Sekolah anak

Assalamualaikum,

Impian untuk melihat kejayaan anak-anak sememangnya menjadi igauan para ibu bapa. Memastikan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat adalah menjadi tanggungjawab besar buat ibu bapa. Kini, anak saya yang sulong, Nur Alieya Sofia, sudah berumur 6 tahun dan yang kecil pula sudah masuk 3 tahun. Sekarang, pendaftaran untuk tahun 2011 sudah pun dibuka. Tahun depan, Sofia akan masuk darjah satu. Saya pula yang rasa bersemangat lebih. hehe

Di sini, ada banyak sekolah berdekatan. Mungkin kerana bilangan penduduknya yang padat. Sekarang saya sedang memilih sekolah mana yang sesuai dan bagus untuk anak saya. Ada juga sekolah swasta. Tetapi, bila difikirkan dari segi kosnya, mahal juga perbelanjaannya. Selepas dibawa berbincang dengan suami, kami buat keputusan untuk menghantar Sofia ke sekolah biasa sahaja yang lokasinya mudah untuk kami hantar dan ambil apabila pulang dari sekolah nanti. Maklumlah, masing-masing bekerja. Jadi, semua tu perlu difikirkan juga.

Moga anak saya berjaya dalam pelajaran dia. Bila tiba masa nak masuk sekolah ni, barulah kita tahu rupanya banyak benda yang perlu difikirkan. Bukan senang nak tengok anak-anak kita berjaya macam anak orang lain ni. Ibu bapa pun perlu berusaha untuk bagi yang terbaik buat mereka.

Lepas ni, saya kena pantau lagi banyak hal sekolah anak-anak. Anak kedua saya pun,Nurin Damia bakal sekolah tahun depan. Sekolah tadika. Dia akan masuk 4 tahun nanti. Pasti dia seronok. Sekarang pun dia dah merengek-rengek nak ikut kakaknya ke sekolah.

Ini gambar mereka di rumah kakak saya di Desa Pandan, KL. Nampak mesra kan mereka? Hehe. Tapi kadang-kadang ada juga masa bergaduh mareka. Biasalah anak-anak memang tak dapat lari dari bergaduh. Berebut itu dan ini.

anakku1

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

Keluarga, Personal

Artikel Berkaitan:
  • Salam Ceria!
  • Hari ke-9
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    6 Responses to “Sekolah anak”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.