Untuk apa Paypal di dunia bisnes internet?
Assalamualaikum,
Anda sudah tahu apa itu Paypal? Apa benda tu ek? Hehe. Sebenarnya, mula2 saya berkecimpung dalam dunia bisnes internet ni saya pun tidak tahu apa itu Paypal. Ingatkan sahabat baru ke apa. Sebelum ni saya ada sebut pasal Paypal, tetapi tidak terangkan dengan jelas apa itu Paypal dan untuk apa?
Paypal merupakan satu servis yang disediakan bagi memudahkan transaksi jual beli di internet. Untuk pengetahuan anda, Paypal ni telah digunakan oleh kebanyakan usahawan intenet di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Paypal adalah selamat digunakan. Ia membenarnya transaksi dibuat melalui kad kredit/debit, akaun bank, kredit pembeli atau baki akaun, tanpa memaparkan maklumat kewangan individu tersebut.
Untuk lebih meyakinkan anda lagi, Paypal mempunyai 153 million akaun seluruh dunia. Terdapat 24 mata wang yang boleh digunakan dan segala transaksi boleh dilakukan melalui lokasi/matawang/bahasa yang berlainan. Banyak juga anugerah yang diperolehi (lebih kurang 20 anugerah) dan salah satu anugerah yang diterima adalah “2006 Webby Award for Best Financial Services Site”. Buat pengetahuan anda juga, Paypal ini sebenarnya bertempat dia San Jose, California dan ditubuhkan pada 1998. Paypal juga telah digunakan oleh eBay sejak 2002 lagi.
Seperti yang saya terangkan tadi, transaksi boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit. Jika kad debit, biasanya Public Bank Visa Debit yang disyorkan dan sekarang kita sudah boleh guna kad Maybankard Visa Debit di Paypal. Jika anda ingin ketahui mengenai Maybankard Visa Debit, sila ke post saya yang lalu.
Jika anda ingin daftar akaun Paypal, sila ke website Paypal.
Tetapi satu yang saya ingin ingatkan kepada anda. Paypal ini sangat2 lah sensitif. Jadi, berhati-hati jika ingin menggunakannya. Jangan silap masuk maklumat diri anda. Jika anda memasukkan maklumat palsu, anda akan di blacklist.
Sekian,
Nozi
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Orang bisnes perlu ada paypal utk bisnes, mudah utk urusan transaksi. Kenapa? saya pun ada, dlm tu adalah duit sikit hasil dari affiliates international.