Lamanku Episod 2
Assalamualaikum,
Disebabkan ada permintaan untuk upload gambar laman rumah saya dan juga ada yang ingin tahu bagaimana rupanya si pokok mangkuk, saya postkan gambar-gambarnya.
Ini lah pokok mangkuk yang saya maksudkan. Nama sciencenya saya belum cari lagi. Yang penting, saya panggil pokok mangkuk aje.Pandai-pandai pula reka nama ye.Hehe.


Gambar 1: Pokok Mangkuk
Dan ini pula ’stepping stone’ yang sekerat jalan. Nak menghala ke mana entah.

Gambar 2: Lamanku
Satu lagi,yang paling saya sayang ni. Ini pula pokok orkid saya. Tiap-tiap masa ia berbunga. Nanti saya share macammana cara nak jaga pokok orkid.

Dan akhir sekali, kolam buatan sendiri. Kolam cap plastik aje. hehe. Ada bela ikan ‘Kap Jepun’. Ada la beberapa ekor.

Gambar 3: Kolam Ikan

Gambar 4: Kolam Ikan - Ikan ‘Kap Jepun’
Semoga anda tenang tengok ikan ni.Hehe.
Popularity: 11% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Cantik.. Tapi takkan tak buat edible garden?? Letak cili ke serai ke…
Baru senang nak masakkan.
Terima kasih
Ada.. kat belakang kolam ikan tu ada tanam ‘ulam raja’.
Ni, kat celah2 pasu orkid ni terselit juga ‘pokok daun sup’, dan pokok ‘daun kesum’. Pokok cili tak masuk dalam gambar. Ada sebelah dapur. Ada juga baru tanam pokok betik. Banyak juga anak pokok betik. Tak tau la bila boleh makan hasil. Pokok rambutan,mata kucing,jambu pun semua baru tanam. Nanti,kalo ada rezeki, ada hasil, saya share skali ye.
Satu lagi, ada juga try tanam pokok epal..hehe..tk sure la berbuah ke idak. :p
wa lawanya halaman rumah…
Siap ada kolam ikan lagi tuh…
nasib kat rumah tade kalu tak habis semua ikan kupancingkan hehehe…
Mantra´s last blog ..Panduan Newbie MRR beta
Wah, seronok tengok pokok mangkuk.
Sejuk je halaman umah akak, kan?
Best kalau akak buat pondok kecik kat situ.
Konfem, tido kat luar je waktu tengah hari.
Assalamualaikum Nozi. Memang sesuai nama pokok mangkuk itu dengan rupanya. Kagum dengan idea bela ikan kap jepun dalam kolam plastik itu.
“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..”
Salam perkenalan dari saya dan jika ada kelapangan sudi-sudikanlah singgah di blog saya .
Selamat menyambut Ramadhan..9 hari lagi
fathuri´s last blog ..Kuasa bekerjasama..
Hehe..Fatin, lama juga akak berangan nk ada pondok kecil..tp tkde modal lg.Slow2 la kot..Kat rumah akak mmg angin kuat..sbb sebelah sana ada pandai…
Hi fathuri,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni. Salam perkenalan.
Haah,Ramadhan sudah hampir.
p/s: Bagi yg tk qada’ pose tu jgn lupa ye..dah dekat bebenor nih..
aku suka kat tanaman nie..
tp masalah nya,apa saja yg aku tanam x hidup…
sampai kea aku tanam rumput karpet pon x idup..
tue rumput baru,bkn tanam bunga lagi…
entahlah kot tangan aku x sejuk kot.
MyDailyBlog.Info´s last blog ..Tips Asas Selepas Pemasangan Sistem WordPress
Mungkin tidak kena pada caranya kot. Kalo tanam tanpa baja memang tak hidup lama la. Satu lagi,tanah kena elok.Siram tiap2 hari. Rumput pun jika nak tanam,kena ada air siraman ’sprinkle’ tu. Baru dia hidup.
salam. sje mencelah. just kongsi jer. kolam tuu comel dh. tp comel lg klu wat pakai simen. mksudnya x pakai fiber laaa. lg nmpak nature. tuu pun bg yg bmnat laa. sstgh org suke pkai fiber. kt umah sya ada gak kolam bikin sndiri. adala bela ikan koi malaysia skit2. bkan koi jepun. x mmpula, mhal sgt koi jepun. stkat nie alhmdllah, air jernih, ikan sihat. sronok mata mmandang bla duk umah. x perlu pkai material yg mahal pun jd…
haa, lupe td nk suggest. jgn marah yer. kalu bguna, ambik pakai. klu x, delete jer.
tambah air skit lg untuk mngelakan ikan dr panas mtahari. satu lg, kolam tuu, pakai water pump & bubuh filter supaya habuk2, smpah2 kt dasar kolam tuu dpt d sedut & d bersihkan. lg nmpak clear dasar kolam tuu…cantek bangat….slmat mncuba
salam,
nak tanye sikit, pokok mangkuk ni ke yg buat masak lemak tu? dulu rumah hambe ade pokok ni, emak hambe selalu hiris halus2 daun die pastu wat masak lemak cili api campur ikan bilis… tp tak tau la name die ape. tak pasti juge adekah ianye pokok mangkuk…
tau la bila boleh makan hasil. Pokok rambutan,mata kucing,jambu pun semua baru tanam. Nanti,kalo ada rezeki, ada hasil, saya share skali ye.