Selamat Hari Ibu untuk semua kaum Ibu
Assalamualaikum,
Hari ini semua orang sibuk bersms mengucapkan selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu, dan rakan-rakan yang bergelar ibu. Walaupun saya sudah hampir 6 tahun tiada ibu, rasanya macam baru lagi Ibu meninggalkan kami semua. Sedih apabila teringat Ibu. Kasih-sayang Ibu memang tiada tandingan. Ibulah yang terbaik di dunia ini. Al-Fatihah…
Khas buat Ibuku yang tercinta….mungkin kata-kata yang tiba-tiba muncul dari hati saya hari ini sedikit sedih dan sayu. Tapi, inilah gedungilmu..gedung untuk saya mencurahkan rasa hati.

Ibu,
Didikan Ibu menjadi pedoman saban hari
Kasih Ibu memang tidak terperi
Besarnya budimu Ibu tidak dapat ku hitung lagi
Ibu,
Di kala kecil hingga dewasa
Pelbagai ragamku terpaksa kau terima
Namun tidak pernah ku dengar dirimu kecewa
Punyai anak seperti ini di dunia..
Ibu,
Sedih pabila terkenangkan dirimu
Terbayang wajahmu yang tenang dan sayu
Dikala dikau menghiburkanku suatu ketika dahulu
Ibu,
Jika ku mampu, inginku lihat wajahmu lagi
Namun, bila masanya kubelum ketahui..
Ibu,
Moga dirimu tenang di sana
Ku harap kita bertemu jua
Ku rindukan mu Ibu
Ku rindukan pelukan dan ciumanmu Ibu…
Salam rindu dariku anakmu…
Popularity: 5% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Kita berdiri dan dapat memiliki segalanya kerana ibu, ibu membentuk watak tanpa jemu, tanpa ada penat. Bukan wang ringgit sebagai balasan dan bukan juga harta sebagai pengikat kasih. Selamat hari ibu, kami sebagai anak-anak sayangkan ibu..
Muhd Suhaily´s last blog ..Mama 9 Mei
Salam Suhaily,
Selamat Hari Ibu untuk your wife and your mother.
Nozi´s last blog ..Kain Pasang Digital Printed 
salam..
jaganlah bgru kak setiap yang pergi akan ttp pergi jua.suri turut merasa sdh atas pemergian ibunda kak..
moga rohnya di tmpat org2 yang beriman.al-fatihah.
selamat hari ubu utk kak noezi juga
moga sht dn ceria2 slu.
Salam Suri,
Ye betul, kena terima semuanya. Dunia hanya sementara. Akhirat jua kekal abadi..Moga boleh jumpa ibunda tercinta di sana nanti,
Selamat Hari Ibu juga buat Suri.. Tq
Nozi´s last blog ..Selamat Hari Ibu untuk semua kaum Ibu 
Salam.
Puisi yang indah.
Selamat Hari Ibu buat semua ibu.
Salam RasaHatiku,
Terima kasih.
Selamat Hari Ibu.
Nozi´s last blog ..Selamat Hari Ibu untuk semua kaum Ibu
hoho, sebak gak baca bende nie.. nasib baik tak dengar lagu ‘jasa bonda’.. kalo tak nangis aku.. haha!
samanosuke_04´s last blog ..Spring – Musim Picnic Kteorang..
Salam Kak Nozi. Tangan ibu yang lembut adakalanya begitu berkuasa, senyuman ibu yang bersahaja adakalanya memberikan semangat, suara ibu yang lemah itulah suara kasih sayang pada anak-anaknya. Selamat hari ibu buat Kak Nozi tersayang dan keluarga.
Motivasi Kerja´s last blog ..Metodologi Menangani Stres (6)
Salam Nozi
Selamat Hari Ibu juga untuk Nozi dan ibu-ibu di Malaysia. Semoga berbahagia selalu.
Salam penuh ceria dari Indahkasihku.
IndahKasihku´s last blog ..KENAPA TAKUT MENJADI TUA ?
Salam @Samanosuke,motivesi kerja dan IndahKasihku,
Selamat Hari Ibu…terima kasih kerana doakan untuk saya juga. Moga kita semua pun berada di kalangan orang2 yang beriman…sentiasa taat pada Allah dan Rasul dan juga hormati org tua lebih2 lagi ibu bapa kita…
Nozi´s last blog ..Kain Pasang Digital Printed
Salam.
Selalu mendoakan ibu…
TQ
RasaHatiku´s last blog ..Guru Pembina Negara Bangsa
Salam RasaHatiku…
Yup….doa anak2 yang soleh…insyaAllah,moga ibu kita berada di dalam lindungan Allah..