Minggu ke 31 kandunganku
Assalamualaikum,
Hari ni sudah 31 minggu usia kandunganku…hmm…makin sarat terasa. Tapi kugagahkan jua jiwa raga untuk terus bersabar dalam menghadapi detik-detik perjuangan melahirkannya nanti. Sekarang ni dia memang begitu aktif. Asik menendang ke sana ke mari. Waktu malam pun menendang di kala aku sedang syok tidur dibuai mimpi. hehe…Biarlah dia nak aktif. Lebih baik aktif daripada diam di dalam tu.

Ruang kandungan memang agak padat ketika ini. Solat pun kadang-kadang ada waktunya tu terpaksa solat secara duduk. Pabila berdiri tu terasa perut seolah-olah nak jatuh aje. Itulah betapa besarnya kan dugaan ibu mengandung ni. Dengan anak-anak yang sedang membesar lagi dua orang tu..dengan kelincahan dan kenakalan mereka berdua yang sering bermain bersama dan buat degil pun sama-sama..berpakat usik mama dia. Aduhai…aku bersabar sahaja dengan kerenah mereka ni…ada kalanya kedegilan yang melebihi tahap yang sepatutnya membuatkan aku sedikit baran ketika itu. Akan tetapi..dua puteriku itu ada juga membuatkan aku ketawa…biasalah kehidupan bersama anak-anak ni. Pasti ada manis dan pahit. Tapi aku gembira dan bahagia.

Hari tu, bila scan doktor cakap perempuan juga bayi yang bakal dilahirkan nanti. Tapi, kenapa ntah, terdetik lagi ada kemungkinan bayi lelaki yang keluar nanti. Hehe…mengharap lagi tu.
Aku redha saje jika bayi perempuan juga kali ni. Ada la tu hikmahnya. Kita hanya merancang kan..segalanya Allah yang tentukan. Yang penting selalu kena ingat, Allah buat semuanya yang terbaik untuk kita. Sentiasa berfikiran positif. Ye dak?
Sekarang ni aku sedang fikir-fikir, nak beri nama apa pada anak yang bakal dilahirkan nanti. Ingatnya nak bagi nama yang simple dan senang dipanggil serta cantik maknanya. Nak kasi nama anak ni memang kena betul-betul teliti maksudnya kerana nanti bila kita mati, Allah akan soalkan kita tentang itu. Ibu bapa memberi nama yang baik pada anak-anak adalah tanggungjawab yang besar.
Barang-barang persiapan telahpun dibuat. Baru-baru ni baju-baju yang lama kubasuh dan kulipat kemas di tempat khas untuk bayi ni. Hmm..seronok betul lihat baju-baju kecil molek yang dipakai kedua-dua puteriku ketika mereka baru lahir dulu. Masih elok lagi kainnya. Memang ku simpan khas di dalam container besar. Tapi, semuanya perlu dibasuh semula. Almaklumlah, dah 4 tahun ni tak ada orang baru. hehe…
Doakanku lebih tabah dalam meniti detik-detik indah nanti. Ku harap, semuanya selamat dan tak sabar rasanya untuk menjaga amanah Allah ini seperti anak-anakku kini..

Popularity: 5% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Salam. Alhamdulillah walaupun dah lama tak singgah di sini hari ni baru saya tahu akan dilahirkan nanti seorang insan baru dalam keluarga. Semoga dirahmati Allah. Amin
Motivasi Kerja´s last blog ..Jangan Terlalu Sayangkan Harta
Wassalam…akak pun lama dah tk update blog…baru nk start smula…alhamdulillah dah slamat bersalin 15hb julai baru2 ni…baby perempuan…