Perihalku dan anak-anak
Assalamualaikum,
Malam ni saya sempat juga update blog kedaionline. Saya hanya duduk di dalam bilik sahaja, melayan kedaionline ni. Ada tudung terpakai yang ingin dijual. Tudung ini sebenarnya kawan saya punya, masih elok lagi. Kawan saya minta tolong saya jualkan. Sudah ada kedaionline la katakan. hehe. Baru malam ni saya berpeluang upload gambar tudung tersebut. Perlu ubah sedikit gambar yang diambil, buang latar belakang yang tak berapa best terlebih dahulu. Mengambil masa jugalah untuk saya upload. Mungkin selepas ni, saya perlu cuba kaedah yang lebih mudah. Sedang memikirkan caranya ni. Hmm..
Sedang saya sibuk update blog kedai saya tu, anak-anak saya sudah mula meminta perhatian dari saya. Nampaknya saya perlu cepatkan prosesnya dan sempat juga saya siapkan setelah meminta anak-anak bersabar terlebih dahulu. Damia meminta saya mainkan CD kegemaran dia, Tilmiz, di laptop saya ni, manakala kakaknya pula meminta saya mainkan CD Bacepat yang tidak pernah dimainkan. Bacepat ni sebenarnya mengajar kaedah membaca dengan cepat. Ada buku besar sebenarnya tetapi Sofia ni tak suka baca sebelum ni. Malam ni dia teringin nak lihat isi kandungan CD nya pula. Saya pun selama ni tak pernah buka CD ni, kenapa pun saya tak tahu. Hmm..mama..mama…miss jugak satu benda..
Macammana ni, dua-dua mahu minta pasang CD di laptop yang satu ni. Saya pun memujuk si adik untuk melihat kakak punya CD terlebih dahulu. Apabila buka CD Bacepat, rupa-rupanya banyak benda ada di dalamnya. Ada bahagian mengenal huruf, membaca, latihan, menyanyi dan banyak lagi. Saya pun buka mengenal huruf. Kedua-dua beradik ini nampaknya suka dengan isi kandungan CD tersebut. Kemudian, mereka meminta saya untuk membuka bahagian nyanyian pula. Makin seronok pula mereka. Damia mula merengek untuk membuka CDnya tadi, CD Tilmiz. Saya pun memujuknya untuk memasangkan CD tersebut di CD Player untuk ditayangkan melalui TV sahaja. Nasib baik Damia mahu dan dia dengan gembiranya menonton nanyian dari kumpulan Tilmiz itu tadi.
Sedang asyik melayan Damia di luar, Sofia pula sedang khusyuk di dalam bilik melayan CD Bacepat tadi. Saya perasan, Sofia sudah mula klik bahagian lain di menu CD tersebut. Saya menuju ke arahnya. Rupanya dia sedang membaca. CD ni memang menarik, ada audio sebagai pengajar, begitu interaktif. Ia mempunyai interaksi dua hala yang mana Sofia akan klik dan ia akan memberitahunya apa bunyi setiap huruf yang tertera di skrin. Kemudian, Sofia cuba membaca sendiri. Wah..begitu pantas, Sofia sudah mulai tahu membaca walaupun perkataan tersebut tidak diwarnakan untuk suku kata. Dia pula semakin bersemangat membaca sehingga tidak sedar hari sudah lewat malam. Dia pula tidak terasa jemu seperti biasa. Nampaknya, saya memang perlu cari bahan bacaan seperti ini. Sesuatu yang begitu menarik minatnya untuk rajin membaca. Sofia juga mulai sedar tentang keseronokkan membaca kerana dia mulai lancar sedikit membaca. Saya juga tidak lepas memujinya dan menasihatinya supaya sentiasa konsisten dalam membaca supaya ia menjadi lebih lancar.

Sekadar hiasan
Setelah penat mentelaah (fuh, budak 6 tahun mentelaah tu,hehe), Sofia dah mula rasa mengantuk. Damia pula di luar sana juga sudah terasa mengantuk. Saya pun mengajak mereka tidur bersama. Alhamdulillah, gembira betul rasanya kerana Sofia sudah tahu membaca dan mula sukakan membaca. Esok pula Sofia exam. Jadi dia perlukan tidur yang cukup. Budak tadika pun exam juga, pertengahan tahun punya peperiksaan. Mama doakan Sofia berjaya dan Sofia perlu sentiasa yakin, maka sofia pasti berjaya suatu hari nanti. Sudah tahu membaca membuatkan Sofia lebih yakin. Satu perkembangan positif. Saya harap, mereka yang diluar sana juga mempunyai idea bagaimana menarik minat anak-anak untuk membaca. Apa salahnya jika anda juga berkongsi di sini. Silakan.
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









anak saya sukakan kereta, jadi saya beli buku yang berkaitan kereta, yg girl pulak sukakan barbies, jadi saya belikan buku2 cerita berkaitan barbies, setakat ni nampaknya ok
etomyam´s last blog ..Otak-otak: Peluang Perniagaan Yang Menarik 
Salam,
Bestkan kalau dah berkeluarga ?
hihihi
Salam etomyam,
Itula kan, mmg kena cari buku-buku yang dia suka. Skrang ni anak yang sulong more to sticker books/album. So,rasa mcm tk brapa efektif. Yang kecik pun sama. Mcm more to arts a. Huhu…mak dia minat arts kot,tu psl anak2 pun sama.
Tapi kan, perasan juga, kalau saya membaca buku apa2 ke,sure diorg pun nk cari buku sama,nak baca..hehe…
Mantra,
Nozi´s last blog ..Tudung munawwarah & tudung Sue Cantik - Tudung terpakai (used shawl) 
Hehe..mmg ler best…cepat2 ler cari calon….
Untuk keterangan lanjut buku/CD/kad bacaan Bacepat
boleh layari web: http://www.aj-boatbuilder.com/bookstore.htm