Percutian ke Langkawi - Bahagian 1
Assalamualaikum,
Percutiaan di bulan Jun tahun 2010 saya dan keluarga ke negeri Kedah iaitu ke Pulau Langkawi pada 24 hingga 27 haribulan baru-baru ini telah saya janjikan untuk dikongsikan di sini tetapi hari ini baru saya ada peluang untuk berkongsi apa yang telah saya lalui sepanjang percutiaan itu dan di mana tempat yang telah saya lawati. Ini merupakan satu-satunya percutiaan yang kami rancangkan. Rasanya ini percutian kali kedua kami sejak perkahwinan kami yang sudah hampir 7 tahun usianya. Saya dan berjanji untuk kongsikan kisahnya di hujung minggu lepas, tapi apakan daya, masa tidak menyebelahi saya. Begitu banyak agenda yang perlu dilaksanakan.
Begini kisahnya. Kami bertolak ke Langkawi bersama lagi dua keluarga. Keluarga abang suami saya (abang ipar dan biras serta anaknya) dan satu lagi keluarga bapa saudara suami. Kami bertolak secara konvoi dari jam 6:30 pagi dari Kerteh dengan kereta masing-masing. Kami menggunakan laluan lebuhraya Grik. Perjalanan memakan masa lebih kurang 12 jam. Wow, begitu jauh memang terasa bagi saya yang jarang sekali keluar seperti ini! Nasib baik anak-anak sudah besar. Kalau tidak, memang sukar juga rasanya melayan kerenah mereka. Kami berhenti makan pagi di Kuala Berang, pekena roti canai. Anak-anak masih belum mandi ketika itu. Setelah siap bersarapan pagi, kami bergegas ke masjid berdekatan dan mandikan anak-anak. Abang ipar saya ada seorang anak lelaki, manakala bapa saudara pula ada dua orang anak lelaki. Anak-anak umur lebih kurang dari 2-10 tahun. Jadi, tidaklah terlalu sukar untuk menguruskan mereka. Semua dah tahu jalan sendiri.

Setelah siap mandikan anak-anak, kami bergerak meneruskan perjalanan. Makan tengahari hanya di dalam kereta. Sekadar makan maggie cup pun sudah memadai dan keseronokkan untuk menjejakkan kaki ke Langkawi mengatasi segalanya. Ini pula kami berhenti mengambil gambar barang sebentar berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.

Sampai sahaja di Kedah, memang luas betul pemandangan, sayup kelihatan sawah bendang terbentang luas. Begitu luas pemandangan, kehijauan yang begitu jelas dan menyejukkan mata. Memang tenang suasana seperti ini dan memang menjadi kegemaran saya dan keluarga.

Kami ke Jeti Kuala Kedah. Sebenarnya ada dua jeti yang kami boleh lalui ke Pulau Langkawi samada Jeti Kuala Kedah ataupun Kuala Perlis. Kami pilih Jeti Kuala Kedah. Sebenarnya Jeti Kuala Perlis lagi banyak pilihan feri, tapi tak apalah asalkan dapat ke Pulau Langkawi. Tidak sabar rasanya.
Tiket sudahpun dibeli. RM23 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Wah, boleh tahan juga ye. hehe. Perjalanan memakan masa 1 jam. Boleh tahan juga tu dan terasa juga bosan menunggu lama untuk sampai ke destinasi sebenar. Anak-anak kali pertama menaiki feri, memang sesuatu yang baru dan begitu menyeronokkan mereka. Siap melompat-lompat di dalam feri. Sabar je penumpang-penumpang lain lihat gelagat mereka. Tapi, bunyi enjin feri menutup keriuhan mereka. hehe.
Setelah sampai di jeti Langkawi dalam kira-kira jam 7 malam, perut pula terasa kosong dan perlu diisi dengan kadar segera. Bayangkan makan tengahari kami hanya maggie cup yang rasanya tidaklah sekenyang makan nasi berlauk kan. Jadi, kami terus mencari teksi (van) tambang RM2 satu kepala dan menuju ke kedai makan yang berdekatan. Banyak juga kedai makan di sini memang tidak kurang hebatnya. Singgah di kedai makan, kami terus order makanan dan santapan 3 keluarga bermula dengan lahapnya. hehe. Lapar tau. Memang sedap makanan di sini, satu permulaan yang baik…habislah dietku kali ini.
Kita sambung lagi di entry seterusnya. Panjang cerita nih. hehe.
Popularity: 7% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Seronoknya ke bercuti. Last time pergi masa tu baru anak sorang, 4 tahun dulu. Sekarang anak dah 3, nak berjalan jauh persiapan kena sangat rapi
Bina´s last blog ..Tips Workspace Yang Kemas 
numpang lewat ya. Kalau mau jalan-jalan ke medan, or kalau mau wisata kuliner di medan, jangan lupa mampir di blog indrahalim.com ya… di situs itu lengkap reviewnya tuk resto or kedai yg menyediakan makanan enak di medan.. thx!