Beriadah di pagi Jumaat
Assalamualaikum,
Wah, pagi yang sungguh indah seperti hari-hari yang lepas. Sememangnya indah. Nikmat hidup yang aman anugerah Ilahi. Bersyukur kehadrat-Nya kerana kita semua dapat menikmati udara yang nyaman, Negara yang aman dan makmur.
Pagi ini sempat saya shot beberapa gambar di waktu pagi. Sambil ambil gambar, kedengaran juga unggas-unggas bersiulan. Begitu riang burung beterbangan pasti ada destinasi yang bakal dituju. Bagaimana dengan kita pula? Perlu ada juga destinasi hidup kan? Barulah hidup ini ada maknanya.
Gambar: Panorama jam 7 pagi hari ini. Sempat juga ambil dari pintu dapur.
Hari ini cuti. Apakah aktiviti yang bermanfaat ye? Rasanya baik dimanfaatkan bersama keluarga. Sudah seminggu selalu sibuk dengan kerja. Sebenarnya, lama betul tak bersenam ni. Baik bawa keluarga beriadah kan? Teringat pula hajat ingin ke Pantai Kemasik yang ada sediakan tempat beriadah. Duduk di Kerteh ni memang dekat sahaja ke sana. Saya belum pergi lagi lihat suasana baru di pantai Kemasik yang khabarnya sudah berwajah baru. Buat pengetahuan anda, di sana ada tempat beriadah yang baru siap dibina.
Inilah suasana di Pantai Kemasik yang dekat sahaja dari rumah kami. Menarik tak? Jomlah ke sini membawa keluarga beriadah. Badan pun sihat, dan dapat juga rehatkan minda setelah seminggu bekerja.

Gambar: Kemasik – Rest Relax and Recreation
Begitu seronok anak-anak saya bermain.:)



Banyak juga kemudahan yang disediakan.

Apa lagi, jomlah kita beriadah di sini sambil menghirup udara pantai. Mata pun sedap memandang.
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Assalamualaikum Nozi. Hari ini barulah saya tahu Nozi dah ada anak tiga. Tak beritahu pun. Menetap di Kemaman ke? Saya baru je ke Pantai Kemasik. Masih cantik pantainya dan bolehlah nak mandi.
Waalaikumussalam…yeke..saya baru ada 2 anak. Yang sedikit montel tu anak saudara saya.hehe…
Saya menetap di Kerteh..
Oh,yeke..ada singgah juga di situ?
Comel jer baju same hehe
Sudah besar ni smua nak sama
..tkde yang sama,mmg tak boleh beli. Pasti nnti ada yang menangis…biasalah,melayan kerenah anak-anak. Zaman kecik dulu pun macam nilah mak layan kerenah kita..huhu..
terimakasih kunjungannya salam kenal http://edywinarno.com
Terima kasih kembali…Terima kasih juga kerana sudi berkunjung di blog ini.
comelnya anak2 mu …macam mak atau bapa nye…?
Terima kasih…yela kot,mcm siapa lg…
Hai…kunjungan pertama ke blog-nya Nozi, you really have a cool blog here…
Itu foto anak-anakmu lucu n cute…
Salam kenal n persahabatan dari palembang, Indonesia…
Nensa Moon´s last blog ..Wajah Baru CATATANKU…
Hi Moon,
Salam perkenalan dari saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Ye, itulah buah hati saya.
Terima kasih.