Aktiviti melihat anak penyu

Assalamualaikum,

Pada hari sabtu baru-baru ni iaitu pada tanggal 19 Jun 2010 kawan sepejabat saya mempelawa saya dan keluarga melihat anak penyu di tempat penternakan penyu yang dikenali sebagai Pantai Ma’ Daerah. Pantai ini berhampiran dengan Kampung Labohan, kampung di mana saya membesar di situ.

Perjalanan dari tempat tinggal sekarang ke Pantai Ma’ Daerah memakan masa 10 minit sahaja. Saya dan beberapa rakan sepejabat bercadang untuk pergi ke sana selepas solat maghrib. Memandangkan suami saya bekerja, hanya saya dan anak-anak sahaja yang pergi ke sana. Tempat menternak penyu ni sebenarnya baru lagi diwujudkan. Bukan sejak saya kecil. Belum sempat saya ke situ, saya telah berpindah ke tempat lain dan belum berpeluang untuk ke sana. Sekarang, saya dapat mengajak anak-anak ke sana untuk lihat dan kenal anak penyu. Sebelum ni kenal kura-kura saje dan nama penyu pula sekadar tahu dari buku.

Untuk masuk ke kawasan itu, kami memerlukan kereta yang tahan lasak juga kerana jalannya berbukit sedikit. Saya hanya menumpang Jip rakan saya sebab kurang yakin gunakan kereta sendiri. Lagipun aktiviti pula di waktu malam. Jalannya berbukit dan bercerun juga. Kalau di siang hari, mau gayat dibuatnya. Dalam 5 minit, kami sampai ke destinasi. Ini adalah tempat kami berkumpul dan mendengar taklimat ringkas dari penjaga tempat ini.

taklimat-penyu

Taklimat sebelum melihat penyu

pantai-ma-daerah

Tempat kami berkumpul

Setelah sedikit pengenalan diberikan, kami di bawa ke tempat pameran penyu. Ada juga penyu yang telah mati dan diawet untuk dipamerkan di sini.

penyumatiawet

Penyu yang telah mati dan diawet untuk pameran

Daripada taklimat yang diberikan, begitu banyak penyu yang mati akibat makan sampah (plastik). Kesian kan? Pantai yang tercemar dengan sampah-sarap begitu memberi kesan kepada hidupan laut. Menurut penjaga tempat ini, setelah membuat postmortem, mereka akan menjumpai plastik di dalam perut penyu yang telah mati. Kami juga dinasihatkan untuk tidak membuang sampah ketika melawat kawasan pelepasan anak penyu nanti. Wah, kami dapat peluang melepaskan anak penyu. Tapi kami juga perlu mengikuti beberapa syarat pula. Antara syarat-syaratnya adalah:

Itulah antara syarat-syarat penting yang saya ingat.

Ini ada lagi gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika kami diberi peluang memegang anak penyu sebelum pelepasan anak penyu.

anak-penyu1anak-penyu2anak-penyu3

Setelah puas memegang anak penyu, kami dibawa ke tepi laut untuk sesi melepaskan anak penyu. Maaf ye kawan-kawan, saya tidak dapat tunjuk moment ketika ini kerana kamera saya ada cahaya ketika fokus gambar. Jadi, untuk memberi kerjasama, saya ikut syarat yang dinyatakan tadi. Saya juga rasa macam terkilan tapi semua ini adalah untuk kebaikan.

Menurut penjaga tempat ini, cahaya yang banyak ketika melepaskan anak penyu boleh menyebabkan penyu itu tadi hilang fokusnya untuk kembali ke tempat ini semula apabila besar nanti. 30 tahun akan datang, insyaAllah anak penyu itu tadi akan datang semula untuk bertelur. Itu adalah berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan.

Bagus juga kan, ada aktiviti seperti ini. Mesra alam. Anak-anak pun kenal juga anak penyu secara live. Tapi, anak-anak saya takut pula nak pegang anak penyu. hehe.


Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Keluarga, Personal, Umum

Artikel Berkaitan:
  • Mula merindu
  • Percutian ke Langkawi - Bahagian 2
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    3 Responses to “Aktiviti melihat anak penyu”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.