Percutian ke Langkawi - Bahagian 2

Assalamualaikum,

Sambung semula cerita percutiaan saya di Langkawi. Kami bermalam di sebuah apartment di situ. Alhamdulillah, kami dapat menginap percuma selama 4 hari 3 malam. Kawan bapa saudara saya beri kami menginap di apartmentnya. Baik kan? Boleh tahan juga, apartment ni ada 3 bilik sesuailah dengan kami 3 keluarga. Tidur pun selesa. Cukuplah sekadar merehatkan badan kerana tujuan kami untuk berjalan di sekitar Langkawi. Itu yang penting.

Malam pertama memang kami tidur tak sedarlah kerana badan terlalu penat dek perjalanan yang terlalu panjang. Anak-anak pun tidur dengan nyenyaknya. Kami sebenarnya menyewa sebuah Pregio (rate: RM160 sehari). Ok la, kami share sama-sama.

pregio

Besok pagi, kami bangun awal kerana aktiviti kami yang pertama adalah ke makam Mahsuri. Lihatlah begitu bersemangat Sofia. Sudah tentulah gembira kerana berjalan sakan kali ni. hehe.

sofialangkawi

Perjalanan ke Makam Mahsuri. Satu lagi pemandangan yang menyegarkan mata. Sungguh nyaman suasana ketika ini. Suasana pagi di kawasan sawah padi. Begitu hijau luas pemandangan. Best kan?

sawah-padi-langkawi

Persinggahan ke Makam Mahsuri. Banyak juga pameran ada di sini. Sudah pastinya Makam Mahsuri ada di dalamnya, barang-barang peninggalan beliau juga dipamerkan di galeri khas, Telaga Mahsuri, ada juga hasil seni kraf, persembahan caklempong, beberapa jenis haiwan dan rumah-rumah kedah.

Persembahan caklempong? Apa tu ye? Semasa kami tiba di sana, keluar sahaja dari van, terus kedengaran caklempong berkumandang. Ala-ala gamelan juga. Permainan tradisi caklempong ni. Ini sedikit info yang saya dapat dari laman warisenibudaya.com.

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

Banyak gambar yang kami ambil di sini untuk dibuat kenangan.

pandangan-langkawi1

Di bawah ni pula ada beberapa binatang yang ada di kawasan Makam Mahsuri. Sebelah kiri tu si kancil. Kecil je rupanya. Baru pertama kali tengok. hehe. Tapi, suasana di sini macam perkampungan zaman Puteri Mahsuri, ada auranya.

binatang-di-makam-mahsuri

Bergambar ramai-ramai. Begitu santai. Salah satu rumah kedah yang ada di kawasan Makam Mahsuri yang dijadikan pameran.

kanak-kanak-langkawi

Lagenda Mahsuri menjadi sebutan. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai lagenda Mahsuri, baca di sini. :)

Bersambung…cerita hari pertama belum habis. Nantikan cerita tentang persinggahan kami yang seterusnya.

Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Keluarga, Personal, Umum

Artikel Berkaitan:
  • Mula merindu
  • Percutian ke Langkawi - Bahagian 1
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.