh membuat backup satu persatu dengan hanya klik pada ruangan yang dibulatkan ini:

partial-backup

Selain itu, ada satu cara lagi untuk membuat backup iaitu dengan menggunakan Backup Wizard. Di sini anda akan diarahkan untuk melakukan backup. Mungkin anda akan rasa lebih mudah dan lebih teratur jika menggunakan Backup Wizard kerana ada langkah-langkah yang perlu anda ikuti.

backup-wizard1

backup-wizard

Selamat membuat backup! :)

Popularity: 14% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terfikir bahawa kita perlu letak polisi untuk mereka yang memberi komen di ruangan artikel? Mungkin jawapan anda; untuk apa sedangkan sudah ada ‘pengawal’ komen SPAM. Apa kelebihan dia ye?

Sebelum itu, mari kita fikirkan sejenak mengapa pentingnya memberi komen dari aspek SEO.

Membina rangkaian - dengan memberikan komen di sesetengah blog, kita sekaligus dapat membina rangkaian sesama penulis blog. Contohnya aplikasi commentluv plugin yang saya ceritakan sebelum ini.

Tapi, ada pula yang menyalahgunakannya dengan membuat komen SPAM pula.

Jika anda menggunakan ‘pembunuh’ SPAM seperti yang saya guna sekarang ; Wordpress SPAM free plugins ataupun Akismet, anda pasti dapat mengenalpasti berapakah komen SPAM yang anda terima dan telah dibuang oleh plugins SPAM ni.

Saya akui, mungkin semua telah mengaplikasikan plugin khas untuk membuang komen SPAM. Namun, ada sesetengah dari mereka yang meletakkan signature link mereka di ruangan komen itu sendiri. Jika anda aktifkan moderator sekalipun, pasti amat susah juga untuk mengawal perkara seperti ini dan anda akhirnya akan biarkan sahaja jika terlalu banyak. Jadi, lebih baik mereka diberi ’self-moderation’  iaitu menyediakan  satu polisi khas untuk pemberi komen. Jimat juga masa anda di situ.

Jika anda perasan, di bawah artikel saya ada diletakkan Wordpress comments policy plugin.

Ini contoh comments policy yang diberikan secara default.

commentspolicy0

Jika anda ingin meletaknya di blog anda, sila download comments policy plugin dari Wordpress di sini:

http://wordpress.org/extend/plugins/comments-policy/

Apabila anda telah aktifkan plugin ini, sila lihat di comments > comments policy di Wordpress Dashboard anda.

commentspolicy2

commentspolicy

Anda boleh customize jika mahukan dalam Bahasa Malaysia. Tambah sahaja dan tekan butang ‘Add More>>‘. Apabila semua dah siap, klik pada ‘Save Setting‘.

Anda boleh juga letakkan comments policy ini di mana sahaja ruangan blog anda mengikut kesesuaian. Jika anda ingin mengubahnya sendiri, anda boleh letakkan code ini di tempat yang diinginkan.

<?php comments_policy(); ?>

Apa yang paling menarik lagi, jika anda mempunyai banyak blog, anda install sahaja plugins ini dan boleh import/eksport comments policy tersebut. Filenya adalah dalam bentuk .json. Jadi tidak perlulah anda buat dua tiga kali perkara yang sama kan. Senang tak? :)

commentspolicy3

Apa lagi tunggu2. Cubalah sekarang aplikasikan di blog tersayang anda.

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Saya tekad untuk meningkatkan mutu blog saya tetapi banyak benda perlu dikaji dan dijadikan panduan. Satu lagi plugins yang saya rasa amat penting untuk sesebuah blog ialah plugins untuk memaparkan artikel yang berkaitan dengan artikel terkini kita. Kebaikan yang saya rasa di sini ialah, kita akan menarik pembaca untuk membaca artikel-artikel yang lepas tetapi berkaitan. Jadi, mereka tidaklah susah untuk mencari artikel yang mempunyai hubungkait dengan artikel terkini itu tadi.

Caranya amat mudah. Anda boleh download plugins ini dari link di bawah:

http://wordpress.org/extend/plugins/related-posts/

Kemudian, seperti biasa, anda upload kesemua folder ‘related-post’ ke dalam server di:

/public_html/wp-content/plugins/

Ia boleh dipaparkan di ruangan sidebar. Anda hanya perlu tambah widget tadi di mana-mana sidebar yang anda inginkan. Akan tetapi, pendapat saya ia adalah lebih efektif dan praktikal jika diletak di bawah artikel. Sebagai contoh, jika anda ingin memaparkan artikel yang berkaitan ini sebelum ruangan komen seperti yang saya buat sekrang ini, anda boleh edit ‘single.php’ file dalam folder wordpress theme anda.

Cara-caranya:

Sila ke Appearance > Editor dan cari file ‘single.php’. Kemudian, letakkan code ini di dalamnya. Code ini ada disediakan sekali. Sila rujuk folder plugins yang anda download tadi. Ada dalam file readme.txt. Hanya copy code ini dan letakkan seperti di bawah:

relatedpost

Selepas itu, save file tadi dengan klik pada ‘Update File’.

Default settingnya sekarang memaparkan 5 artikel berkaitan. Mungkin terlalu banyak dan anda ingin kurangkan bilangannya. Jika anda ingin mengubahnya, anda perlu ubah file ‘related-posts.php’ yang terdapat di dalam \related-posts folder seperti di bawah dan save semula file ini.

editrelatedpostphp

Bagaimana ia boleh mengetahui mana artikel yang berkaitan ye? Sebenarnya ia mengenalpasti tag yang kita letak untuk artikel kita itu. Hmm, selepas ni, saya perlu perbaiki mutu tag yang saya gunakan selama ini. Maklumlah, masih belajar selok belok menulis blog yang bermutu.

Bagaimana? Jadi atau tidak? Cikgu tak bertauliah saya ni. Maaflah jika ada tersilap apa-apa ye. Selamat mencuba! :)

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Wordpress SEO friendly

Assalamualaikum,

wordpress

Saya rasa, semua sedia maklum bahawa bukan senang untuk mendapat ranking terbaik di enjin pencarian. Anda sudah baca artikel saya berkenaan Search Engine Optimization (SEO) sebelum ini? Ada sedikit diterangkan mengenai SEO di post lalu.

Kepada newbie seperti saya, pasti masih ada yang belum pasti samaada ingin menggunakan free domain ataupun domain berbayar untuk blog mereka. Bagi saya Wordpress mempunyai kelebihan-kelebihan yang tiada tolak bandingnya.

Salah satu kelebihan mempunyai blog Wordpress ni ialah ia merupakan satu medium yang SEO friendly yang mana mempunyai kemudahan tersendiri untuk menarik ramai pelawat. Mengapa SEO friendly? Wordpress mempunyai banyak kelebihan yang mana begitu banyak plugin-plugin yang menarik dan ada potensi untuk memudahkan blog anda mendapat ranking enjin carian. Salah satu plugins yang best adalah All In One SEO Plugins dan Add To Any Plugins. :) Anda cubalah pakai plugins ni. Search di google dan anda akan terus jumpa.

seo22

Jika kita lihat sekarang berjuta-juta blog ada di seluruh dunia. Dan kita pasti berhadapan dengan pesaing-pesaing yang hebat. Ranking enjin carian bukan sahaja bergantung pada plugins yang kita pakai tetapi juga menitikberatkan blog yang mempunyai post yang banyak dan berkualiti bukan dari hasil plagiat. Ada juga yang ingat, design blog yang menarik boleh menaikkan ranking di enjin carian. Blog yang cantik rekabentuknya tidak akan menjamin apa-apa untuk SEO sebenarnya.

Bercakap berkenaan rekabentuk blog, ada satu daripada perkara yang penting yang anda perlu tahu ialah menjaga design blog anda. Jangan gunakan gambar-gambar yang terlalu berat. Menggunakan file type .GIF adalah yang terbaik dan disyorkan.

Nanti bila ada info lagi berkenaan SEO ni saya akan sambung semula di post lain ye.

———————————————————————————————————————————

Kepada yang belum tahu untuk setup blog, anda boleh beli eBook Kit Blogger dengan saya. Atau anda ingin terus menikmati blog anda yang sudah siap dipasang? Saya juga menyediakan servis tersebut. Ada tawaran menarik hingga hujung tahun ni.

———————————————————————————————————————————

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Hari ni Internet agak slow skit. Tapi perlu kesabaran, kalau tidak pasti rugi. Online tetap online.

Anda perasan tak ada iklan banner kat atas post saya ni? Baru je saya letak. Bercakap mengenai iklan banner ni sebenarnya ia memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan apa-apa produk jualan. Jika anda tanya sesiapapun memang menggunakan kaedah promosi adalah perkara yang amat penting yang perlu dititikberatkan.

Hmm,bagaimana nak letak iklan macam yang saya buat ni ya? Senang aje rupanya. Sila download Max Banner Ads dari MaxBlogPress di sini:

http://www.gedungilmu.com/maxblogpress

Ikut cara-cara install MaxBlogPress Max Banner Ads plugins seperti di bawah:

1. Selepas download plugins MaxBlogPress Max Banner Ads ni, anda hendaklah upload plugins ni ke /public_html/wp-content/plugins/

2. Kemudian, login Wordpress anda dan activekan MaxBlogPress Max Banner Ads.

3. Selepas itu, anda pergi ke MaxBanner Ads dan lakukan setting anda di situ. Anda boleh letakkan banner di 4 penjuru:

- Within The Post

- Sidebar Widget

- Top of First Post

- Bottom of Last Post

Gambar di bawah adalah lokasi setting Max Banner Ads yang saya maksudkan tadi.

Selamat mencuba.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 21% [?]

Share/Save/Bookmark

Theme baru

Assalamualaikum,

Amacam ‘theme’ baru saya? Nak tukar theme baru pula lah. Kenapa entah, rasa seperti mahu ubah kedudukan ‘perabut’ kat ‘rumah’ ni. Hehe. Tapi saya ni memang suka ubah susunan perabut dalam rumah kediaman saya. So, harap para pembaca tidak la terkejut jika gedungilmu berubah wajah.

Saya ada banyak koleksi Wordpress Theme sejak mencuba-cuba untuk mengaplikasikan pada blog saya ni. Dalam banyak-banyak theme, yang saya guna sekarang ni saya suka. Tidak tahulah jika anda tak suka. Huhu. Masing-masing bukannya taste yang sama kan. Tapi, saya inginkan yang nampak kemas dan nampak sedikit elegance. Elegance tak ye?

Penampilan diri adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kan? Bagi saya pula, bukan sekadar penampilan, tapi blog pun kena ada penampilan dia. Mempunyai design yang dapat menarik minat pembaca untuk melawat blog kita.

Design memang penting juga la, tapi saya lebih suka yang nampak kemas. Saya dah susun satu hari dah ni bahan-bahan kat blog ni, tapi tak tahu la pula anda lihat ia nampak kemas atau tidak.

Buat pengetahuan anda, saya ada event petang ni. Makan-makan time bersama kawan sepejabat. Makan ape tu? Makan Durian. Makan durian di tepi pantai dekat dengan office kami. Jam 5 petang ni. Ada orang belanja. Kami dalam 30 orang juga kot bersantai sambil makan durian. Jom sertai sekali. Hehe.

Dari,

Nozi

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Tarik Pembaca Blog

Assalamualaikum,

Saya ada tambah satu plugin di blog saya. Jika anda perasan, saya ada letak CommentLuv di bawah ruangan komen blog saya. Ini adalah salah satu teknik yang baik untuk menambah kehadiran pembaca blog.

Bagaimana tu?

Sekarang saya akan nampak apa post terbaru dari blog pemberi komen di blog saya. Saya akan lebih terpanggil untuk klik pada link tersebut dan masuk ke blog mereka serta membaca post terkini mereka. Secara tidak langsung, saya akan membaca post-post mereka yang lain juga.

Anda boleh cuba gunakan teknik simple ini dan lihat hasilnya. Saya sebenarnya terlihat plugin ni pada blog Zolkie aka abgzol kita. Saya tertarik untuk meletakkan juga pada blog saya. Selain memberi faedah kepada pemberi komen saya, ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada blog sendiri sebagai tarikan untuk menggalakkan lagi pembaca memberi komen. Tapi AWAS! Jangan pula letak SPAM ye. Nanti tidak pasal-pasal anda diblacklist.

Yang paling membuatkan saya tertarik, saya akan nampak post terkini pemberi komen di blog saya. Mudah sekali untuk ketahui post-post terkini mereka. Bagi saya, ia satu kelebihan. Apa salahnya kalau diaplikasikan juga.

Banyak lagi sebenarnya teknik-teknik untuk menarik pembaca blog ke blog kita. Selain daripada plugin ini, banyak lagi plugin yang boleh membantu.

Sekian perkongsian saya bagi yang masih belum tahu.

Untuk mereka yang ingin mencuba plugins ini, sila klik di sini:

<< commentLuv Plugin >>

Dari,

Nozi

Popularity: 18% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

 

Di sini saya ingin membuktikan mengenai hasil dari ilmu yang saya perolehi dari eBook Pakej Kit Blogger. Blog ini adalah hasil daripada pembelian eBook Pakej Kit Blogger, hasil tulisan dari saudara kita, SmartZul.com. eBook ni saya beli sekali dengan ‘Reseller Right’. Jadi kawan-kawan boleh lah dapatkan satu dan saya pasti anda tak akan rugi. Memang sesuai bagi yang tak biasa dengan istilah-istilah IT. Kit Blogger ni adalah mengenai panduan asas membina blog menggunakan WordPress. Selain dari itu, banyak juga tips-tips yang diberikan berdasarkan pengalaman penulis dalam menceburi bidang blog ni. Saya suka hasil penulisannya yang jelas dan senang difahami.

 

Pakej Kit Blogger ini bukan sahaja memberitahu anda mengenai cara-cara membuat blog, tetapi ada beberapa lagi ebook yang berkaitan yang dikongsikan bersama seperti:

 

1.    Pelan Tindakan Kit Blogger

2.    Panduan Asas WordPress

3.    Senarai Semak Tindakan

4.    Beberapa rujukan tambahan

 

Pada mulanya, saya rasa kurang percaya adakah berhasil sekiranya saya membeli Pakej Kit Blogger ini. Memang berbaloi sebab saya juga mendapat banyak tips-tips berfaedah darinya. Mana nak dapat buku yang macam ni. Dah la senang untuk difahami. Macam penulis ni faham pula apa soalan-soalan yang akan diajukan. Mesti soalan terjawab. Tapi saya memang sarankan jika anda ingin cari ebook yang bagus, berkualiti hasil pernulisannya, SmartZul adalah penulis yang bagus.

 

Saya tekankan bahawa, ebook Pakej Kit Blogger ini memang sesuai bagi sesiapa yang tak tahu langsung bagaimana nak hasilkan blog menggunakan WordPress. Ia mengandungi panduan asas yang begitu sesuai sekali bagi anda yang baru mulakan pembikinan blog WordPress sendiri.

 

Mempunyai blog sendiri bikin ni memang unik. Selain kita gunakan blogger.com, blogspot atau bermacam-macam lagi blog yang free, kita akan lebih terasa unik dan lain dari yang lain sekiranya mempunyai blog sendiri. Kita boleh ubah apa-apa yang kita suka di dalamnya dan tidak terhad mengikut citarasa kita. Satu kelebihan lagi menggunakan WordPress, ia adalah Open Source yang mana terdapat banyak plugin free, theme free yang kita boleh dapati.

 

Mengenai tools yang kita pakai iaitu ‘WordPress’, ia merupakan satu tools yang sangat mudah untuk kita gunakan. Tapi, mengenai cepat atau tidak untuk siapkan blog ini juga bergantung kepada seseorang sama ada dia biasa dengan IT ataupun tidak. Namun begitu, seperti yang ditekankan oleh penulis sendiri, Kit Blogger ini amat sesuai bagi mereka yang kurang pengetahuan IT. Ia mengandungi langkah satu persatu.

 

Anda lihatlah sendiri, saya hasilkan blog saya ni pun berdasarkan ilmu yang saya dapat dari Pakej Kit Blogger ini. Jika anda ikut langkah-langkah yang ditunjukkan di ebook ini, anda pasti dapat hasilkan blog anda sendiri sejurus selepas habis baca ebook ini. Tapi dengan syarat anda anda hosting/server sendiri ya (yang anda sewa). Seperti saya sekarang, saya gunakan Hosting NetKL yang saya iklankan disebelah blog saya ini.

 

Untuk keterangan yang lebih lanjut dan dapatkan testimonial dari Otai-otai kita, silalah klik di banner ini. Baca dengan teliti apa yang ditawarkan.

 

p/s: Nantikan penulisan saya mengenai Program Affiliate selepas ini…

  

Ikhlas,

Nozi

 

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum,

Salah satu untuk menarik traffic pada blog anda.

Baru kurang dari 5 minit tadi saya telah buat Favicon pada blog saya. Cuba anda perhatikan pada sebelah URL blog saya. Ada icon buku kan di situ? Caranya amat mudah. Anda masuk ke link ini http://www.maxblogpress.com/plugins/mfi/ kemudian anda klik pada ‘Download Now’.

Sila extract file download anda di /public_html/wp-content/plugins/ hosting anda. Ia adalah plugin biasa. Seperti biasa, pegi ke Dashboard>Plugins> dan cari folder favicon tadi (MaxBlogpress facicon). Activate folder tersebut.

Selepas anda sudah activate,sedikit konfigurasi perlu dibuat. Sila klik pada ‘here’ link text seperti di bawah:

Kemudian anda ikut langkah pertama iaitu untuk mengesahkan blog anda. Pastikan email address anda betul. Selepas itu, anda akan menerima email untuk verify email anda. Setelah Berjaya verify email, anda dikehendaki masuk semula pada Dashboard tadi dan pegi ke step 2 iaitu klik pada ‘Activate and Verified’. Selepas itu, anda akan menerima paparan baru seperti ini untuk anda memilih favicon mana yang sesuai untuk blog anda. Pilihlah yang mana sesuai. Saya memilih ikon buku sebab nama blog saya gedungilmu.Jika nak reka sendiri ikon boleh juga.

Pada laman Maxblogpress ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai kebaikan favicon ini. Salah satu daripadanya adalah:

1. Blog anda akan mudah dikenali dan dikenalpasti terutama semasa searching di mana-mana search engine.

2. Blog anda juga dapat menarik ramai lagi pembaca blog untuk menuju ke blog anda.

3. Blog anda mudah dijumpai dalam banyak-banyak RSS yang dibuat oleh pembaca blog.

4. Menjadikan anda lebih ‘visible’ atau nampak ketika membuat komen di mana-mana ruangan komen.

Terpulanglah pada anda untuk mencuba atau tidak. Apa yang pasti, saya mencubanya dahulu.

Ikhlas,

Nozi

Popularity: unranked [?]

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads