Percutian ke Langkawi - Bahagian 3

Assalamualaikum,

Sambung semula cerita percutian ke Langkawi. hehe. Lama betul nak sambung episod.. :)

Berbalik kepada cerita percutian ke Langkawi, hari pertama aktiviti bersiar kami diteruskan dengan melawat Underwater World. Anak-anak pun sudah tidak sabar benar untuk ke sana. Damia, anak saya yang nombor dua tu pun, dari Makam Mahsuri lagi sudah bad mood sebab saya tak pergi ke Underwater World terlebih dahulu. Manalah budak-budak suka tengok peninggalan sejarah. Maksud saya, budak-budak bawah umur 6 tahun ni. Itu anak-anak sayalah. Mungkin anak-anak anda suka lihat dan ingin tahu peninggalan sejarah.

Masuk saje ke dalam ruang pendaftaran, anak-anak sudah excited. Tak sabar-sabar mereka nak masuk. Memang inilah tempat yang begitu mengujakan anak-anak. Macam-macam spesis binatang ada. Memang best. Saya sendiri pun teruja. Ada juga binatang yang saya tak pernah tengok secara live lagi. Jadi, saya pun sama naik la. Excited dengan anak-anak. hehe.

underwaterworld-1

Tiba di Underwater world Langkawi.

underwaterwold_peguin-11

Comel betul peguin ni kan? Tahan bas ke aper tu. hehe..

underwaterworl_parrot-1

Burung kakak tua (parrot). Kenapa ye digelar kakak tua. Hmm..

underwaterworld_anak-anak

Anak-anakku yang begitu gembira. Yang berbaju biru tu adalah anak buahku. Danish namanya.

underwaterworld_binatang

Tak ingat apa nama binatang ni.

underwaterworld_peguin-kecil

Si peguin ni malu agaknya kita ambik gambar dia. Pusing belakang plak dia. hehe

underwaterworld_peguinkecil2

Ini malu gak ke aper ek. huhu. Atau buat tarian ballet?

Lepas ni cerita lagi ye. Ada beberapa tempat lagi yang kami lawati. Tungguuu..

Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Keluarga, Personal, Umum

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

6 Responses to “Percutian ke Langkawi - Bahagian 3”

Leave Comment

(required)

(required)


CommentLuv Enabled

Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan

Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.