Percutiaan ke Langkawi - Bahagian 4

Assalamualaikum,

Sambung semula kisah percutian ke Langkawi. Panjang betul cerita saya kan. Hampir sebulan kenangan dilalui, baru nak habis cerita. Hehe. Maaflah kawanku, keadaan sekarang begitu sesak dengan tugas-tugas baru dan lama. Tapi, cerita ini tidak akan tergantung. Ia akan berakhir juga.

Hari pertama, selesai sudah lawatan ke Makam Mahsuri dan Underwater World, kami ke Galeri Perdana pula. Wah, bergambar sakan kami ketika ini. Mengalahkan orang kahwin lagi. hehe. Biasalah, orang yang jarang-jarang sekali boleh outing seperti ini. Memang semua sudut dan tempat diambil gambar. Bila lagi kan nak buat kenangan. Dah ada kamera canggih, takkan nak biarkan ia tersadai saje. hehe. Kamera 40 sen jer.

Ini adalah salah satu gambar yang diambil. Kenangan breakfast bersama bekas PM kita, Tun Dr Mahathir bersama isteri beliau.

bersama-bekas-pm

Nampak sangat gambar yang dibuat-buat kan? hehe. Dek kerana memang tak ada harapan nak bergambar betul macam ni, saje buat kenangan. Sekadar gambar pun cukuplah. Apa yang pasti, anda pergilah ke Galeri Perdana ni. Macam-macam koleksi anda boleh lihat, dari serata ceruk negara di seluruh dunia.

baju-galeri-perdana

galeri-perdana-kereta

Habis saje ke Galeri Perdana, kami ke Pantai tanah hitam. Ha, menarik juga. Tanah di kawasan pantai tu hitam sekerat aje dan bahagian lain putih seperti pasir pantai di kawasan lain. Ada kisah disebaliknya.

pantai-tanah-hitam1

Inilah gambar tanah hitam tu.

pantai-tanah-hitam2

Kita sambung sikit lagi ye. Last episode.

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Keluarga, Personal, Umum

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Percutiaan ke Langkawi - Bahagian 4”

Leave Comment

(required)

(required)


CommentLuv Enabled

Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan

Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.