Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum,

Mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di luar sana lebih-lebih lagi kepada bapa saya dan juga suami saya.

Sama juga seperti Hari Ibu, Hari Bapa juga bukanlah spesifik pada satu tarikh sahaja. Kita boleh ucapkannya setiap masa. Kita boleh hadiahkan kepada ayah kita bila-bila masa. Mungkin bapa/ayah akan terasa lebih istimewa jika ada hari khas untuk mereka kan. Kita ambil yang baik dari sambutan Hari Bapa ini. Semalam saya dah ucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah saya dan juga suami. Anda pula bagaimana. Mungkin ada yang telah membuat kejutan buat ayah mereka. Mana tau kan? Kita boleh raikan dengan banyak cara samada sekadar mengucapkan Selamat Hari Bapa, memberi hadiah, belanja makan, beli kek dan macam-macam lagi. Dengan itu, mereka lebih rasakan diri mereka dihargai dan disayangi kan?

Apa yang paling utama, kita sentiasa buat mereka bahagia. Jangan sakiti hati mereka. Bapa juga seperti Ibu kita. Dia juga mempunyai perasaan seperti Ibu kita. Jika kita hanya masih ada Bapa dan Ibu sudah tiada, jangan biarkan bapa kita keseorangan. Mungkin kita boleh membalas jasanya dengan menjaganya. Itu sahaja yang kita dapat lakukan. Untuk membalas jasa orang tua ni takkan habis. Begitu besar perngorbanan mereka. Mencari nafkah buat kita, berpanas berhujan, kerja pulang lewat malam dan memikirkan masa depan keluarga terutamanya anak-anak yang kian membesar. Tanggungjawab bapa ini memang berat dan lebih besar dari Ibu. Anak-anak perlu fahaminya. Bapa juga banyak berkorban masa, tenaga dan harta benda untuk anak-anak.

Jadi, janganlah kita lupa semua itu. Jika kita sayang keluarga kita, kita perlu juga sayang bapa kita. Mungkin mereka sudah tua dan ada yang tidak suka, tapi kita perlu ingat, kita juga akan tua dan apa pula nasib kita nanti. Hidup ini bagai kitaran. Apa yang kita buat dan kita lakukan akan dibalas kelak. Jadi, janganlah kita derhaka pada bapa kita. Segala kekurangan, kesilapan itu perkara biasa. Kita perlu akur. Saya juga nasihatkan diri saya. Moga anda semua jangan lupa untuk ingat pada orang tua anda. Tanpa mereka tiada kita di dunia ini.

Selamat Hari Bapa buat semua.

bapa


Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Keluarga, Personal, Umum

Artikel Berkaitan:
  • Mula merindu
  • Percutian ke Langkawi - Bahagian 2
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    8 Responses to “Selamat Hari Bapa”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.

     
    viagra 100mg