Jom masuk MillatFacebook

Assalamualaikum,

Sejak semalam, saya membaca maklumat mengenai orang Malaysia yang ditahan sama di Gaza. Dr Selamat Aliman dan lapan lagi sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) serta dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara, diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, pagi kelmarin. Namun dikatakan mereka selamat di sana. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan mereka yang rela bertarung nyawa menyertai misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Sejak semalam juga, saya berusaha untuk mendaftar MillatFacebook yang telah ditubuhkan oleh warga Pakistan. Pada pagi semalam, saya tidak berjaya memasuki laman social tersebut, tetapi akhirnya malam tadi saya berjaya mendaftarnya. Tujuan utama saya mendaftar MillatFacebook adalah untuk meninggalkan Facebook yang saya sendiri pun telah menggunakannya dan tidak terfikir bahawa secara tak langsung, saya juga menyokong orang Yahudi. Sekarang saya cuba mengajak rakan-rakan di Facebook untuk menyertai MillatFacebook. Marilah sama-sama kita berjihad untuk agama kita. Mungkin kita tidak boleh berjihad di Negara Islam di luar sana, tapi dengan cara ini kita juga dapat menyumbang jihad kita kerana Allah.

Anda tahu siapa pengasas Facebook kan? Dulu saya ada buat intro mengenai Facebook. Semalam saya cari semula info tersebut di dalam Wikipedia tetapi nampaknya agama pengasas Facebook itu telah disembunyikan. Apabila saya cari apa makna agamanya itu, terbukti sudah dia mengamalkan kepercayaan tiada Tuhan. Sila rujuk info mengenai Agama Ateisme di Wikipedia. Begitu alpanya kita menggunakan produk-produk mereka ini dan sekaligus mengkayakan mereka. Dari hasil kekayaan itu, mereka dengan senang lenangnya memusnahkan kita satu persatu. Dan mereka adakan kumpulan untuk melukis gambar Rasulullah S.A.W (Everybody Draw Mohammed Day) di Facebook. Apa tujuan mereka ini? Semuanya untuk mengutuk penghulu agama kita sendiri.

Pekakah anda dengan apa yang berlaku di luar sana? Keadaan Palestin yang belum ada kesudahan dan kini kita begitu sunyi sepi dari semangat memboikot barangan Israel. Sekarang barulah rakyat kita terasa gementar dengan berita terbaru rakyat di Negara kita yang ditawan oleh puak zionis yahudi (Israel).Begitulah peringatan demi peringatan yang diberikan oleh Allah supaya kita tidak alpa dan selalu berselang lenang dengan dunia yang penuh tipu daya ini.

Sekarang Negara Pakistan sendiri telah menutup penggunaan Facebook dan mereka berusaha menghasilkan satu laman web social buat umat Islam. Kini laman tersebut sudah dilancarkan dan digunakan. Pada 1 June 2010 saya telah mendaftar di Millatfacebook dan nampaknya ada beberapa rakan saya telahpun masuk sama. Marilah sama-sama kita mengajak rakan-rakan kita untuk menggunakan MillatFacebook.

millatfacebook1

Update terkini yang saya dapat sekarang. Ada lebih kurang 148,671 orang yang mendaftar dan sebanyak 6000 permainan (games) di MillatFacebook. Ruangan bersembang (chat) juga telah disertakan sekali. Namun, ruangan ini nampaknya agak perlahan dan sedang dibaiki. Harap kita dapat menerima kekurangan yang ada kerana Millatfacebook pun baru lagi diwujudkan seperti bayi yang baru lahir. :)

p/s: Baru je cakap, takde ke laman web social seperti Facebook sebelum ni dan sekarang sudah ada yang melakukannya. Syabas buat warga Pakistan yang bersemangat kental seolah-olah seperti ibu bapa yang mencari permainan yang dihajati anaknya.

p/s/s: Dan baru sahaja dapat info mengenai kebebasan aktivis pro-palestin. Baru sempat baca utusan online. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah dan jika kita sama-sama menyokong saudara seagama kita.

aktivis-pro-palestin-bebas


Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Internet, Umum

Artikel Berkaitan:
  • Facebook ranking tinggi sekarang
  • Tiket konsert Maher Zain habis!
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    15 Responses to “Jom masuk MillatFacebook”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.